016 [ end ]

275 45 33
                                    

Yuta , mark focus

" mark , dah makan ? " soal Yuta dan melabuhkan punggungnya di sebelah Mark . Ini ialah hari terakhir dia bersama Mark dan tak mungkin sewenangnya dia melepaskan peluang terakhir ini .

" dah . Eo hyung , Mark ada kerja nak buat kat atas , hyung ambil lah popcorn ni . Mark naik dulu ya . " baru saja Mark berdiri, dia kembali ditarik duduk . Yuta sudah tahu muslihat Mark namun dia hanya mampu pendam rahsia paling besar baginya itu .

" sejak bila kau kerja ha ? Kau tak ada kerja pun kan , dah dah teman hyung tengok movie kat sini . " Yuta menolak bekas popcorn itu ke bahagian tengah meja supaya dia dapat berkongsi popcorn itu bersama Mark . Mark pasrah , dia cuma lakukan apa yang boleh untuk menyembunyi identiti yang sudah diketahui Minju dan Taeyong .

Secara tiba-tiba telefon Mark berdering dan membuatkan fokus mereka terganggu , Mark segera menjawab panggilan itu jauh dari tempat Yuta berada .

Tertera nama Kris pada skrin telefonnya ,

" kau dah tentukan sasaran baru ? " suara Kris jelas kedengaran tegang , semuanya kerana Mark yang lewat menentukan sasaran baru mereka .

" dah bos , sasaran baru kita Minju dan Taeyong . " balas Mark dalam kadar segera , takut pula ada yang perasan dan dia akan tertangkap .

" Why ? "

" diorang berdua dah tahu identiti aku dan diorang cuba nak beritahu orang lain . " jelas Mark dengan rasa marah membuak-buak di dada , tiada lagi rasa gembira untuk kekal dekat bersama Taeyong .

" punca ? "

" salah seorang anak buah kau dan Tao , dan dia berkait rapat dengan Minju " jelas Mark lagi tetapi kali ini rasa teruja pula kerana Kai yang selama ini dia cemburui bakal dihapuskan .

Populariti Mark hancur hanya kerana Kai yang selalu dipuji hebat dalam menari serta selalu dipanggil sebagai prince charming . Sejujurnya , Mark tak pernah menyukai semua perkara itu , malah lebih membenci . Namun melihat popularitinya yang semakin melonjak naik , Mark terpaksa berlakon akur supaya usaha yang sedang membuahkan sedikit demi sedikit hasil itu tidak jatuh menjunam .

" Kim Jongin ? "

" ya , dia Kim Jongin . Kalau nak buat lebih menarik , buat mereka bertiga mati serentak . Adik boleh tengok abang mati , abang boleh tengok adik mati , abang pun boleh tengok junior industri dia mati sekali . Fuh , confirm aku jadikan fatum ni as the best interested game ever . " Mark tersenyum sendirian , tak sabar pula mahu menunggu detik keunggulannya yang bakal tiba tak lama lagi .

" great work , Mark Lee . "

Talian ditamatkan dengan segaris senyuman penuh sinis dari Mark , dia bakal berjaya sepenuhnya hari ini . Tiada lagi prince charming , tiada lagi ketua kumpulan yang selalu dipuji high class visual dan tiada lagi plan crasher .

Namun dalam tak sedar , earpiece yang dipakai oleh Yuta , Taeyong , Minju dan Haerin menerima satu persatu maklumat daripada bait bicara Mark dan Kris yang baru saja tamat talian .

Plan kali ini , Yuta terpaksa melibatkan rakannya Haerin dan anggota polis yang lain supaya memudahkan kerja mereka hari ini . Jika bahaya datang mengancam , mata-mata polis sudah ada membantu .

Taeyong , Minju focus

Kini Taeyong dan Minju sedang berada di dalam bilik usang yang kosong dan mereka telah diikat setelah mereka diculik beberapa jam yang lalu . Nampaknya plan berjalan lancar .

[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now