Seketika aku tersedar dari lena. Tekak terasa kering. Aku bangkit dari katil yang empuk dan mengatur langkah ke dapur.
Plak!
Aku menjerit kecil apabila lampu blackout. Keadaan sunyi dan gelap. Sumpah aku takut sekarang ni. Aku meraba-raba dinding di tepi. Nak buka flashlight dari phone pun aku tak bawa phone bersama.
Aku menjerit kecil lagi apabila tubuh ku dikepung oleh sesuatu. Tapi, belum sempat aku mahu menjerit kuat, bibir ku ditekup. Siapa? perompak ke?
Dia sangat dekat dengan aku sampaikan aku dapat rasa hembusan nafasnya yang hangat menampar pipi ku.
"Diam. Ni aku, Khaleef." tubuh ku kejung. Aku cuba ingin berkata sesuatu tetapi sia-sia sahaja apabila mulutku ditekup kuat.
"Kalau kau menjerit, aku tak akan teragak-agak bocorkan rahsia besar kau dekat Luth dan keluarga aku. And don't you dare me, Nia Ameera." semakin aku kelu.
Perlahan abang Khaleef melepaskan tangannya di mulutku. Daripada sinaran malam yang gelap ini aku dapat melihat matanya yang bersinar.
"Kenapa kau tipu kami sekeluarga?" nadanya keras dan itu mula membuatkan bulu roma aku merinding.
"A—apa maksud abang Khal ni. Nia tak fahamlah." dalih ku. Ketika ini peluh mula merinik membasahi dahiku. Tangan aku menggeletar hebat.
"Berhenti berpura-pura, Nia! Kenapa kau tipu kami hidup-hidup? anak yatim piatu ha? really Nia?" aku semakin kejung apabila tangan abang Khaleef naik mengusap pipi ku.
"Nia.. Nia.. Nia.. sebenar..nya.." aku mati kata. Pelbagai soalan mula bermain di minda ku. Macam mana abang Khaleef boleh tahu tentang hal ni?
"And Nia, aku tertanya-tanya. Sah ke pernikahan kau nanti apabila ayah kau tak menjadi wali kau. Sedangkan ayah kau masih hidup, Nia! kau nak permainkan keluarga aku ke, betina?" Khaleef mencengkam lengan ku kuat sehinggakan aku mengeliat kesakitan.
"Abang Khaleef. Nia can fix this. Please jangan bagitahu sesiapa, please. Nia ada sebab kenapa Nia tipu semua orang. Percayalah, Nia. Nia akan lari dari sini. Nia tak akan kahwin dengan abang Luth. Please, abang Khal." rayuku sayu.
Abang Khaleef ketawa kecil. Dan ianya kedengaran sangat seram bagiku. "No, Nia. Tak apa, jangan risau. Kau teruskan dengan plan kau. Kau kahwin je dengan Luth sebab aku ada hadiah istimewa sempena pernikahan kau nanti. Just wait and see, sister in law."
"Abang Khal. Nia tak akan teruskan perkahwinan ni. Please jangan buat Nia macam ni."
Aku menggigit bawah bibirku menahan sakit apabila abang Khaleef bertindak mencengkam lengan ku kuat teramat kuat sehinggakan aku dapat merasakan kukunya menembusi kulit lenganku. Ya Allah, Pedih!
"Kau akan teruskan perkahwinan ni, Nia. Or else, aku bunuh kau." renungan tajam Khaleef sudah cukup untuk membunuh ku.
KINI, aku bersila penuh sopan di belakang abang Luth yang sedang mengadap tok kadi dihadapan. Mama dan Dira setia berada di sisi ku.
Aku gemuruh. Bukan kerana pernikahan ini tetapi, kerana ugutan abang Khaleef. Sedari tadi aku cuba mencari susuk tubuhnya tetapi tak kelihatan.
Keadaan rumah semakin riuh dengan orang ramai yang aku tak berapa kenal. Majlis sepertinya mahu bermula. Tapak tangan ku mula basah dengan peluh gementar.
