DDH 7: Kemenangan

42 4 0
                                    

Dengan serta-merta, mayat Tom Jr yang mengering itu terus bertukar menjadi debu dan terbang ke udara. Cebisan-cebisan debu yang melayang itu semakin lama semakin halus bagaikan habuk yang ditiup dan hilang begitu sahaja di udara. Lily mendongak sambil memerhatikan sahaja debu-debu itu lalu berjalan menuju ke kain jubah Tom Jr yang terampai di atas tanah.

Lily menghela nafas lalu memandang kain jubah Tom Jr yang terampai di atas tanah. Kemudian, dia memandang suasana di sekeliling lalu melihat bongkah-bongkah batu yang besar itu. Sama ada bilangannya semakin bertambah ataupun kekal sama, Lily cuba mencari jalan untuk keluar dari timbunan bongkah tersebut.

Lily ternampak bongkah-bongkah yang dialihkan lalu berjalan menuju ke bukaan tersebut dan keluar dari kawasan tersebut. Dengan memegang dua tongkat sihir pada tangan kanannya, dia melangkah keluar lalu berjalan menuju ke Dewan Besar.

Apabila Lily tercegat di luar pintu dewan itu, dia melihat ramai orang yang berada di situ. Kelibat McGonagall dan Hagrid juga kelihatan di dalam dewan tersebut.

Lily terus masuk ke dalam Dewan Besar apabila semua mata tertumpu ke arahnya. Bukan kerana wajahnya yang dipenuhi dengan darah dan bercalar itu tetapi tongkat sulung yang dipegangnya itu menarik perhatian mereka.

Ramai yang menyangka mungkin Lily sudah menjadi tuan baharu Tongkat Sulung itu namun tanggapan mereka salah. Lily terus berjalan menuju ke arah McGonagall lalu memberikan tongkat tersebut kepadanya.

"Profesor,"kata Lily.

McGonagall dan Hagrid memandang Lily sambil mengukirkan senyuman bahagia mereka.

"Bagaimana dengan Tom-"

"Dia dah mati. Saya buat sumpahan Avada Kedavra ke arah dia,"kata Lily dengan kuat.

Semua orang yang berada di dewan itu terus berpaling lalu memandang Lily dengan pandangan yang terpegun. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku, mereka terus datang ke arah Lily sambil melihat tongkat yang digenggam bersama tongkatnya itu.

"K-kau buat sumpahan membunuh tu?"kata Scorpius.

Lily angguk. Rose, Albus dan Scorpius saling berpandangan lalu mengukirkan senyuman yang kelihatan menduga bagi Lily.

"Maknanya..."kata Albus. "Tom Jr dah...mati?"

Lily tersenyum senget sambil mengangkat sebelah keningnya. Kemudian, dia mengangguk pantas sambil melihat reaksi wajah kawan-kawannya yang lain yang mula menunjukkan ekspresi wajah yang menggembirakan.

"Maknanya..."kata Jongdae. "Kita dah menang?"

Semua memandang Jongdae dengan senyuman yang menggembirakan.

"Kita dah menang!"kata Lisa sambil terkinja-kinja gembira.

"Ya, kita dah menang,"kata Sehun.

"Kita dah menang?"kata Jongin, tidak percaya.

Jungkook mengangguk.

"Kita dah menang...Lily dah selamatkan kita!"kata Farid.

Mereka memandang Lily sambil mengukirkan senyuman yang lebih lebar berbanding sebelum ini.

"Lily!"Rose segera berlari lalu memeluk Lily dengan erat sekali. "Kita dah menang! Kau dah kalahkan dia!"

Lily tersenyum sambil membalas pelukan kawan baiknya itu. Kemudian, dia memandang satu-persatu rakannya. Namun, dia tidak dapat melihat kelibat seseorang yang dicarinya sejak dia masuk ke dalam dewan itu tadi.

"Tunggu,"Lily meleraikan pelukannya.

"Kenapa?"tanya Rose sebaik sahaja menyedari riak muka Lily mula berubah.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 2]Where stories live. Discover now