DDH 7: Tembok Pelindung

39 3 0
                                    

Mujurlah kawasan rumah Keluarga Weasley dan rumah Rose berjaya dilindungi oleh Arthur dan ahli keluarga yang lain. Beberapa orang auror juga datang ke kawasan tersebut untuk membantu mereka selepas mereka melihat kepulan asap hitam tersebut semasa berkawal di seluruh kawasan The Burrow itu.

Satu tembok perlindungan telah dipasang oleh Shacklebolt dan pasukan aurornya untuk mengelakkan rumah Keluarga Weasley itu dibakar oleh Delphini yang semakin menggila.

Harry melihat tembok yang berbentuk hemisfera itu lalu datang berjumpa dengan Schaklebolt.

"Nampaknya serangan Delphini semakin menjadi-jadi,"kata Shacklebolt. "Nasib baik kami sempat datang untuk melindungi rumah ini."

"Tuan, macam mana dengan Delphini?"tanya Harry.

"Delphini terus menghilangkan diri lepas dia terkena tembok tu. Dia seolah-olah terbakar dengan sendiri dan menjerit kesakitan,"kata Shacklebolt.

"Inilah sihir anti-Death Eater,"bisik Rose kepada Lily.

Lily hanya melopongkan sedikit mulutnya.

"Jadi tuan, boleh kita buka tembok ni sekarang?"tanya Ron.

"Kita boleh masuk, Encik Weasley,"kata Schaklebolt sambil masuk ke dalam tembok tersebut.

"Kita bukan Death Eater,"Hermione menyindir Ron.

Ron hanya tersenyum sambil mengangkat bahunya lalu berjalan masuk ke dalam tembok tersebut.

"Bye! Aku kena pulang dulu,"kata Albus.

"Kau nak ke mana?"tanya Lily.

"Pulang ke rumah aku di Godric's Hollow,"kata Albus sambil melambai ke arah mereka. "Bye!"

Lily dan Rose terus melambai ke arah Albus apabila remaja lelaki itu berjalan lalu masuk ke dalam kereta Mini Cooper milik ayahnya.

"Jom masuk,"Rose memimpin tangan Lily pulang ke rumah mereka.

~~~

Markas Death Eater

Delphini terus terbang sambil membawa Gallore yang semakin lemah itu bersama Medusius yang kaku.

Tom memandang saudara kembarnya itu dengan pandangan yang garang.

"Hei! Kau berjaya ke?"kata Tom.

Delphini menggeleng laju.

"Cis! Tak guna!"herdik Tom sambil merentap Medusius dari tangan Delphini.

"Aku tak dapat...diorang guna sihir anti-Death Eater,"kata Delphini.

"Kau memang bodoh, Delphini! Kau memang bodoh!"herdik Tom lagi lalu mengeluarkan tongkat sihirnya dan menghayunkan tongkat tersebut pada Medusius.

"Rennevarte!"

Medusius terus kembali seperti yang asal lalu melingkar pada tangan Tom.

"Mereka sangat kuat...budak Weasley tu yang bekukan saya,"kata Medusius dalam Parseltongue.

"Tak payah bagitau aku...aku dah tau siapa,"kata Tom.

Tom terus membiarkan Medusius melingkar di tangannya lalu mengangkat Gallore yang cedera parah itu.

"Macam mana dia boleh cedera?"tanya Tom sambil mendukung Gallore.

"Sumpahan Sectumsempra dari Lily Marmalade,"kata Delphini.

Tom meludah ke lantai lalu mencarut marah.

"Tak guna punya Marmalade! Dia selalu gagalkan peluang kita untuk bunuh dia dan dapatkan azimat tu!"bentak Tom.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 2]Where stories live. Discover now