Kelihatan abang Luth dan tok kadi sudah berpegangan tangan. Ya Allah, semoga semuanya berjalan dengan lancar.
"Nanti dulu!"
"NANTI DULU!" Khaleef melaung kuat membuatkan semua mata merenungnya. Sempat Khaleef mengintai riak wajah Nia yang kelihatan resah.
"Pernikahan ini tetap tak akan sah tanpa wali pengantin perempuan. Jadi, saya bawakan wali pengantin perempuan untuk memudahkan urusan." Khaleef tersungging sinis.
"Khal, apa ni?" tegur Luth. Dia bingkas bangun menghampiri adik lelakinya yang membuat kecoh di hari pernikahannya.
"Abang, kenalkan bapa mertua kau." Khaleef menepuk bahu Luth sebelum menarik Encik Daud ke sisinya.
Luth mati kata. Dia memalingkan wajah kepada Nia yang sudah tunduk menangis teresak-esak.
"Nia, apa ni?" soal Luth tenang.
Perlahan Nia mengangkat wajahnya. Matanya dan mata Encik Daud bersambung. Terdapat kekecewaan dalam mata Encik Daud.
"Tergamak kau mengaku anak yatim piatu sedangkan aku dan mak kau masih hidup!" tegas dan garang suara Encik Daud. Benar dia kecewa dengan anak bongsunya itu.
Nia tak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menangis dari tempat dia duduk. Datin Alia kelihatan sangat bingung. "Nia, apa semua ni?" soalnya lembut.
"Maafkan Nia, mama. Nia tak bermaksud. Nia ada sebab Nia. Mama tolonglah percaya Nia." Nia meraih tangan Datin Alia. Wanita itu hanya kaku.
Keadaan semakin kucar-kacir dan huru-hara. Luth meraup mukanya. Dia tak percaya yang dia telah diperbodohkan oleh Nia Ameera.
"Tergamak kau buat aku sekeluarga macam ni. Apa dosa aku dengan keluarga aku dekat kau?" Nadanya tegang. Timbul urat dileher.
"Abang Luth, Nia boleh jelaskan. Bagi Nia terangkan, Please." tangis Nia. Namun, Luth Mikael membalas dengan tawa yang agak sinis.
"Cukup, Nia! aku tak akan terima kau sebagai isteri aku selepas apa yang kau dah buat pada aku sekeluarga. Kau tak layaklah Nia!" tengking Luth Mikael.
Khaleef yang menonton berasa puas hati melihat Nia Ameera yang jatuh terduduk menangis seorang diri. Dia tersenyum senget. Kini giliran dia pula menambah sedikit garam dalam drama ini.
"Mama, Papa, Khaleef ada something yang Khaleef nak bagitahu." dia tenang merenung kedua ibu bapanya yang sudah pening dengan keadaan semasa.
"Apa pulak Khaleef?" tegas Dato' Rashid.
"Sebenarnya, Khaleef dengan Nia pernah terlanjur."
•••
it's been a long time, right? 😂
sekarang sebab terlalu bosan di rumah i decide untuk lebih fokus pada cerita ini! say yeay everyone 😂
btw, jangan lupa vote dan komen.
(READ THIS)
I tak berapa nak ingat yang I ada mention nama parents Khaleef atau tidak sebelum ni. And guess what? I lupa nama parents diorang so I guna je nama baru. Kalau silap tegur atau abaikan sebab malas nak re-read previous chapter.
And also kalau jalan cerita lari sikit tu i'm so sorry sebab idea yang lama-lama dah terkubur tak bernisan. Itu yang tak dapat dikenal pasti arwahnya. I'm so sorry okay.
After this gonna be banyak muslihat-muslihat yang berat. Dan akan memeningkan kepala I dan You guys semua. Pray for me 😄
AND STAY SAFE, STAY HEALTHY EVERYONE! DUDUK RUMAH JANGAN MERAYAP! ❤

ANDA SEDANG MEMBACA
Tetap Kamu. [ diterbitkan ]
RomanceWN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar dari rumah. Takdir menentukan yang dia bakal bertemu dengan Khaleef Faliq dan Dira Erna. Dia dibaw...