005

358 131 17
                                    

"Psst, Nako. Kenapa ada Kai pulak ni. Bukan main segak lagi dia malam ni."bisik Hitomi.

"Aku pun tak tahu."balas Nako.

"Mana Younghoon?"soal Hitomi pelik.

"Ish kau ni kan, jodoh yang tak ada sekarang sibuk cari. Yang dah ada depan mata, buat-buat tak nampak."tegur Minju.

Diri yang tadinya bersembunyi di sebalik dinding kini keluar. Kai yang terlihat Hitomi itu terus tersenyum.

"Good luck sis."Minju menepuk bahu Hitomi sebelum bahu itu ditolak memasuki cafe itu.

"Dah Minju, jom pergi."ajak Nako.

"Nak pergi mana?"soal Minju.

"Pergi makan tempat lain lah. Takkan kita nak kacau 'date' diorang pula."balas Nako.

Minju mengangguk faham sebelum dia menjejak masuk kereta miliknya.

"Welcome my sweetheart, Honda Hitomi."sapa Kai manis.

Hitomi hanya membalas dengan senyuman yang cuba disembunyikan kecacatannya.

"You may have your seat."pelawa Kai sebelum menarik kerusi kayu itu kepada Hitomi.

"Jadi, saya sediakan special dinner untuk awak malam ni. Enjoy it."ucap Kai setelah sahaja Hitomi duduk pada kerusi yang telah ditariknya tadi.

"Thanks."balas Hitomi pendek.

"Makanlah."pelawa Kai.

Hitomi mengangguk kekok. Stik yang berada dipinggan itu dipotong satu persatu sebelum disuap ke dalam mulut.

"Sedap, pandai awak pilih."puji Hitomi gembira.

"So, cheers?"ajak Kai dan dia mula mengangkat cawannya.

"Cheers!"bunyi lagaan cawan kedengaran setelah mereka melagakan cawan mereka sebagai tanda 'meraikan' nya.

"Kai, kenapa rasa dia kuat sangat? Pening kepala saya."rungut Hitomi dan memegang kepalanya yang mula berdenyut itu.

"Maaf Hitomi, cuma air tu buat aku tunggu pandangan kau jadi gelap semuanya."kata Kai sinis.

"M..maksud awak?"soal Hitomi keliru.

"Kau akan tahu nanti."balas Kai sebelum tangannya yang dikepal kuat itu dihentak pada kepala Hitomi.

Pandangan Hitomi mula kabur dan perlahan-lahan dia merasakan dirinya tumbang akibat hilang keseimbangan.

"Kim Jongin!"suara Nako memenuhi ruang gudang tersebut.

"Eo, Yabuki Nako is here. Hmm, kau nak apa?"soal Kai.

"Hitomi mana?"soal Nako pula.

"There she is."Kai menuding jarinya ke arah Hitomi yang sedang terikat pada sebuah kerusi kayu.

Kot yang dikenakan oleh Kai tadi, dibuka satu persatu butangnya. Kai dapat merasai yang cecair jernih mula mengalir daripada ubun-ubunnya.

"Kau nak buat apa kat dia?"soal Nako sayu.

"Maybe, kill her."balas Kai.

"Kai, kau gila kah? Nak bunuh dia? Hei, benda tu bakal jadi benda paling tak logik dalam hidup aku. Dia kawan aku."bantah Nako.

"Baru sekarang kau nak fikir hubungan persahabatan korang? Maaf, dah terlambat. Hei Nako, kalau kau tak nak aku bunuh dia, then kau nak suruh aku buat apa kat dia? Seksa dia?"soal Kai.

"Come on. Kalau aku seksa dia, kau sanggup kah nak tengok dia dalam keadaan macam tu."tambah Kai lagi.

"Semestinya tak! Please lah Kai, kenapa kau perlu buat macam ni kat dia?"suara Nako mula menggeletar. Perasaan sebak itu sedaya upaya ditahan, tetapi dia tidak mampu.

"Sebab persetujuan kau, sebab misi kau dan sebab arahan. Itu semua sebab kenapa aku buat macam ni."jelas Kai.

"Arahan siapa? Siapa yang arahkan kau buat benda keji ni? Siapa?"hampir beberapa kali Nako mengulang soalan yang sama akibat sebak yang tidak dapat ditahan lagi.

"Ini bukan urusan kau. Kau tak perlu tahu."kata Kai.

"Bukan urusan aku? Hitomi kawan aku dan sekarang dia jadi mangsa keadaan. Semua yang berkaitan dengan kawan aku ialah urusan aku!"bantah Nako lagi.

"Nako, cukuplah. Aku terpaksa buat macam ni. Aku pun ada life juga, aku pun nak hidup dalam dunia ni."balas Kai.

"Kau fikir semua mangsa kau tu tak nak hidup ke?"soal Nako.

"Hei dah lah Nako. Aku penat kau tahu tak. Semua misi korang tulah satu-satunya peluang untuk aku. Misi korang tulah tempat aku bergantung harap. Aku sebenarnya tak ingin lah nak buat benda keji macam ni!"Kai sudah mula bengis.

"Minju, bawa keluar semua barang aku."arah Kai.

Secara tiba-tiba Minju datang entah dari arah mana membawa segulung kain tebal yang berisi senjata di dalamnya.

Kain tebal itu dicampakkan ke tanah dan ikatan kain tersebut mula terbuka. Segala senjata berbahaya terpapar pada anak mata Nako.

Kai mula tertarik dengan sepucuk pistol berwarna perak yang berisikan beberapa butir peluru. Pistol tersebut ditarik keluar dan dihalakan pada kepala Hitomi.

"Sorry Nako. It will be your baddest night ever."ucap Kai sebelum picu tersebut ditarik dan peluru yang diisi tadi keluar dan tersasar pada kepala Hitomi.

"Hitomi!"teriakan Nako menusuk gegendang telinga Kai dan Minju yang turut berada di situ.

"Tak payah nak sedih sangat. Lama-lama nanti kau akan terbiasa dengan semua ni."kata Minju sekilas.

___


[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now