Aku merenung bilik yang cantik ini. Kelopak mataku terasa panas dan kabur. Dan airmata ini mengalir tanpa sedar.
Abah mak, adik rindu sangat.
Laju airmata ini aku seka apabila ada ketukan di pintu. Dengan senyuman hambar aku buka pintu bilik.
Dira.
"Hai Nia. Macam mana? selesa tak?" soalnya prihatin. Dia ni baik sangat.
"Selesa sangat. Terima kasih, Dira." aku senyum.
"Sama-sama. Nia, mama suruh awak bersiap. Kejap lagi kawan papa tu dah nak sampai. Kita turun makan sekali ya?"
"Eh. Tapi saya orang luar. Tak apalah, Dira. Saya duduk dalam bilik sajalah." tolak ku.
"Tak ingat eh mama pesan apa tadi? awak tu ahli keluarga ni juga. Jangan sebut tentang orang luar lagi. Kalau mama dengan papa dengar, kecil hati mereka."
"Hm.. maaf. Baiklah." aku senyum.
"Macam tu lah! okaylah, saya nak pergi mandi dulu." Dira tersengih lebar sebelum beredar meninggalkan ku.
Pintu bilik aku tutup. Bersyukur kerana ada yang sanggup menerima aku. It's okay, Nia. Ini permulaan hidup kau yang baru. Lupakan yang lalu. Face apa yang akan datang. Nia Ameera born to be strong! Goodluck, dearself!
Aku dan Dira agak sibuk di dalam dapur membantu mak Jah menghidang makan malam. Mama tengah bersiap di dalam bilik.
"Dira, Nia.. Mak Jah masuk solat maghrib sebentar ya." kami mengangguk.
"Eh, Nia. Saya nak masuk tandas sebentar ya." aku tersenyum dan mengangguk.
Makanan semua dah terhidang di atas meja makan. Aku berlalu ke dapur. Melihat sinki yang penuh dengan mangkuk kotor, aku melipat lengan baju kurung ku hingga ke siku.
Ralit membasuh mangkuk, aku merasakan haba hangat dibelakang ku secara tiba-tiba. Sangat rapat.
Aku jadi kaku apabila bulu roma ku mencanak naik. Ada mahluk dibelakang ku. Tubuh ku terasa kerdil apabila dia bergitu rapat dibelakang ku.
Tiba-tiba ada tangan melingkar di perut ku. Dia nak peluk aku ke?! membutang mata aku.
"Lain kali kalau nak membasuh, pakai apron. Basahlah baju awak tu." aku jadi kaku. Apron berbunga itu diikat di tubuhku.
"Dah siap. Cepat basuh tu. Tetamu dah nak sampai. Rajin anak baru mama." tangannya naik mengusap kepala ku yang berbalut dengan tudung. Dan dia beredar.
Aku menghela nafas berat. Hampir jatuh ke lantai aku dibuatnya apabila lutut ini longgar semacam. Aku cuba mengatur nafas yang sesak ini.
Ya Allah.
"Nia, awak okay?" soal Dira yang baru masuk dalam dapur.
"Ha? o-okay." aku mengawal wajah yang cuak ini.
YOU ARE READING
Tetap Kamu. [ diterbitkan ]
RomanceWN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar dari rumah. Takdir menentukan yang dia bakal bertemu dengan Khaleef Faliq dan Dira Erna. Dia dibaw...