05

15.7K 875 77
                                    

Genap seminggu aku tinggal di sini. Dan aku dah pandai selesakan diri. Ahli keluarga Dira baik-baik belaka kecuali abang Khal. Sikap dingin dia terhadap aku tak pernah berkurang.

Berbeza dengan abang Luth. Aku selesa sangat dengan abang Luth. Dia baik sangat dekat aku. Sampai kan aku malu bila dilayan macam tuan puteri. Dan Dira kerap benar menyakat aku.

Kata dia, aku dan abang Luth comel bersama. Tak masuk akal betul.

"Nia, abang gerak office dulu okay?" Aku yang sedang menyiram pokok bunga mama, memalingkan wajah ke belakang.

Kelihatan abang Luth sudah segak hendak ke tempat kerja. Aku mengangguk dan tersenyum.

"Nanti abang balik lunch dekat rumah. Nia masak sambal sotong hari tu eh." Amboi dah pandai order makanan dekat kita.

"Boleh." Jawab ku. Kereta abang Luth keluar Dari perkarangan rumah. Aku sambung menyiram pokok bunga.

Kalau pagi macam ni memang sendulah aku. Papa dan abang Luth kerja. Dira ke kolej. Mama pula dengan kelab zumbanya. Dan abang Khal pula aku tak tahu. Jarang sekarang aku terserempak dengan dia.

Dira kata abang Khal suka lepak di penthouse. Tak berkerja ke abang kedua Dira tu.

Selesai menyiram pokok bunga, aku mengatur langkah ke dalam rumah. Mak jah cuti untuk seminggu, kata mama.

Sebab tu abang Luth selamba dia je order makanan macam-macam kat aku. Haih, dia tu.

Tudung aku tanggalkan. Memang kalau tak ada orang baru aku tanggalkan tudung. Panaslah nak masak pakai tudung.

Rambut ku aku ikat tinggi. Apron aku sarung ke tubuh. Sotong di dalam peti sejuk aku keluarkan. Dan aku bersedia berperang didalam dapur.












"THANK YOU, WAN" ucap Khaleef sebelum menutup pintu kereta rakannya.

Khaleef mengatur langkah ke dalam rumah. Keningnya berkerut melihat pintu yang tak berkunci.

"Cuai betul." Bebel Khaleef bengang. Dia menapak masuk ke dalam. Keadaan dalam rumah agak senyap.

Kemudian, Khaleef terdengar bunyi air di dalam dapur. Jaket denim miliknya dicampak ke atas sofa.

" Ma—ma, Allahuakhbar!" Khaleef pantas patah balik ke ruang tamu. Dia bercekak pinggang. Nafas yang sesak itu cuba dikawal.

Nasib dia tak pergi laung kuat-kuat. Kalau tak menoleh anak dara kat dapur tu.

"Selamba kau je eh free hair dalam rumah. Tengah masak pun boleh berjoget ke? Perempuan pelik!" Bebel Khaleef sebelum terus masuk ke dalam biliknya.









SELESAI memasak, aku terus naik nak masuk bilik. Dah bau sotong baju aku. Saat aku mahu melepasi bilik abang Khal, owner bilik keluar dengan kain pelikat dan baju T plain putih.

Bila masa abang Khal ada dalam rumah? Kenapa aku tak perasan. Aku merenung abang Khal yang berdiri tegak dihadapan aku.

"Bila abang balik?" Soalku gugup. Memang kalau dengan abang Khal dia punya gugup tu tak boleh bincang.

"Ehem!" Tidak menjawab soalan aku tapi dia terbatuk-batuk yang dibuat-buat. Dah kenapa dia ni? Matanya asyik pandang dinding. Dah tak sudi tengok muka aku ke?

"Hm, abang Khal tak sihat ke? Nak Nia ambil kan ubat?" Aku Cuba untuk prihatin di sini. Sila hargai jasa baik aku.

Dia senyap membeku. Ei geram betul aku dengan abang Dira ni. Lawa sangat ke dinding tu? Nak hempuk pakai kayu boleh tak?

"Aban—"

"Tudung kau mana?"

Deng!

Aku merasa seperti aku tersedar Dari tidur yang ngeri. Tangan aku naik menyentuh kepala aku. Allah! Terbeliak besar mata aku.

"Pergi masuk bilik kau sekarang. Keluar pakai tudung!" Tajam matanya memanah anak mata aku. Dengan suara dalam dia yang tak bernada tu. Kecut perut dibuatnya.

Dengan pantas aku berlari masuk ke dalam bilik ku. Pintu bilik aku tutup. Kepala ku aku ketuk berkali-kali di dinding.

Bagaimana?

Macam mana?

Mengapa?

Kenapa?

Apa yang aku fikirkan ni sampai aku lupa tudung aku! Ya Allah, Apa aku dah buat ni.

Malunya aku! Abang Khal pulak tu yang tegur. Haih Nia! Kenapalah dengan kau ni.

Aku cuba untuk rilek. Fuh, tenang Nia.. Benda boleh settle. Baik kau pergi mandi dulu. Yeah, mandi!











SELESAI membersihkan diri, aku terduduk merenung wajah sendiri di cermin meja solek. Aku sepak wajahku. Cuai! Cuai! Cuai!

Tok! Tok!

Ha, siapa pulak tu? Aku tarik tuala yang aku campak atas katil tadi dan aku selimpangkan di kepala.

Pintu bilik aku buka sedikit. Terkejut aku apabila abang Khal yang berdiri dihadapan ku. Air liur aku telan apabila muka abang Khal macam nak telan orang jek sekarang.

"Kau lama lagi ke?" Macam biasa, abang Khal dengan Nada kosong dan mukanya yang selamba bodoh.

"Ha? Nak keringkan rambut. Kenapa? Abang nak apa-apa ke?" Aku rasa kerdil betul diri depan dia ni. Garang macam cikgu math aku dulu.

"Aku nak makan."

Eh? Dah tu? Nak aku suap ke? Nak kena tiupkan nasi yang panas? Apa kau ingat aku isteri kau? Aku dah masak pun dah cukup baik eh.

"Er?" Aku buat muka bingung aku. Abang Khal mengeluh. Benganglah tu. Ceh! Aku pun bengang dengan dia.

"Cepat sikit. Teman aku makan." Dan dia beredar pergi.

Everybody say, EH?!



•••


Pernah tak rasa give up nak teruskan hidup?

and

macam mana korang bangkit semula?



jangan lup drop komen dan vote.
💜




Tetap Kamu. [ diterbitkan ]Where stories live. Discover now