DDH 5: Tuduhan

109 10 0
                                    

Lily bangun lalu terpandang Rose yang sedang membaca buku di sebelahnya.

"Rose,"kata Lily.

Rose memandang Lily lalu segera meletakkan bukunya di atas meja lampu tersebut.

"Kau tak apa-apa?"tanya Rose.

Lily menggeleng.

"Rose,"panggil Lily dengan suara yang lembut.

Rose memegang tangan Lily.

"Aku minta maaf. Aku sudah menjadi punca markah rumah kita ditolak, Rose,"kata Lily.

"Tak,"kata Rose sambil tersenyum.

Lily tergamam.

"Profesor McGonagall beri pengampunan kepada kau,"kata Rose.

Lily terkejut seolah-olah dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Rose itu.

"Kau dah makan?"tanya Lily kepada Rose.

Rose menggangguk. Lily tersenyum gembira.

"Aku minta maaf Rose sebab aku tak dengar cakap kau hari tu,"kata Lily.

"Tak apa. Lain kali jangan ulang lagi, ya?"kata Rose sambil memegang bahu Lily.

Lily mengangguk.

~~~

Lily dan Rose berjalan keluar dari Sayap Hospital selepas keadaan Lily sudah semakin sihat. Mereka berdua terus masuk ke asrama Gryffindor.

Ariana berlari lalu mendapatkan Lily.

"Lily, kau tak apa-apa?"kata Ariana yang mula risau.

"Tak. Aku okay je,"kata Lily.

"Aww...maafkan aku,"Ariana menangis lalu memeluk Lily sekuat hati.

Lily berasa nafasnya tidak teratur apabila Ariana memeluknya dengan kuat itu. Lily terus melepaskan pelukan rakannya itu lalu memegang bahunya.

"Aku minta maaf dekat korang semua,"kata Lily. "Aku tahu aku salah."

Sehun datang menghampiri Lily.

"Tak apa,"kata Sehun. "Kau tak pernah buat kesalahan pun."

Sehun memandang Lily sambil tersenyum.

"Yang penting kau selamat,"kata Jennie yang datang lalu memegang bahu Ariana itu.

"Ya,"kata Lily. "Di mana Tao?"

Sehun menuding jarinya ke arah Tao yang sedang membaca buku. Tao memandang Lily lalu membuat isyarat untuk datang dekatnya.

Lily terus datang menghampiri Tao.

"Ada apa?"tanya Lily.

"We need to talk...kat luar,"kata Tao.

Tao terus menarik tangan Lily. "Jom!"

Mereka keluar dari asrama itu semula. Semua pelajar memerhatikan mereka dengan penuh hairan.

"Nahaslah Lily kali ni!"kata Sehun.

Rose memandang Sehun.

"Kenapa?"tanya Rose.

"Mereka dah nak putus kawan tu,"kata Sehun. "Aku bukan nak mendoakan tapi mungkin..."

"Mereka nak putus kawan?"Ariana menyampuk.

"Dengar dulu. Aku baru cakap mungkin,"kata Sehun. "Tapi kalau diorang tu putus kawan...apa yang buatkan Tao jadi macam tu? Korang rasa apa? Hm?"

(C) Hogwarts Diary Series [Book 2]Where stories live. Discover now