07

14.7K 722 14
                                    


Aku yang mahu turun ke dapur terhenti apabila Luth memanggilku. Kaki ini menukar arah ke dalam bilik Luth yang pintunya ternganga luas.

"Apa?" soal aku sebaik saja merebahkan punggung di atas katilnya.

"Aku nak mintak pendapat kau ni." dia yang aku kira baru lepas solat itu menyidai sejadah. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang tersedia didalam biliknya.

"Apa? kau nak beli kereta baru?" semestinya aku tahu sangat yang Luth ni seorang yang suka bazirkan duit ke kereta.

"Nope, dude. Tapi, sound nice jugak idea kau. Hehehe lepas kahwinlah." see? told ya.

Tapi jap. Kahwin? Luth nak kahwin? interesting.

"Kau nak kahwin ke, bang?" ajuku. Luth tersengih lebar. Sah dah angau abang aku ni.

"Khal, kau rasa kalau aku jadikan Nia sebagai isteri aku.. camna?" entah kenapa soalan Luth kali ni membuatkan darah aku panas.

"Kau nak kahwin dengan dia ke? apa dah tak ada perempuan lain?" soalku hairan.

"Kenapa? kau tak suka?" Luth merenung ku dengan pandangan redupnya. Aduh mamat ni.

"Bukan aku tak suka. Bang, kita bukan kenal mana dia tu. Kau percaya ke dia tu anak yatim piatu? dia pernah ke cerita kat kita pasal latar belakang dia? tak pernah kan? Come on, Luth! tak akan kau simply as that nak percaya orang?" jelas ku.

"Aku tahulah tu. Tapi, aku ada satu perasaan ni yang aku rasa dia bukan macam kau sangka. Dia baik, Khal."

"Orang baik adalah orang jahat yang tersakiti."

"What?" Luth melongo memandang aku.

"Abaikan. Aku terbawa-bawa pengaruh twitter. By the way, kau serius? papa dengan mama setuju?".

"Diorang okay saja. Papa dan mama kata itu lebih elok. Kau sorang je yang macam tak suka. Banyak betul songeh. Ke.. kau suka Nia?"

Bang!

Entah kenapa pertanyaan terakhir Luth itu benar-benar menghentam dada aku. Entahlah Luth, aku sendiri tak pasti. Perasaan ni suka atau benci.

"Haha! kau gila apa? Dahlah. Lantak kaulah. Yang nak kahwin kau, bukan aku. Yang kena salam tok kadi kau! chau." dan aku terus meluru keluar dari dalam biliknya.






AKU pusingkan tubuh ke kiri dan ke kanan tapi tetap juga mata ini tak mahu lelap. Aku merengus geram.

Phone yang aku letak di atas meja lampu aku capai. Yeah guys, abang Luth belanja aku phone. Tak payah sebut jenamakan? hiks.

02:12 PG

Ikutkan diri memang dah mengantok ni tapi mata kenapa segar semacam. Mungkin aku haus?

Aku menyelak selimut tebal yang menutupi tubuh ku. Memandangkan manusia dalam rumah ni semuanya tidur awal maka aku berasa lega.

Tak perlu aku menukar baju lengan panjang dan memakai tudung. Dengan berhati-hati aku menuruni tangga. Aku tidak mahu mengejutkan sesiapa.

Sebaik di dapur, aku membuat air milo. Aku masukkan dua sudu besar susu pekat dan dua sudu besar milo ke dalam muk. Kemudian, aku bancuh bersama air panas. Tidak sampai lima minit pun air kegemaran ku telahpun tersedia.

Air milo aku hirup perlahan-lahan. Panasnya meredakan kedinginan yang aku rasa.

Hm sedap!

Aku pusingkan tubuh hendak duduk di meja. Namun, kaki ku kaku apabila sekujur tubuh tegap yang sedang bersandar di peti sejuk itu merenung ku tajam.

Air milo yang sedap tadi terasa pahit di kerongkong ku. Perasan yang diri ini tidak bertudung, aku cuba mengawal pelbagai perasaan yang hadir.

"Abang Khal.. er, nak apa-apa ke?" soal ku cemas. Dia diam dan masih merenung ku tajam.

"Er, Nia masuk bilik dululah." dan saat aku mahu melintasi abang Khal, tangannya menghalang ku. Aku terhenti.

"Er, Nia nak masuk tidur." ujarku takut.

Berduaan dengannya dalam gelap bergini menaikkan segala bulu roma ku. Lagi-lagi renungannya yang tajam itu.

"Abang Khal.." tiakku lagi apabila tiada tanda-tanda dia mahu memberi laluan untukku.

Tiba-tiba dia menghampiri ku. Aku melangkah setapak ke belakang. Namun, baru dua tiga langkah, tubuhku dikepung oleh dinding. Dan abang Khal semakin rapat.

"Abang khal.." hangat hembusan nafasnya mengena hidung ku membuatkan aku sedar betapa rapatnya dia.

Tangannya naik mengelus rambut ku. Aku mengelak. Ya Allah, aku takut. Dah kenapa dengan dia ni.

"Apa abang Khal buat ni? janganlah.." rayuku. Tubuhku terasa kecil di dalam kepungannya. Pandangannya tajam merenung ku.

"Aduh!" meringis sakit aku apabila dia mencengkam kuat lengan ku.

"Abang, sakitlah.." kelopak mata ku terasa panas. Dan sekarang aku sangat takut dengannya.

"Siapa kau?" keras nada suaranya menyoal ku.

Aku terdiam membalas renungannya. Kenapa dia bergitu bencikan aku? Kenapa dia bukan abang Luth?

"Aku akan cari tahu tentang kau. And aku akan pastikan segala rahsia kau terbongkar. Watch out, sister." senyumnya sinis sebelum tangan ku dilepaskan.

Aku tercungap-cungap di situ sambil merenung belakang tubuh abang Khal yang pergi. Peluh mula merinik di dahiku. Tubuh ku serta merta panas. Dan aku rebah.


•••





curiga madah mu penuh curiga,
setia bodohnya aku setia,
pendusta kau sorang pendusta,
yang penuh dengan drama.

❤️

Tetap Kamu. [ diterbitkan ]Where stories live. Discover now