"Bodoh!" suara teriakan Jaehyun memenuhi ruang di dalam kawasan itu. Tinggal dia sendirian di situ. Tangisan kelakiannya jatuh dari tubir mata, sebak apabila mengetahui khabar Doyoung.
"D... Doyoung hyung, kenapa kau pergi awal sangat ha? K...kau muda lagi hyung." lengan kemejanya digunakan untuk mengelap air matanya yang semakin jatuh deras.
Makam Doyoung dihadapannya ditatap lama, lama juga dia duduk di situ. Gambar Doyoung menambah lagi pilu di sudut hati Jaehyun. Sungguh dia tidak menjangka Doyoung akan pergi secepat itu.
"Jaehyun, jom balik." panggil Eunbi dari luar dengan nada sopan, tidak mahu mengganggu emosi Jaehyun.
"D... Dia dah tak ada Eun, dia dah tak ada." bunyi esakan Jaehyun semakin pilu.
Eunbi yang tadinya di luar, kini menjejak masuk ke dalam kawasan tersebut setelah membuka kedua belah kasutnya. Bahu Jaehyun dipeluk erat, memberi sedikit ketenangan kepada jejaka itu.
"Siapa yang nak buat lawak bodoh kat aku lagi Eun? Dia je satu-satunya dan dia...dia...dia dah pergi Eun." tangisan Jaehyun semakin kuat serta diiringi cecair jernih yang tidak henti mengalir keluar dari kelopak matanya.
Pelukan bahu bertukar kepada dakapan hangat, cukup hangat bagi mereka berdua.
"Tolong ada untuk aku, Eunbi. Aku tak nak dengar lagi berita orang mati ni." ujar Jaehyun sadis.
"Aku akan selalu ada untuk kau Hyun, diorang pun ada lagi. Tak perlu risau lah." belakang tubuh Jaehyun ditepuk perlahan oleh Eunbi. Dia dapat merasakan bahagian bahunya semakin basah dengan air mata Jaehyun.
➖
"Hyung tak penat ke ha? Dah berapa jam kita kat sana tadi, Jungwoo ni mampu tahan lapar je tau. Jom lah makan dulu." pinta Jungwoo sambil perutnya dipegang tanda dia sedang lapar.
"Kau nak makan apa?" soal Johny.
"Beef maybe." Jungwoo tersipu malu, bukannya dia tidak tahu yang daging korea sememangnya mahal.
"Ikut suka kau lah, nanti kau bayar." Johny terlebih dahulu memasuki kafe bertaraf lima bintang itu.
"Hyung, sorry to say but, kita yang bayar." kelihatan wang kertas yang dipegang olehnya cuma beberapa ribu won saja.
"Eish budak ni, sehari tak kebas duit aku tak sah." Johny hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia sudah pun biasa dengan sikap Jungwoo itu.
Jungwoo mengambil tempat duduk di sekitar penjuru kafe itu, di situ punya udara nyaman serta ia berdekatan dengan kaunter. Johny pula, dia mengambil pesanan di kaunter.
"Oit, termenung apa tu?" soal Johny dengan sedulang hidangan ditangannya, cepat betul hidangan mereka siap.
"Tak ada lah, aku pelik pasal kematian Sehun dengan Doyoung. Dah buat posmoterm pun masih tak jumpa punca kematian lagi." kata Jungwoo dengan dagu yang ditongkat di tangan kanannya.
"Itulah, aku pun ada fikir juga. Dalam kita risau dan fikirkan orang lain, kita pun kena fikir pasal diri sendiri. Kita belum terlepas lagi." pesan Johny sambil mencicit ice americano miliknya.
"Ish hyung ni, naik bulu roma Jungwoo." Jungwoo menepuk perlahan lengan Johny.
"Makan cepat, kejap lagi aku nak ajak kau pergi tandas. Teman aku." kata Johny.
"Pergi tandas pun nak berteman?"
"Eh kau ingat sikit eh, dulu kau nak kencing malam-malam pun aku yang kau kejut tau." Johny menjegil tajam anak mata Jungwoo, kecut perut dibuatnya.
"Sorry." balas Jungwoo ringkas.
➖
Johny baru saja keluar daripada salah satu pintu tandas di dalam tandas lelaki itu. Kot hitam yang dikenakannya diperkemaskan. Boleh tahan lama juga dia dan Jungwoo duduk di makam serta berjalan sehingga kot hitamnya terasa dingin.
"Hey Mister Johny, do you have a nice day?" soal seorang lelaki bertubuh sasa di belakang.
"Yes, but maybe after you come to me, this will be bad day." balas Johny tanpa gerun.
"Bingo! Hari kau memang akan jadi teruk hari ni." lelaki itu tersenyum sinis sebelum menendang kedua betis Johny dari belakang sehingga Johny jatuh terbaring.
Sebuah pistol perak dikeluarkan dari poket belakang serta diarahkan ke arah dada Johny.
"Kau gerak, kau mati."
Johny serta merta terdiam, dia tidak mahu mati sebegitu. Sebetulnya, Johny telah menerima misi daripada pihak fatum namun, dia ingkar.
'put some of animals blood on
Suho's drink.'Accept/decline
"Wtf, benda ni gila ke apa? Darah haiwan kot, takkan lah nak letak dalam minuman?" kata Johny terkejut.
Johny mula buntu, dia sayang rakannya, dia juga sayang dirinya sendiri. Huh, dia menyesal turut serta dalam permainan itu.
Accept/decline
"Muktamad, aku tak nak tengok diorang mati. Biar lah aku sengsara sorang-sorang."
Pintu tandas dihadapannya ditenung lama, apa pula lelaki itu mahu lakukan. Setelah lama melihat, baru dia sedar yang skru pintu itu telah terbuka semuanya.
Lelaki itu menjauh dari kawasan Johny dan melihat tubuh Johny dihempap dengan pintu tandas tadi. Dia kembali datang ke arah Johny.
"Hei, ni dah kira baik bos aku tak suruh bunuh kau." kata lelaki tersebut sebelum sebatang besi berat yang dibawanya menghempap lengan kiri Johny.
"Aarghh!"
"Goodbye bro."
___
YOU ARE READING
[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원
Mystery / Thriller[ ᵉˣᵒ' ⁿᶜᵗ' ⁱᶻᵒⁿᵉ ᵗʰʳⁱˡˡᵉʳ ᵇᵒᵒᵏ ] ... ❝ hanya disebabkan satu permainan , semua terjerut bahaya ❞ start : 18 december 2019 end : 9 may 2020 ©&® vttaemin 2020 ♡