<Bilik tidur Soo Yun>
Buka almari. Ambil comforter, bantal & selimut.
SY: Nah! Special untuk awak!
JH: Apa ni?
SY: Buat2 tanya pulak. Encik Jung Hoseok, ni comforter, bantal & selimut. Takkan tak kenal kot? Awak tidur bawah, katil tu saya yang punya.
Rampas dengan kasar..
JH: It’s okay, hari ni hari kau..Esok2 lusa tahulah aku kerjakan kau. (geram)
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Cuti sem berakhir, Soo Yun & Hoseok kembali ke universiti.
<Rumah Keluarga Lee>
En. Lee: Hoseok, nanti kamu pergi kelas sama-sama ye dengan Soo Yun. Selalunya dia naik bas tak pun teksi je.
JH: Baik appa! (bersemangat, satu idea jahat muncul)
En. Lee: Nanti pandu kereta elok2 ye..jangan laju2
JH: Oraittt..Soo Yun!! Cepat sikit, kita dah lewat ni..
SY: Kejappppp..
<Dalam kereta>
SY: Awak, boleh tak bawak kereta slow sikit. Saya tak nak mati lagi tau..
JH: Ehhh,ehhh..diam la pompuan, dah kereta aku yang punya..Suka hati akulah nak bawak slow ke laju..
SY: Awak,,, pleaseeee…(cuba merayu)
JH: Please? Campak kat laut..Dah!! dah!! Ko turun kat sini, pandai2 lah naik bas ke teksi. Aku nak pi jemput someone.
So Yun dipaksa keluar dari kereta, ditinggalkan sendirian di atas jambatan.
SY: Jung Hoseok!!!!!!!!! Aku benci kau!!
Air mata Soo Yun mula bergenang. Ditinggalkan sendirian dalam keadaan mengandung macam tu..Dia melangkah longlai. Sebuah kereta berhenti..
MS: Awak Soo Yun kan? Budak Sejarah Kebudayaan? Apa awak buat kat sini?
SY: (mengangguk) Errr, Minseok..Awak nak ke kelas kan? Boleh saya tumpang awak?
MS: Yes, sure! Come in..
Masuk kereta..
MS: Apa awak buat kat situ tadi?
Soo Yun start menangis..Minseok cuak..dihulurkan tisu
MS: takpe2.saya tak paksa awak bagitau..
SY: Thanks sebab memahami.
<Universiti XOXO Moonlight>
Soo Yun terjenguk di luar kelas Pentadbiran Perniagaan..
Leo: Cari someone?
SY: Yup, Hansol ada datang tak?
Leo: Hansol? Dia dah pindah Canada, sebelum cuti sem start hari tu.
SY: Canada?
Leo: Katanya, abang dia yang ajak stay & belajar kat sana.
SY: Oouuh, ok..thank ye..
Soo Yun berlalu dengan hampa. Kecewa sebab tak dapat minta maaf dengan Hansol. Dalam perjalanan ke kelas, terserempak Jung Hoseok dipegang erat oleh NaEun.
JH: Best jalan kaki?
Soo Yun mendiamkan diri..
JH: Aku tanya, jawablah..(geram)
NaEun: Dear, you kenal ke dia ni?
JH: Tak..tapi, rasanya dia la pompuan yang ditinggalkan kat atas..
MS: Soo Yun!! (datang Minseok dari belakang). Awak okay tak? Nah! Frappucino untuk awak..(hulur air tin)
SY: Thanks..errr, saya masuk kelas dulu ye (berlalu pergi) (pedih hati tengok JH & NaEun)
JH: Ko kenal ke pompuan tu?
MS: Takdelah kenal sangat, aku jumpa dia dekat jambatan. Mesti kena dump dekat pakwe dia ke apa. Tak berhati perutlah buat pompuan camtu..
JH: Ntah2 pompuan tu bermasalah..
MS: Mana kau tahu? Setahu aku Soo Yun tu baik..
JH: Ahhh, papelah..Jom! lepak kafe..
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
<Rumah Keluarga Lee>
SY: Ada nampyeon tak boleh diharap. Dasar penipu! Kaki perempuan! (campak Rilakkuma kat pintu)
Kebetulan Jung Hoseok masuk bilik, Rilakkuma terkena mukanya.
JH: Aduhhhhh..(Menggosok-gosok sakit), Soo Yun!! (geram) kau nak bunuh aku ke?
SY: Heol! Tak pernah lagi dengar orang kena baling patung boleh mati..(sinis)
JH: Tak pernah dengar ye?? Meh aku campak dekat muka kau pulak..(menggugut) (pegang Rilakkuma kemas, buat gaya nak baling bola baseball)
Soo Yun cuak, lantas bangun merebut Rilakkuma dari tangan Hoseok. Hoseok pantas menghalang, memegang kedua-dua belah tangan Soo Yun dengan kuat..
SY: Lepaslah! Sakit!
JH: Tahu takut..lain kali jangan carik hal dengan aku..(membisik ke telinga SY)
Tiba-tiba pintu bilik ditolak,
SJ: Nuna…
Sung Jong terkejut melihat nuna kesayangannya dengan lelaki asing..
SJ: Nu…na?? eomma!!!!!!! (menjerit)
Pn. Lee berlari mendapatkan Sung Jong..
SJ: Eomma, siapa ni dengan nuna?
Pn. Lee: Bila kamu balik?
SJ: Baru je sampai. Ingat Jongie nak buat surprise dekat eomma dengan nuna, tu yang masuk senyap-senyap. Tapi…eomma, siapa lelaki ni?
Pn. Lee: Suami kakak kamu..Jung Hoseok.
SJ: What???? (mulut ternganga)
Pn. Lee: Nanti eomma ceritakan pada kamu. Dah! Pi masuk bilik simpan beg tu dulu. (berlalu pergi)
Sung Jong memerhatikan tangan nunanya yang masih dipegang erat oleh lelaki tersebut. Lantas dia menarik tangan Soo Yun, lalu menghadiahkan jelingan kepada Hoseok.
SJ: Jom nuna, lepak bilik Jongie..Jongie ada beli something untuk nuna..
SY: Really? Thank you (memeluk Sung Jong)
Mereka meninggalkan Jung Hoseok keseorangan..
JH: Cehhh..mengada-ngada (membebel) (baring atas katil)
