"Korang, aku baru dapat panggilan dari jiran berdekatan. Taeil dah kena bunuh!" cuak Chen berkata.
"Apa dia? Taeil kena bunuh? Kau main-main ke apa, Chen?" soal Taeyong penuh serius. Risau akan ahli tertua kumpulannya itu.
"Betul, aku dah cuba nak tengok tadi tapi orang ramai sangat. Kalau korang ikut, kerja mesti lagi mudah. Korang pun dapat tengok siapa sebenarnya yang kena bunuh tadi." ucap Chen, meyakinkan yang lain.
Mereka mengangguk setuju. Kesemua ahli 127 bangun dan berhenti daripada melakukan kerja-kerja mereka. Memandangkan dreamies masih di sekolah, lokasi kejadian tersebut tidak lah terlalu sesak.
Mereka hanya menggunakan dua kereta sahaja memandangkan Chen tidak membawa sesiapa, mana yang tidak muat menaiki kereta Taeyong akan berpindah ke kereta Chen.
Sesampainya mereka di situ, orang ramai mengelilingi mayat seorang lelaki di tengah lorong sempit itu.
Mereka dengan pantas menghalau orang-orang yang menutupi pemandangan mereka, alangkah terkejutnya nereka apabila mayat yang terbaring di jalan itu memang benar-benar seperti yang dimaksudkan, Moon Taeil.
"Taeil!" Doyoung dibelakang pantas mendapatkan jasad lelaki yang tidak lagi bernyawa itu. Kepalanya dipangku pada peha kecil milik Doyoung.
Air mata Doyoung tidak berhenti mengalir apabila melihat wajah pucat rakannya itu, sungguh sayu. Kemesraan dia dan Taeil itu akan dia janji untuk tidak melupakannya.
"Aku sumpah siapa yang bunuh Taeil ni duduk neraka!" bentak Doyoung kuat, amarah membuak-buak di dalam dirinya itu. Bagai dikawal perasaan, dia menangis dengan sangat teruk. Hidungnya merah, matanya sembab.
"Sudah Doyoung, ambulance dah sampai tu. Beri dia buat bedah siasat di hospital dahulu, mungkin kita akan dapat tahu siapa yang bunuh Taeil hyung." pujuk Taeyong dari tepi.
Selama dia menangis dan menyumpah-seranah tadi, secara tidak sedar ambulance telah pun tiba.
Doyoung beralih ke tepi, memberikan ruang kepada ahli kesihatan itu untuk mendorongnya ke dalam ambulance itu. Doyoung melihat mayat Taeil didorong penuh sayu.
Chen pula seperti tiada perasaan, melihat mereka yang berduka tanpa rasa sedih. Mungkin kerana Taeil bukanlah salah satu daripada rakan karibnya.
"Korang, jom balik. Nanti budak-budak tu balik pelik pula kita tiada. Doyoung, sudah-sudah tu. Yang dah pergi tak akan kembali." kata Yuta yang mahu memasuki perut kereta itu.
Doyoung hanya berjalan masuk kereta dengan perasaan sedih menguasai dirinya itu. Sungguh dia tak akan maafkan gerangan yang membunuh Taeil itu.
"Aku tahu, pasti ada dikalangan pemain fatum yang sedang jalankan misi dan pasti dia yang bunuh Taeil." bicara Doyoung menunduk manakala yang lain tersedar akan kebenaran kata-kata Doyoung itu.
"Ya lah, aku lupa tentang fatum. Kali ni punya misi dirahsiakan bukan? Aku rasa betul kata Doyoung, salah seorang daripada kita sedang lakukan misi." Chen bersuara, mahu menghilangkan rasa syak mereka kepadanya.
Mereka mengangguk dalam diam, malah ada juga sedang tersenyum sinis.
"Kau dah kenapa asyik tersenyum ni, Yuta?" soal Jungwoo di sebelahnya.
"Aku tahu siapa yang bunuh Taeil, aku juga tahu apa taktik dia." ucap Yuta sinis.
"Kau tahu? Siapa?" soal Johny pula.
"Kita tunggu siapa yang bakal diberkas nanti." balas Yuta, tidak mahu Chen menggelabah.
Chen sudah memberontak di dalam batinnya, takut ditangkap. Dia tidak mahu kerja kotornya itu diketahui oleh rakan karibnya.
➖
"Apa dia? Taeil dah mati?!" terkejut ahli Iz*one mendengar berita kematian Taeil itu. Mana tidaknya, mereka baru sahaja pulang dari melakukan dance practice mereka tiba-tiba pulang, mendengar berita kematian pula.
"Chen, kau yang bunuh Taeil ya?" lantang Chaewon menyoal Chen. Yang lain pula hanya melihat selisih mata antara Chaewon dan Chen.
"Kenapa aku pula?" soal Chen.
"Kau keluarkan tadi."
"Kan aku dah kata, aku nak minta tolong kawan aku untuk baiki laptop." jelas Chen.
"Tunjuk aku beg laptop kau. Tunjuk laptop juga, aku nak tengok beberapa jam lalu kau keluar tu betul-betul kau pergi minta kawan kau baiki laptop kau." pinta Chaewon, dia ragu-ragu akan kelakuan Chen yang semakin pelik.
"Sekejap, biar aku ambil." Chen keluar ke keretanya, pintu kereta itu dibuka dan dicari beg laptop pada tempat duduk belakang.
"Alamak, mana beg tu?" Chen menyoal sendirian. Dia kembali masuk ke dalam rumah banglo itu. Alangkah terkejutnya dia apabila beg miliknya itu berada di tangan Yuta.
"Kau dah tertangkap, Kim Jongdae" ucap Yuta sinis, beg milik Chen itu mahu diambil sebagai bahan bukti yang akan ditunjukkan pada pihak polis.
"Hei, beri semula beg tu. Kau nak buat apa ha dengan beg aku tu?" soal Chen penuh cemas.
"Kenapa? Kau takut kau ditangkap? Dah berani bunuh orang, takut nak ditangkap pula. Baru aku tahu kau ni pengecut orangnya." sindir Yuta sinis, saja mahu menyakitkan lagi hati pembunuh rakannya itu.
"Aku tak bunuh Taeil lah! Sumpah aku tak bunuh dia!" bentak Chen keras.
"Sudah-sudah lah tu berlakon, Kim Jongdae. Kau punya lakonan tu tak akan dapat anugerah pun." sindir Chaewon pula, muak melihat Chen yang masih mahu berselindung daripada kesalahannya itu.
Chen sudah tidak tahu mahu lakukan apa, dia hanya mampu menunggu hukuman yang bakal menimpa. Dia mengaku yang dia benar-benar cuai kerana tidak membersihkan bukti dengan rapi tetapi setahu dirinya itu, hanya pistol yang boleh dijadikan bahan bukti. Dia sudah pun membuang pistol itu. Persoalannya, apa sebenarnya bahan bukti yang disediakan oleh Yuta?
___
YOU ARE READING
[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원
Mystery / Thriller[ ᵉˣᵒ' ⁿᶜᵗ' ⁱᶻᵒⁿᵉ ᵗʰʳⁱˡˡᵉʳ ᵇᵒᵒᵏ ] ... ❝ hanya disebabkan satu permainan , semua terjerut bahaya ❞ start : 18 december 2019 end : 9 may 2020 ©&® vttaemin 2020 ♡