<Rumah keluarga Lee>
Soo Yun masuk ke dalam rumahnya dengan berhati-hati sambil mengheret bagasinya.
Pn. Lee: Soo Yun??
Soo Yun terkejut di sapa eommanya yang muncul dari dapur.
SY: Eomma..
Pn. Lee: Kamu buat apa kat sini? Dengan bagasi pakaian bagai. Mana suami kamu??
Air mata Soo Yun mula mengalir. Dia terus meluru memeluk eommanya. Encik Lee yang baru pulang dari pasar menghampiri mereka.
En. Lee: Kenapa kamu menangis? Bertengkar dengan suami ke?
Soo Yun hanya mengangguk, tidak berani untuk berterus terang.
En. Lee: Kamu datang sini, dia tahu tak?
SY: Tak..appa, eomma…Kalau appa & eomma sayangkan Soo Yun, please bagi masa untuk Soo Yun bersendirian. Saya tak nak jumpa dia.. (menangis teresak-esak)
Pn. Lee: Tapi..mesti dia risaukan kamu
SY: Eomma..please..
En. Lee: Kita biarkan dia tenangkan fikiran dulu, lepas tu kita boleh bincang sama-sama selesaikan masalah ni..
SY: Thanks appa, eomma..Soo Yun masuk bilik dulu ye
Pn. Lee: Kalau de pape, jangan lupa bagitau eomma dan appa..
SY: Urmmm..
Soo Yun ke dalam bliknya dan mengunci pintu. Menangis, dan terus menangis..
<Villa Keluarga Jung>
Jung Hoseok pulang selepas menghantar Kim Minseok ke airport. Keadaan rumahnya begitu sunyi.
JH: Mesti eomma appa pi pusat fisioterapi (monolog)
Jung Hoseok bergegas naik ke atas dan menuju ke biliknya. Pintu dibuka. