03

17.6K 854 25
                                    

Nia Ameera membuka perlahan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nia Ameera membuka perlahan matanya. Kepalanya terasa sangat berat ketika itu. Matanya terkebil-kebil memandang seorang gadis yang tersenyum lebar kepadanya.

"Awak okay?" soalnya. Senyuman manis di wajah tak pernah pudar.

"Awak siapa? saya di mana?" soal Nia hairan. Kepalanya berdenyut lain macam.

"Saya Dira Erna. Dan awak sekarang dekat hospital." terang Dira sambil membantu Nia bersandar di katil.

"Hospital?" Nia terkebil-kebil merenung gadis cantik di hadapannya. Dia bingung.

"Ya, semalam saya dengan abang saya nampak awak pengsan. Jadi kami bawa awak ke sini." terangnya.

Nia mengangguk faham. "Terima kasih banyak, cik. Maafkan saya kerana telah menyusahkan cik dan abang cik." Nia memegang erat tangan Dira.

"Tak apa. Tak ada yang susahnya." serentak dengan itu Khaleef yang kembali dari kantin menghampiri mereka.

"Oh, ni abang saya. Khaleef Faliq nama dia. Awak panggil dia abang Khal saja. Kita sebaya tau, Nia." ujar Dira riang.

Khaleef merenung Nia dingin. Plastik merah yang berisi roti dan air kotak di letakkan di atas paha Nia yang berselimut dengan kain hospital.

"Terima kasih ab-ang Khal. Maaf dah menyusahkan abang dengan Dira." Nia tak berani membalas renungan tajam Khaleef terhadapnya.

"Berapa nombor mak atau ayah kau?" soal Khaleef dingin seraya mengeluarkan telifon di dalam poket seluar.

"Hm.."

"Abang ni! cakap elok-elok tak boleh ke?" Dira menampar lengan abangnya apabila perasan wajah takut Nia.

"Nia, saya cuba cari phone dalam bag awak tapi tak jumpa. Hm, awak ingat nombor telifon ahli keluarga awak tak? boleh abang maklumkan dekat mereka yang awak berada di hospital sekarang." ujar Dira lembut.

"Saya.. saya tak ingat.." dalihnya. Dia memang tiada phone tetapi dia masih ingat nombor abah dan mak.

"Em, kalau macam tu kami hantar awak ke rumah awak ya? alamat dekat ic tu kan?" ujar Dira.

"Eh tak. Tu alamat lama kampung ayah saya." pantas Nia bersuara.

Khaleef semakin bengang dengan perempuan sakit dihadapannya.

"Susah sangat aku hantar kau dekat balai polis sajalah. Pandai-pandailah kau cari rumah kau nanti." celah Khaleef bengang. Tak sengaja dia meninggikan suaranya sedikit.

"Abang!" Dira terus memukul Khaleef apabila Nia tak semena terus tunduk menangis sayu di situ. Dira menghampiri Nia.

"Nia, janganlah nangis. Abang Khal tak sengaja. Dia tak marah awak." pujuk Dira seraya mengusap lengan Nia.

"Siapa kata aku tak marah? aku marah eh. Orang cuba nak tolong dia, dia boleh pulak banyak songeh. Kau ni ada keluarga ke tidak sebenarnya?!" marah Khaleef lagi. Dia abaikan Dira yang sedang membesarkan mata kepadanya.

"Ss-aya aa-nak yatim piatu. Saya tiada kk-eluarga." ujarnya dalam tangisan yang tersedu-sedu itu.

Dia ada sebab untuk berkata bergitu. Khaleef terus mengunci mulut. Merasa serba salah pula memarahi gadis itu. Tapi, kalau tidak dimarahi sampai bila nak tercongok dekat situ.

"Nia, sorry okay. Kami tak tahu." ujar Dira dalam simpati. Tubuh Nia ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Kan senang kau cakap je yang kau tak ada hala tuju. Haih.. perempuan memang leceh betul." keluh Khaleef.

"Hello, cakap baik sikit eh." nurse yang kebetulan sedang merawat pesakit sebelah mencuit bahu Khaleef seketika sebelum beredar dengan muka yang sentap.

"Kan dah kena sound." Dira dan Nia sama-sama menahan diri dari ketawa terbahak-bahak.

"Dira, kita kena balik sekarang. Mama call aku tadi. Papa ada jemput kawan dia sekeluarga untuk makan malam di rumah kita esok." ujar Khaleef.

"Tapi, Nia. Abang tak akan kita nak tinggalkan Nia sendiri dekat sini. Kesian dia.."

"Kita dah tolong apa yang mampukan?" ujar Khaleef tak berperasaan.

"Dira, tak apa. Saya boleh jaga diri saya. Awak dengan abang awak dah tolong bawa saya ke sini pun saya dah cukup bersyukur. Pergilah pulang." Nia tersenyum hambar buat Dira.

"Alah. Saya baru nak berkawan dengan awak. Ni yang nak nangis ni. Abang Khal ni tak macam abang Luth betul!" bentak Dira.

"Eh! kau nak bezakan aku dengan Luth kenapa pulak?"

"Kalau abang Luth mesti dia tolong Nia habis-habisan. Abang Luth kan berperikemanusiaan. Tak macam abang Khal!" sengaja dia provok abangnya seorang itu. Dia kenal abang-abang dia. Dia tahulah apa dia patut buat sekarang.

"Ok fine! kau angkut sekali dia balik rumah. Apa-apa Dira tanggung okay. Jawab sendiri dengan mama dan papa. Abang tak masuk campur!" ujar Khaleef geram. Tangannya di angkat kedua belah gaya orang pasrah.

"Oh yeah. Itu yang kita mahu!" Jerit Dira riang di situ.

"Nia, awak tinggal dengan kami ya? jangan risau. Papa dan mama baik orangnya. Mesti mama gembira bila jumpa awak. Ikut kami ya?" pujuk Dira.

"Saya tak nak menyusahkan awak lagi, Dira."

"Tak Nia. Sekarang hari awak susah. Esok lusa kami tak tahu mungkin hari kami pulak susah. Bagilah kami tolong awak. Boleh? anggap kami macam keluarga awak."

"Dia sorang jeklah. Aku tak." bebel Khaleef perlahan. Tapi, perlahan ke bila Dira terus melempar roti gardenia 90 sen tepat ke mukanya. Hilang macho!

"Terima kasih, Dira. Saya terhutang budi dengan awak dan abang awak." Nia dan Dira berpelukkan.

"Stop the airmata, drama queen sekalian. Aku bagi 10 minit. Kalau lambat, dua-dua aku tinggal." arah Khaleef seraya beredar.

•••

Jangan lupa drop komen dan vote.

Tetap Kamu. [ diterbitkan ]Where stories live. Discover now