BAB 16

114 11 7
                                    

FLASHBACK

"Kan ayahanda dah cakap jangan terlalu dekat dengan si serigala itu, dia ada muslihat kepada kamu rahidah"

"Rahidah dah cakap dengan ayahanda bukan bahawa aylan seorang yang baik, rahidah sudah mengenali nya dulu dari ayahanda" gadis tersebut atau nama nya Rahidah adalah seoarang anak raja bagi kerajaan vampire di BLOOD BLACK FOREST itu. 

"Ayahanda bukannya apa, tetapi ayahanda hanya risau dengan keadaan kamu sayang. Hanya kamu yang ada dalam hidup ayahanda, bonda kamu sudah meninggalkan kita berdua...ayahanda tidak mahu kamu pula yang meninggalkan ayahanda" ayahanda atau nama sebenarnya Raja Raden memujuk puteri agar mendengar kata-katanya itu lalu memandang sayu kepada puteri nya. Tidak menyangka air mata jantan nya gugur dek kerana kerisauan tentang keselamatan anaknya. 

"Ayahanda jangan risau ya tentang keselamatan rahidah, rahidah sudah besar pandai menjaga diri sendiri. Rahidah berjanji yang tidak akan meninggalkan ayahanda. Tetapi Rahidah tidak akan meninggalkan Aylan kerana dialah kawan yang rahidah kenal buat pertama kali selepas Rahidah keluar berjalan di luar istana. Bolehkan ayahanda?" Rahidah memujuk ayahandanya untuk berkawan bersama seorang serigala yang dijumpainya cedera di tengah hutan semasa dia mencari bunga untuk dijadikan koleksi simpanan nya.

Raja Raden berdiam diri tentang permintaaan anaknya, baginda ingin memikirkan cara untuk menyelamatkan dan menjaga keselamatan anaknya dan juga amanat dari isterinya. Baginda bangun dan pergi masuk kedalam sebuah ruang yang penuh dengan gambaran isterinya dan juga gambar semasa puterinya kecil dan gambar bersama isterinya. 

Raja Raden mengambil sesuatu di sebuah tempat yang dikhaskan menyimpan barang yang begitu penting dan hanya boleh dibuka oleh Raja Raden sahaja. Raja Raden mengambil sebuah kotak yang terukis indah dan dibelit oleh daun yang berwarna biru dan membawa keluar untuk berjumpa dengan puterinya. 

Rahidah yang menyangka ayahanda nya memarahinya kerana hanya bangun dan meninggalkan berseoarang diri di ruang tamu istana itu mengangkat muka lalu memandang ayahandanya yang membawa sesuatu di tangan nya dengan penuh kehairanan.

"Ayahanda izinkan kamu berkawan dengan aylan tetapi dengan syarat kamu harus pandai menjaga diri sendiri, juga kamu harus meniliti tentang latar belakang nya juga serta...."

"Serta apa ayahanda?" Rahidah menegur ayahandanya yang memandang kotak kecil itu yang dibelit dengan daun berwarna biru indah itu.

"Serta kamu pakai laa pemberian ayahanda ini, peninggalan dari bonda kamu untuk kamu apabila kamumemerlukan dan untuk keperluan kamu."

Seutas rantai yang begitu indah dikeluarkan dari kotak kecil tadi berbentuk kristal itu dipasangkan kepada Rahidah. Rahidah merasakan hati nya tenang dan begitu senang dengan memakai rantai yang indah itu.

"Kemana-mana pun kamu berada atau apa yang kamu lakukan jangan sesekali menanggalkan rantai ini, pastikan selalu berada pada kamu. Rantai ini adalah peninggalan bonda kamu, kamu jaga dengan sebaik mungkin juga jika kamu keluar dari istana dan pergi ke hutan untuk mencari sesuatu pastikan sorokkan didalam baju kamu ataupun tutup dengan selendang kamu, faham?"

"Faham ayahanda, izinkan anakanda keluar ya ayahanda"

Rahidah menyalami ayahanda nya lalu mengambil barang-barang keperluannya untuk pergi ke hutan untuk mencari bunga lagi bersama kawan nya Aylan.

"BENDAHARA!!!!" Raja Raden memanggil bendahara kerajaan vampire.

"Iya, Tuanku" bendara itu menunduk hanya mendengar kata-kata seterusnya. 

VAMPIRE IN YOUR MINDWhere stories live. Discover now