"Chen, kau ikut aku pergi balai polis. Kau perlu disoal siasat hari ni." arah Yuta, beberapa rakannya turut dibawa supaya dia kekal selamat.
"Aku tak buat apa-apa lah, kenapa aku kena soal siasat pula?" soal Chen cemas.
"Kalau kau tak buat apa-apa, kenapa kau cemas sangat?" soal Yuta kembali. Dia memang sudah tahu rahsia jejaka yang cuba berselindung itu.
"Siapa je tak cemas kalau tiba-tiba nak kena soal siasat. Kang tak pasal-pasal kena masuk lokap." balas Chen ringkas.
"Chen, cuba fikir logik sikit. Mana ada orang duduk lokap kalau tak buat salah." Yuta tak kalah juga, menambah balasan.
"Ada je orang yang tak bersalah duduk lokap, kena fitnah dan polis ditipu dengan duit peguam. Polis tak selalu adil, duit depan mata dia ambil saja." sambung Chen.
"Sudah, masing-masing tak mahu kalah dalam perang mulut ni ya. Ada je benda nak balas, kalau menyenangkan hati tak apa juga." tegur Yujin dari tepi, naik bingit telinganya mendengar perang mulut yang berterusan itu.
"Chen kau ikut je lah." arah Eunbi.
Chen sudah muak untuk bergaduh dengan Yuta secara berlanjutan. Dia cuma akur dengan keputusan yang dia perlu mendapat hukuman setimpal.
Chen bangkit dari duduknya, diikuti Yuta dari belakang. Setelah mereka semua masuk ke dalam kereta Yuta, handphone Chen mengeluarkan getaran yang hanya dapat dirasakan oleh Chen namun diendahkannya.
➖
"Kim Jongdae, boleh saya tahu di mana lokasi terakhir kamu sebelum kamu pulang ke rumah?" soal pegawai polis di hadapannya itu.
"Saya di rumah kawan saya." Chen sengaja memberi jawapan samar-samar kepada pegawai polis itu.
"Tolong beri alamat lengkap."
"Inseong, Seobu." ringkas Chen membalas tetapi ayat itu punya seribu penipuan.
"Tetapi kalau ikutkan gps kereta awak, lokasi terakhir kereta awak sebelum pulang ke rumah ialah di Gangnam." nada suara pegawai wanita itu semakin menegas.
"Gps tu tak betul saya rasa." nafi Chen.
"Kalau ikutkan dash cam dalam kereta awak pula, kereta awak memang menuju ke lokasi kejadian dan mangsa, Moon Taeil ada di situ sebelum dia disahkan meninggal dunia pada jam 6.47 minit petang semalam. Awak lihat betul-betul rakaman dash cam yang ada di kereta awak ni." computer milik pegawai itu dipusingkan menghadap ke arah Chen di hadapan.
"Awak juga boleh lihat dengan jelas tarikh dan masa yang ada di penjuru skrin tu. Apa yang awak mahu nafikan lagi, Kim Jongdae? Bukti yang kami terima terlampau jelas.
Baju ni, kami terima daripada pelapor. Pelapor jelaskan pada kami yang awak keluar untuk baiki laptop, tapi apa yang kami jumpa dalam beg awak bukan lah sebuah laptop tapi pakaian serba hitam yang lengkap serta sebuah kotak kecil. Bukti paling jelas ialah, bentuk bekas itu menyerupai bentuk sepucuk pistol. Awak dah lupa bagaimana cara Moon Taeil meninggal dunia, dia ditembak mati." panjang pegawai wanita itu berbicara penuh riak tegas.
Chen terdiam seribu bahasa, bagaimana si pelapor itu mendapat bukti yang sebegitu kukuh. Siapa pula si pelapor itu.
"Begini lah Chen, masa soal siasat awak dah tamat. Tetapi kerana adanya bukti yang telah menjelaskan ini semua perbuatan awak, pihak polis perlu mengambil tindakan untuk penjarakan awak." pegawai wanita itu mendekati Chen, gari di dalam poketnya itu dikeluarkan dan lantas tangan Chen itu digarinya.
"Sarjan Yoon, boleh kami bawa dia ke lokap sekarang?" soal dua orang lelaki yang sedang berada di muka pintu. Pegawai yang berpangkat sarjan itu mengangguk dan serta merta Chen dibawa keluar ke arah penjara.
