Kekok.
ya kekok. first time keluar dengan abang Luth. Berdua!
Tangan aku meramas satu sama lain. Kenapalah sejuk sangat kereta abang Luth ni.
"Okay tak tu?" tegurnya yang sedang memandu.
"Hah? haa okay jek." sengih ku.
"Yekee?" Abang Luth ketawa kecil.
"Yelah. Kenapa abang tanya macam tu?" berkerut keningku.
"Jangan marah. Saja nak kacau Nia." dengan selamba tangan kirinya naik mengusap kepala aku yang berbalut dengan tudung.
Ok sumpah aku dah biasa. Memang sejenis Luth Mikael ni suka usap kepala orang tanpa izin.
Aku buat muka. Dan sejujurnya hati aku tak berapa nak tenteram sekarang.
"Nia okay tak tinggal dengan kami? ada sesiapa buli Nia tak?" mungkin abang Luth pun dah naik tepu tengok aku senyap dari tadi.
"Okay jek. Kalau buli tu ada sangat!" aku memeluk tubuh tanda protes.
"Hahahaha. Okay abang tahu siapa. Khaleef kan?" pantas aku mengangguk.
"Abang Luth, nak tanya sikit boleh?" aku mengiring ke arah abang Luth. Selepas abang Luth berkata boleh aku pun terus meluah perasaan.
"Abang Khal tu memang tak suka Nia ke? Kenapa dia dingin sangat dengan Nia? Nia takutlah dengan abang Khal." jujur ku.
"Jangan fikir macam tu. Khaleef tu memang jenis macam tu. Okaylah abang admit yang adik abang sorang tu sombong nak mampos. Ya betul ah tu. Tapi, deep down inside his heart, ada flower garden tau Nia. Dan flower garden abang Khal hang tu cuma orang teristimewa je dapat lihat." aku terangguk-angguk mendengar kata-kata abang Luth.
Lucky betul siapa dapat lihat flower garden abang Khal. Hm..
HARI demi hari aku dan abang Luth rapat sangat. Dan jujur, aku bahagia bila bersama dengan abang Luth. Bahagia yang sukar aku gambarkan. Dia baik sangat dengan aku.
Dan semalam!
Semalam abang Luth buat hatiku ini tersentuh sangat.
"Nia, kenapa duduk sorang-sorang ni?" aku mengesat airmata yang mengalir deras.
"Hey, Nia. Kenapa menangis ni?" Abang Luth merebahkan punggungnya disebelah ku. Dapat ku rasakan haba tubuhnya mengena lengan ku.
"Tak ada apalah." aku tunduk merenung rumput.
Tiba-tiba wajahku ditarik perlahan merenung wajahnya. Tanpa aku sedar airmata ini perlahan mengalir. Dan ibu jari milik abang Luth lembut mengelap airmata ku.
"Tell me. I'm here for you, Nia." bibir aku mula mencebik. Aku pantang betul bila aku tengah sedih ada orang datang tunjuk simpati. Makin sedihlah aku!
"Abang..." dan tangis ku pecah. Teresak-esak aku menangis.
"It's okay. Just cry!" tangannya naik mengusap lengan ku yang berlapik dengan baju.
"Nia rindu mak dengan abah." tuturku perlahan.
Nia rindu sangat.
"Abang yakin mak dengan abah Nia pun rindu Nia sangat." pujuknya.
"Nia nak mak dengan abah. Abang, Nia nak mereka! Nia dah tiada sesiapa lagi." tangisan ku kedengaran bergitu sayu.
"Hey, my little Nia. Pandang abang." wajahku ditarik memandangnya semula.
"Listen Here, Nia. This is Luth Mikael bukan your abang Luth. Luth janji dengan Nia, Luth akan sentiasa ada untuk Nia. I'm gonna be the one for you. Kalau Nia nak tahu, Nia dah ada tempat dalam hati Luth." Tapak tangan ku dibawa melekap ke dadanya.
"You here, Nia. Selamanya dekat sini." mata kami bertemu. Lama dan aku merasakan sesuatu berterbangan didalam perut ku.
"Hah! termenung apa tu anak dara?" sergah abang Luth yang datang entah dari mana.
"Abang! nak mandi tepung ke?" marah ku. Orang tengah nak buat jemput-jemput ni. Dia boleh pulak kacau!
"Alaaa garangnya dia." jarinya naik mengepit hidung ku.
"Abang! sumpah sakit okay. Celup tangan tu dalam minyak panas ni kang!" ugut ku konon marah betullah. Padahal saja nak mengusik abang Luth.
"Jahatnya dia nak celup tangan kita dalam minyak panas. Dah tak sayang kitalah tu." bibirnya sengaja dimuncungkan dan memeluk tubuh. Ei mengada betul abang Dira ni.
"Eu buruk gila orang tua merajuk. Dahlah abang pergi main kat depanlah. Tak payah kacau anak dara ni nak masak!" aku menolaknya pergi.
"Yelah sekarang anak dara. Lepas kahwin dengan orang tua ni, nak tengok gak ada lagi tak dara dia tu." keningnya ternaik-naik. Siap senyum sinis lagi tu.
"Ya Allah, abang!" jeritan ku pecah.
"Amboi korang berdua ni. Romantik betul eh sekarang. Geli geliman aku tengok." Dira masuk ke dalam dapur dengan phone yang setia melekat di tangannya.
"Dira, bawa abang Luth ni main jauh-jauh. Mengacau betul!" arah ku.
"Amboi abang! dah pandai kacau orang eh sekarang. Ni nakal sangat ni kenapa haa?" Dira menarik telinga abang Luth. Aku mengekek ketawa.
"Sakitlah dik! apa kau ni. Kalau putus telinga aku ni macam mana?" Dira menjelirkan lidah.
"Abang tu ha kacau Nia."
"Biarlah!" Abang Luth menjelirkan lidahnya. Kanak-kanak betul mereka berdua ni. Aku sambil melayan drama adik-beradik ni sambil juga menggoreng jemput-jemput.
"Mana boleh biar! Abang makin naik daun eh. Kalau gatal sangat kahwinlah cepat!"
"Kau restu tak dik kalau abang kahwin dengan Nia?" hampir. Hampir sudip panas ini nak terjatuh ke lantai.
"Setuju sangat. Mama dengan papa mesti setuju jugak. Cepat-cepatlah abang tu melamar Nia." tangan Dira mencuit lengan ku.
Ergh, kejap lagi aku wrestling si Dira ni. Ada je modal dia nak kenakan aku.
Aku cuba mengelak daripada bertembung mata dengan abang Luth. Sebab aku tahu dia tengah tersengih-sengih merenung aku sekarang. Haih hati, slow down. Kenapa rushing sangat ni? calm down okay?
Fuh!
•••
now we're having dinner
and baby you're my winner.💚
drop komen dan vote.
YOU ARE READING
Tetap Kamu. [ diterbitkan ]
RomanceWN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar dari rumah. Takdir menentukan yang dia bakal bertemu dengan Khaleef Faliq dan Dira Erna. Dia dibaw...