DDH 7: Boggart

32 4 0
                                    

Pintu mula dibuka lalu menampakkan suasana di lapangan yang dipenuhi dengan ramai penonton dari setiap sekolah serta orang awam yang menghadiri perlawanan tersebut.

Lily menelan air liurnya yang tersangkut di tekak. Selepas ditenangkan oleh Chanyeol, dia berjaya memanaskan tangannya yang sejuk seperti ais batu itu. Lily menyilangkan tangan pada dadanya lalu memerhatikan kawasan sekeliling. Matanya melilau mencari di mana kelibat seeker bertaraf dunia dari Denmark itu.

Kemudian, matanya terpandang pada lelaki itu yang sedang memegang penyapu NYX-Nimbusnya sambil berjalan dengan penuh bongkak.

Edgar yang kini berdiri di sebelah Lily merenung gadis itu dengan tajam dan mengalihkan tubuhnya di hadapan Lily.

"Kau takut ke Marmalade?"tanya Edgar.

"Aku tak takut,"kata Lily dengan dingin sambil mengalihkan pandangannya dari lelaki yang dianggapnya kacau itu.

"Kau tau tak yang kau akan kalah lepas ni?"tanya Edgar. "Sebab kau akan lawan dengan pemain bertaraf dunia. Kau tau tak?"

Lily memutarkan matanya lalu melihat suasana di lapangan itu lagi. Hujan mula turun bermakna mereka semua perlu memakai gogal mata untuk mengelakkan mata mereka dimasuki air.

"Aku akan pastikan yang kau takkan dapat apa yang kau nak Scargoff!"kata Lily lalu mengambil gogalnya.

Edgar mendengus kasar sambil membuat pandangan maut yang begitu tajam itu sekali lagi.

"Dia ingat dia hebat?"monolog Edgar dalam hati.

Semua pemain terus diarahkan untuk masuk ke lapangan bagi memulakan perlawanan.

~~~

"Itu dia, dapat kita saksikan di mana Lalisa Manoban sedang cuba untuk memukul bola Bludger yang semakin menggila sehingga hampir terkena kepala salah seorang pemain dari Durmstrang!"kata Farid dengan suara yang kedengaran seperti memekik itu.

Semua penonton ketawa dengan begitu kuat sekali.

"Dan mungkin lepasni akan terputus pula kepalanya,"kata Farid apabila McGonagall menepuk kepalanya sekali lagi.

"Kamu ni! Jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak?"marah McGonagall.

"Err...maaf siaran tergendala lagi,"kata Farid dengan nada yang kurang meyakinkan.

Semua penonton ketawa lagi kecuali Farhan yang berulang kali menepuk dahinya sehingga dia hampir gila.

"Tak guna punya adik!"kata Farhan.

"Sabar...sabar..."Jungkook cuba menenangkan kawannya itu.

Sementara itu, Lily sedang bersaing dengan Edgar untuk mendapatkan bola Snitch yang terbang itu. Walaupun bola tersebut cuba untuk masuk ke dalam parit yang besar, mereka tetap mengekorinya sehingga mereka tidak perasan jubah mereka terkena lumpur yang ada pada parit itu.

Mereka terus mengejar sehinggalah bola Snitch itu terbang tinggi ke udara. Lily memandang Edgar dengan pandangan yang sinis.

"Siapa cepat dia dapat!"kata Lily lalu terbang meluncur laju ke udara untuk mengejar bola Snitch itu.

Edgar tersenyum sinis lalu mengejar seeker Gryffindor itu dengan memecutkan penyapunya.

Lily terus memecutkan penyapunya dengan kelajuan yang tinggi untuk mendapatkan bola Snitch itu. Hujan yang lebat tidak mengganggunya untuk mengejar bola emas itu sehinggalah dia berjaya mendapatkan bola tersebut untuk mengekalkan kemenangan Gryffindor.

Akhirnya, Lily berjaya menangkap bola Snitch itu lalu tersenyum gembira.

Namun, dia perasan sesuatu yang aneh. Mengapa Edgar tidak mengejarnya?

(C) Hogwarts Diary Series [Book 2]Where stories live. Discover now