DDH 6: Menghilang

33 3 0
                                    

Nampaknya Hayley juga lulus dalam ujian tersebut tetapi menimbulkan keraguan terhadap kebanyakan penilai apabila melihat Hayley menjelma dalam kepulan asap-asap hitam. Mereka mempunyai tanggapan yang sama seperti Lily di mana dia sering mengesyaki Hayley merupakan ahli Death Eater.

Stella yang lulus dalam peperiksaan tersebut walaupun kakinya tertinggal di tempat asal sebelum ke Hogsmeade terus berlari keluar dari Dewan Besar untuk menuju ke Menara Ravenclaw. Manakala Albus dan Scorpius pula lulus dengan tiga kali percubaan (dua percubaan yang diambil ialah percubaan yang gagal).

Kini hanya tinggal Lily yang masih terperap di dalam dewan itu bersama beberapa orang penilai yang berwajah serius dan bertubuh tinggi darinya. Lily merasakan dirinya sangat kerdil di situ.

"Hmm..."kata penilai wanita itu apabila melihat Lily yang duduk terdiam di atas kerusi yang disediakan itu.

"Violette Vadrika Marmalade,"kata penilai lelaki. "Ini akan jadi menarik! Kita akan tengok macam mana pewaris terakhir Milianor Memphis ini melakukan penjelmaannya."

Lily berdiri lalu berjalan tiga langkah menuju ke hadapan penilai yang sedang duduk itu. Lily menundukkan dirinya.

"Selamat pagi. Saya Violette Vadrika Marmalade. Dari Rumah Gryffindor,"Lily memperkenalkan dirinya.

"Selamat pagi,"kata penilai wanita itu sambil membelek kertasnya.

Sehelai buluh pelepah ajaib mula menulis nama Lily di atas borang penskoran itu lalu menggerakkan dirinya untuk bercakap dengan penilai wanita tersebut.

"Ya, saya tahu!"kata wanita itu. "Kamu tuliskan je. Saya akan nilai."

Bulu pelepah itu terturun ke bawah lalu merebahkan dirinya pada borang tersebut.

"Baiklah...Violette Marmalade. Saya mahu kamu jelmakan diri kamu dalam jarak 10 meter di dewan ini,"kata penilai wanita itu.

Lily berpaling ke arah kanan lalu menenangkan dirinya. Dia mengatur nafas dan memejamkan matanya.

Lily terus mendepakan tangannya.

"Tenangkan diri kamu,"kata penilai lelaki tersebut.

"Dalam kiraan 3...saya akan kira,"penilai wanita itu mengambil borang penilaian milik Lily. "1...2...3!"

Lily terus berputar lalu hilang dalam kepulan asap berwarna putih. Dia muncul semula dalam jarak 10 meter di dalam Dewan Besar tersebut.

"Well done, little girl!"puji penilai wanita itu apabila pena pelepah mula menilai Lily. "Sekarang saya mahu kamu buat penjelmaan dalam 20 meter ke Lapangan Quidditch."

Lily terus bersedia lalu memutarkan badannya dan membuat teleportasi ke Lapangan Quidditch. Dia dapat melihat pandangan yang berpusar dan agak kelam-kabut sebelum sampai ke destinasi yang dinyatakan oleh penilai tersebut.

Lily akhirnya sampai ke Lapangan Quidditch lalu memandang beberapa orang auror yang sedang mengawasi kawasan tersebut. Lily melambai ke arah mereka sebelum mereka datang ke tempatnya.

Kumpulan-kumpulan auror datang ke arah Lily lalu seorang auror wanita terus mengeluarkan alat penghubungnya untuk menghubungi penilai di dalam Dewan Besar itu.

"Suruh gadis tu buat penjelmaan dalam 45 meter ke Hogsmeade,"suara yang muncul dari alat penghubung tersebut membuatkan hati Lily mula memberontak.

Kenapalah dia harus melakukan penjelmaan lebih daripada tiga tempat?

Persoalan itulah yang mula bermain dalam fikiran Lily apabila auror wanita tersebut menyuruh Lily untuk melakukan penjelmaannya sekali lagi.

Lily mengangguk lemah lalu menenangkan dirinya. Dia mengambil nafas dalam-dalam lalu mendepakan tangannya sambil memejamkan matanya.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 2]Where stories live. Discover now