"Sudah, jangan fikir pasal kes Hitomi lagi. Ambil kes Hitomi ni sebagai iktibar." pujuk Suho kepada ahli yang lain.
"Suho, kau tak kasihan pada kami kah? Wiz*one kami? We're not complete without her." Yujin bersuara.
"Aku cukup kasihan dengan korang semua cuma, yang dah pergi tak akan kembali."
Kesemua ahli Iz*one tertunduk sayu. Pemergian salah satu ahli mereka itu cukup menyayat hati. Tetapi, di kalangan mereka yang sedang berduka, ada yang sedang gundah gulana, cemas dan gelisah. Siapa lagi jika bukan Yabuki Nako.
Ting!
Bunyi notifikasi berdering serentak pada telephone masing-masing.
"Hish, bising lah apps ni. Tak habis-habis sengsara kan hidup orang!" Chaewon hampir sahaja mencampakkan telephone miliknya itu. Mana mungkin, duka masih belum terubat, kekusutan kembali kepada dirinya.
↔
'Please continue the game or someone will be picked randomly for the punishment.'
↔
"Ya tuhan! Siapa yang kejam sangat ni? Tak boleh tengok orang bahagia kah?" bentak Doyoung secara tiba-tiba.
"Cukup, sekarang mana roulette tu?" soal Jaehyun mencelah.
"Ni -eh, mana semua nama kita kat roulette ni?" Jungwoo mula kebingungan. Roulette yang dulunya dipenuhi dengan nama mereka, kini hanya beranak panah dan berkeadaan serba putih.
Ting!
Notifikasi kembali memasuki inbox mereka semua.
↔
'Someone has been carrying out a mission in secret and the way of fatum games have been changed again. It will arrived in a few minutes.'
Notes; once you get the new way
to continue it, all of you will not
trusting each other.↔
"Kita dapat pengahantaran lagi kah?" soal Sicheng.
"Mungkin ya, mungkin tidak."
"Aku dah penat lah dengan benda ni. Kalau aku tahu bala datang tanpa henti macam ni, aku akan bantah Eunbi untuk sertai korang." Yena bersuara.
"Yena, kitorang pun tak sangka benda macam ni akan berlaku."
"Kalau tak tahu tu, jangan lah pandai-pandai buat keputusan sendiri." Yena membantah.
"Korang tengok tu!" teriakan Yuri membuatkan semua orang berpaling ke arah tempat jari Yuri dituding.
Television yang sedang terpasang itu secara tiba-tiba bertukar siaran. Skrin itu gelap tanpa paparan kecuali sebuah suara keluar dari arah speaker.
"you guys miss me? Of course not, right. Aku lah pengkhianat sebenar game ni, aku mengaku pada korang semua. Tetapi, tak semudah itu korang semua boleh tangkap aku. Anak buah aku ada di kalangan korang semua. Jangan ingat muka baik itu mempengaruhi sifatnya juga. Notification baru akan sampai beberapa minit je lagi. See you in the hell soon."
"Kau seorang jelah yang kat neraka tu, bukan kami!" Mark bersuara. Makin geram dibuatnya.
"Siapa dia ni? Suara dia ni macam pernah dengar tapi, siapa ya?" soal Baekhyun pelik. Pelbagai nama berlegar dan diteka bagi pemilik lelaki bersuara garau tadi.
"Dia sengaja edit suara dia jadi lain supaya kita susah nak cam dia. Dasar pengkhianat licik." kata Yujin menyuarakan tekaannya.
"Kami dah balik!" dalam kesibukan mereka meneka misteri tadi, suara seseorang bergema. Ternyata itu suara milik Taeyong yang sedang memapah Haechan yang baru sahaja sembuh dari sakitnya.
"Yeay, Haechan dah balik!" ahli Nct mula bangun dari duduk mereka. Tubuh rakan mereka itu dipeluk penuh rasa gembira dan lega.
"Haechan, duduklah dulu. Rest okay." pesan Taeyong sebelum bergerak ke arah pemain yang lain.
"Jadi, ada apa-apa perkembangan ke?" Taeyong menyoal.
"Ada orang pasang video pada sistem tv kita." Baekhyun mengeluh.
"Video?"
"Dia beritahu tentang identiti dia tapi, semuanya samar-samar. Suara dia dah di edit jadi sedikit garau. Muka pula? Satu anggota pun tak nampak." keluh Baekhyun lagi. Entah sampai bila mereka perlukan masa yang begitu lama untuk menangkap dalang di sebalik permainan kejam itu.
Ting!
↔
New ways arrived! You will receive your mission in your gadget without anybody knows. You have to keep and carrying out your mission in secrets. If your mission being known, you'll be killed.
↔
"Aku rasa pengkhianat tu mesti ada kaitan dengan kita. Dia atau konco-konco dia pasti ada di kalangan kita dan perhatikan apa yang ahli lain buat." teka Suho membuatkan yang lain menyokong.
"Aku setuju, dia tak boleh tahu apa kita buat kalau bukan konco-konco dia yang perhatikan kita." tambah Chaewon pula.
"Fatum level up?"
"Ya, fatum level up. Punishment kali ni mungkin tak semudah yang dulu. Kalau ikutkan petunjuk yang ada, mungkin juga kali ni punishment dia ialah sebuah pembunuhan." Sakura membicarakan tekaan yang berlegar di fikirannya.
"Nampaknya, kepercayaan kita semua akan hilang tak lama lagi."
___
YOU ARE READING
[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원
Mystery / Thriller[ ᵉˣᵒ' ⁿᶜᵗ' ⁱᶻᵒⁿᵉ ᵗʰʳⁱˡˡᵉʳ ᵇᵒᵒᵏ ] ... ❝ hanya disebabkan satu permainan , semua terjerut bahaya ❞ start : 18 december 2019 end : 9 may 2020 ©&® vttaemin 2020 ♡