Wanita itu keluar dari bilik soal siasat itu. Dia melemparkan senyuman ke arah bekas rakan kolej nya itu, Nakamato Yuta.
"Thanks a lot, Haerin-ah." ucap Yuta kepada wanita tersebut atau lebih tepat lagi, Yoon Haerin.
"Most welcome. Memang ini tugas aku, aku perlu lakukan." balas Haerin, tangannya diseluk kedalam poket jacket miliknya itu.
"Tak sangka kau yang dulu takut lipas sekarang dah jadi sarjan kan. Haerin yang dulu main tembak-tembak dalam game, sekarang dah main tembak-tembak dalam real life. Tak sangka betul kau dah membesar." kata Yuta sinis, mengingatkan sikap dahulu Haerin sememangnya melucukan.
"Aku pun tak sangka kau yang dulunya selalu kena reject, sekarang dah makin ramai orang suka." Haerin tergelak kecil, kenangan lama mereka itu sememangnya tidak boleh dilupakan. Persahabatan mereka sangatlah rapat sehinggakan orang pernah tersalah anggap yang mereka sedang bercinta.
"Wanna have a lunch?" soal Yuta, mengajak Haerin untuk makan tengahari bersama.
"Yea, sure." balas Haerin berserta dengan segaris senyuman.
➖
"Sekarang korang gembira lah kan dapat berkas Chen?" soal Sehun, ahli Exo baru saja pulang dari melawat makam Taeil.
"Kami tak boleh nak buat apa, polis dah jumpa bukti dan Chen dah ditangkap polis." balas Chaeyeon.
"Jahanam betul siapa yang lapor tu." Sehun mula mengeluarkan kata-kata kesat, dia sangat marah sekarang.
"Hun, sudah lah tu. Depan perempuan pun kau masih nak bersikap kasar and nak tunjuk kau punya dingin tu." tegur Chanyeol, tak sangka pula Sehun berani menunjukkan sikap sebegitu dihadapan wanita.
"Kau jangan nak tunjuk marah kau saja Sehun, kau perlu bersyukur yang nasib Chen lebih baik sebab dia tak mati macam Hitomi. Satu saja perkara kau perlu tahu, semalang mana nasib Chen tu, kau tak akan pernah dan boleh rasa betapa sakitnya jiwa kami diganggu duka setiap masa." Hyewon bersuara, sungguh dia masih belum boleh menerima pemergian Hitomi itu.
"Hei Oh Sehun, kau pernah fikir tak siapa yang bakal ganti Taeil dalam kumpulan kami? Kau tak akan jumpa orang tu Sehun. Sebab Moon Taeil hanya ada satu dan dia dah hembuskan nafas terakhir dia sebab tindakan bodoh kawan kau tu!" bentak Doyoung, dia menyuarakan sakit yang terpendam di jiwa.
"Kalau Chen dah berbulan-bulan duduk penjara, kau rasa siapa pula yang bakal ganti tempat dia?" Sehun mula bengis, kolar baju Doyoung digenggam kasar.
"Korang masih ada Baekhyun kalau nak bincang tentang posisi ganti, tapi nyawa Taeil hyung kau ke yang bayar? Atau kau yang mahu ganti nyawa dia?" satu senyuman sinis dikeluarkan walau dia masih dengan tangisan.
"Nyawa dia dah tiada, dia dah pergi. Tiada siapa nak ganti tempat murahan dia tu." kasar Sehun membalas, dia hanya fikir amarah yang terbuku dalam dirinya saja tetapi tidak tentang yang lain.
"Kalau Taeil punya tempat murahan, kau tak mahu ke ganti sebab perangai bodoh kau pun nampak murah. Cara nak ganti senang je, kau mati sekali." Doyoung kembali tersenyum sinis manakala yang lain sudah memandang seram senyuman Doyoung itu.
Dia tak akan bunuh Sehun bukan?
___
Amacam chap kali ni, idea aku teruk an. Haha biasakan je la dengan idea sardin aku tu.
Vote+comment ya readers sekalian, kalau tak aku merajuk. Hoho joke joke.
___
YOU ARE READING
[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원
Mystery / Thriller[ ᵉˣᵒ' ⁿᶜᵗ' ⁱᶻᵒⁿᵉ ᵗʰʳⁱˡˡᵉʳ ᵇᵒᵒᵏ ] ... ❝ hanya disebabkan satu permainan , semua terjerut bahaya ❞ start : 18 december 2019 end : 9 may 2020 ©&® vttaemin 2020 ♡