DDH 7: Grimmauld Place

37 3 0
                                    

Mereka sampai di satu bangunan pangsapuri yang lama. Ron terus mengeluarkan tongkat sihirnya lalu menghayunkan tongkat tersebut pada bangunan itu. Dengan serta-merta, bangunan itu terbelah dua sama seperti bangunan pejabat Moonlight Soldier di Darrel Place yang pernah dilawat oleh Lily dulu.

Mereka terus masuk ke dalam satu bangunan yang lain di dalam bangunan yang terbelah itu.

"Ini ialah rumah keluarga Black,"kata Hermione. "Rumah nombor 12, Grimmauld Place."

Lily mengamati gambar-gambar yang digantung pada dinding di pejabat tersebut.

"Itu ialah gambar kumpulan Tentera Dumbledore,"kata Hermione sambil tersenyum. "Tengok muka mak cik dan pak cik zaman sekolah di Hogwarts dulu."

Lily memerhatikan gambar kumpulan tersebut lalu melihat satu lagi gambar yang digantung di sebelah gambar kumpulan Tentera Dumbledore itu.

"Itu pula gambar Kumpulan Phoenix yang asal...itu pula gambar Kumpulan Phoenix yang dibentuk semula,"kata Rose sambil menunjukkan jarinya ke arah gambar tersebut. "Eh, gambar tu!"

Lily terus menoleh ke arah gambar yang ditunjukkan oleh Rose itu.

"Itu Moonlight Soldier! Itu kitalah!"kata Rose dengan teruja.

Lily menghampiri gambar kumpulan mereka itu. Dia mengamati gambar tersebut lalu memandang wajah Tao yang berdiri bersebelahan dengan Sehun dan Chanyeol.

Tao yang dahulunya seorang lelaki yang begitu baik dan ceria kini bertukar menjadi seorang lelaki yang berhati batu dan berwajah dingin.

Lily mengeluh lalu memandang sebuah pasu bunga kaca berukiran pelik yang diletakkan di atas meja berdekatan dengan tangga tersebut.

Ukiran tulisan purba pada pasu bunga itu mempunyai mesejnya tersendiri dan sangat mengelirukan untuk dibaca. Pada masa yang sama, Lily terpandang lambang azimat maut pada ukiran pasu tersebut.

Lily mengerutkan dahinya lalu memandang gambar-gambar lain yang digantung di dinding tersebut. Kelihatan gambar keluarga Black yang diambil pada tahun 1986 dan potret seorang lelaki telah menarik perhatian Lily.

Lily mengamati potret lelaki tersebut dengan matanya yang terbuntang sedikit. Lalu, dia membaca nama lelaki yang ada pada bingkai potret itu.

Milianor Memphis

Potret tersebut merupakan potret moyangnya, Milianor Memphis yang merupakan seorang ahli sihir terhebat pada abad ke-14.

Lily mengamati potret itu sekali lagi. Tanpa sedar, dia hampir tersentuh seekor figura labah-labah yang cuba untuk menusukkan kakinya yang tajam ke dalam kulit tangannya.

Lily segera menarik tangannya lalu menjauhkan diri dari figura yang diletakkan di atas kabinet itu. Tiba-tiba, potret moyangnya itu memandang tepat ke arah wajah gadis itu sambil tersenyum.

Lily terperanjat melihat wajah potret moyangnya yang sedikit berubah lalu segera menoleh ke belakang. Apabila dia melihat ke belakang, Rose dan keluarganya sudah tidak ada lagi di situ apabila meninggalkannya dengan menaiki tangga menuju ke bilik perjumpaan.

Lily menelan air liur yang tersangkut di dalam tekaknya lalu memandang potret itu kembali. Perasaan takut mula menguasai diri apabila potret tersebut semakin lama semakin merenung tepat ke arah matanya.

"Jangan risau,potret tu memang macam tu,"satu suara dari seorang wanita tua datang menyapanya.

Lily mengangkat sedikit bahunya kerana terkejut lalu menoleh ke belakang. Ternyata wanita itu ialah Andromeda Tonks, nenek kepada Ted.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 2]Where stories live. Discover now