DDH 7: 14 Tahun Kemudian

61 4 5
                                    

Matahari mula terbit lalu menampakkan sinarnya. Di dalam sebuah bilik yang begitu besar sekali bukan seperti bilik Lily yang berdekatan dengan dapur di rumah keluarga mugglenya dahulu, seorang wanita berusia awal 30-an masih lagi melelapkan matanya kerana kepenatan yang menguasai diri.

Wanita itu terus memeluk selimutnya apabila dia perasan sesuatu yang melingkar pada pinggangnya.

Dia terus menoleh ke belakang lalu memandang suaminya yang masih lagi nyenyak diulit mimpi.

Wanita itu tersenyum lalu mengelus lembut setiap helaian rambut hitam suaminya dengan jari-jemarinya.

"Channie..."

"Hmm..."

Lily Marmalade, kini berusia 32 tahun sedang menatap wajah Chanyeol yang telah berusia 35 tahun itu. Jelas sekali wajah Chanyeol sama sahaja seperti wajah yang dilihatnya kali pertama pada 21 tahun yang lalu apabila mereka mula bertemu pada hari pertama persekolahannya di Dewan Besar Hogwarts.

Wajahnya sentiasa awet muda. Begitu juga dengan Lily. Mungkin mereka berdua ada keturunan pontianak ataupun memang menjadi kelebihan bagi sesiapa sahaja yang lahir pada musim Bunga Violet apabila memiliki wajah yang kekal muda seperti mereka berdua.

Lily terus memeluk Chanyeol sambil mengucup pipi lelaki itu dengan lama. Desahan nafas hangat dapat dirasakan oleh Chanyeol sebaik sahaja lelaki itu membuka matanya.

"Baru bangun?"tanya Lily dengan lembut.

"Hmm..."Chanyeol perlahan-lahan bangun lalu menggeliat sambil mengerenyeh matanya. "Selamat pagi, sayang."

Chanyeol mendapatkan Lily yang masih berbaring lalu mengucup lembut bibir isterinya itu.

"Selamat pagi,"kata Lily sambil tersenyum.

Chanyeol tersenyum lalu memegang tangan Lily yang halus dan lembut itu.

"Tangan awak masih lembut macam dulu, sayang."

Lily tersenyum sengih sambil memegang erat tangan kekar Chanyeol.

Tiba-tiba, bunyi tangisan seorang bayi kedengaran dari dalam buaian yang diletakkan bersebelahan dengan katil mereka.

"Arluna Aurora Park..."gumam Lily sambil bangun lalu mendukung puteri bongsunya itu.

Puteri bongsunya yang baru berusia 2 tahun itu menangis kelaparan. Lily bingkas bangun lalu membuat susu botol untuk disusukan kepada bayi kecil itu di dapur.

Kemudian, Lily melangkah keluar dari dapur sambil mendukung dan menyusukan puteri bongsunya. Rambutnya yang sedikit berserabai itu tidak dipedulikan langsung.

Chanyeol yang baru sahaja keluar dari bilik tidur sedang berjalan menuruni tangga lalu memerhatikan Lily dengan rambut panjang mengurainya. Chanyeol masuk semula ke dalam bilik lalu mengambil pengikat rambut isterinya.

Kemudian, dia berjalan menghampiri Lily lalu mengikat rambut wanita itu dengan gaya ikatan ekor kuda. Perbuatan Chanyeol itu disedari Lily apabila dia menoleh dan memandang suaminya sedang membuaikan ikatan rambutnya itu.

"Dah jadi mak orang pun masih lagi malas nak ikat rambut,"sindir Chanyeol kepada Lily.

Lily mencebik sambil mendukung Arluna yang kian tertidur setelah disusukan oleh ibunya itu. Chanyeol pula memeluk pinggang isterinya dari belakang sambil mengucup lembut pipi wanita itu berkali-kali.

"Sayang..."bisik Chanyeol.

"Ya..."kata Lily.

"Nak tambah anak lagi?"

(C) Hogwarts Diary Series [Book 2]Where stories live. Discover now