007

305 92 31
                                    

Chen's focus

"Ish, kau pergilah masak dulu. Bilik aku tu masih belum kemas lagi. Nanti orang masuk kata aku pengotor pula." pinta Chen kepada Chanyeol yang sibuk mengarahkannya untuk memasak.

Kerana ketiadaan Kyungsoo dan Xiumin, pelbagai kerja jatuh ketangannya termasuklah untuk memasak. Namun apa yang dia boleh lakukan, dia hanya mampu menuruti kata-kata ahlinya yang lain itu.

"Suka hati kau lah. Esok pagi kau tak masak, aku tak nak makan. Lepastu kalau aku sakit perut aku salahkan kau." ugut Chanyeol. Dia tidak mahu terlampau mendesak lelaki itu memandangkan keadaan masih belum pulih sepenuhnya.

"Thanks Chanyeol. Aku pergi dulu." Chen bergerak masuk ke dalam bilik miliknya dan yang termuda, Sehun.

"Wow, siapa pula kemas bilik ni. Bukan tadi bersepah ke? Takkan Sehun pula yang kemaskan? Ish, dia tak minat kemas-kemas ni." ucap Chen sendirian. Terkejut melihat biliknya yang begitu kemas dan rapi sedangkan sebelum ini seperti tongkang pecah.

Bilik tersebut diteliti habis bagi memastikan yang ia benar-benar kemas. Secara tiba-tiba deringan notifikasi berbunyi dari satu arah.

Chen mencari telephone yang berdering tadi. Ternyata telephone itu berada di sebalik selimut pada katilnya.

"Telephone aku rupanya." Chen tersenyum kambing.

Sedari tadi bunyi notifikasi berdering, Chen lantas membuka inbox. Itu merupakan notifikasi dari aplikasi fatum.

Choose one of the item.

Gun or knife

"Apa aku nak pilih ni? Tak akan dia nak suruh aku bunuh orang dalam rumah ni?" soal Chen sendirian. Dia mula panik dengan mission yang baru sahaja tiba itu.

"Fikir betul-betul Chen."

Chen memberanikan dirinya, telephone miliknya itu dikeluarkan semula dan dia lantas membuka semula aplikasi fatum.

Gun or knife

Chen mengetap bibirnya kuat, berdoa agar pilihannya itu tidak akan dibuat untuk membunuh salah seorang daripada penghuni rumah itu.

Ting!

Notifikasi masuk semula ke telephone Chen. Dengan penuh debaran, message itu diteliti.

You have choose gun, take a box of gun under of your bed and use it to kill one of the player.

Time given: 48 hours

"Aku baru cakap, aku tak nak bunuh orang. Aargh, aku tak nak mati disebabkan game bodoh ni." rintih Chen, beban semakin datang kepadanya.

Secara tiba-tiba, Chen menunduk ke arah bawah katil. Cadar itu diselak ke atas dan alangkah terkejutnya Chen apabila sebuah kotak kecil berwarna biru berada pada bawah katilnya itu.

Kotak kecil itu dicapai mendekati dirinya. Habuk yang tersisa pada kotak itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum penutup kotak itu dibuka penuh berhati-hati.

Pistol di dalam kotak itu dikeluarkan dari kotak asalnya. Dilihat juga isi dalamnya, telah tersedia peluru.

Chen menyimpan semula pistol itu dan kotak itu disorokkan ke dalam beg sandangnya. Chen sudah pun memilih mangsanya.

Chen menyiapkan kesemua barang yang diperlukan termasuk pakaian serba hitam berserta topeng hidung dan topinya.

Pakaian yang sedang digunakannya sekarang jauh berbeza dengan pakaian yang bakal ditukarnya nanti.

Chen mengatur langkah turun ke bawah. Disebabkan hari ini ramai yang keluar rumah, dia tak akan mudah disyaki serta ramai juga yang boleh dipilih menjadi mangsa semula olehnya.

"Kau nak pergi mana, Chen?" belum sempat dia keluar daripada rumah itu, Chaewon menyoal dari sofa yang sedang didudukinya.

"Aku nak pergi rumah kawan aku sekejap, nak minta tolong repair laptop." beg sandangnya itu sempat ditepuk sebagai mimik laptop ada di dalamnya.

Chaewon hanya mengangguk faham, snek disebelahnya itu kembali dicapai dan digigit satu persatu.

Chen melepaskan keluhan lega, bersyukur bahawa rancangannya masih berjalan seperti yang dirancang.

Kunci keretanya itu diseluk keluar dari poket seluarnya. Enjin keretanya pantas dihidupkan dan kereta itu laju meluncur keluar dari perkarangan rumah itu.

Kini Chen menuju ke arah Gangnam di mana tempat Taeil berada.

Dia sempat singgah di stesen pam minyak berdekatan untuk menukar seluruh pakaiannya. Yang tadinya serba cerah, kini menjadi serba hitam. Sarung tangan juga sempat disarung supaya tidak meninggalkan kesan cap jari pada pistol itu nanti.

Dia sudah bercadang untuk membuang pistol itu selepas sahaja membunuh Taeil, dia tidak mahu melakukan perkara gila itu lagi.

Chen kembali ke keretanya. Dia lantas mengeluarkan phone detector untuk menjejak keberadaan Taeil.

Chen segera memandu keluar dari stesen pam minyak itu setelah mendapati bahawa Taeil berada tidak jauh dari situ.

Dia tersenyum senget apabila tempat di mana Taeil berada ialah sebuah lorong sunyi. Memandangkan waktu sudah senja, semakin senang untuk dia membunuh lelaki itu.

Pistol yang berada di dalam begnya itu dikeluarkan, sebagai persediaan.

Setibanya dia disebelah Taeil, tingkap kereta itu diturunkan. Tangannya sudah bersedia untuk naik melepasi tingkap itu dan menembak jejaka bernama Moon Taeil itu.

"Taeil, nak pergi mana ni?" soal Chen sopan. Suaranya samar-samar akibat dia memakai topeng hidung itu.

"Nak balik rumah. Awak siapa, ya?" sopan Taeil menyoal semula.

"Tak perlu tahu." lantas sahaja tangan kanannya naik melepasi tingkap dan picu pistol itu ditarik serta peluru keluar tepat mengenai dada Taeil itu.

"K..kau pembunuh."perlahan sahaja Taeil bersuara penuh getaran, menahan peritnya rasa sakit itu.

Pistol yang berada di tangan Chen tadi dicampak keluar dan mengenai tiang lampu berdekatan.

"Maafkan aku, Moon Taeil. Aku terpaksa buat benda ni."

___

[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now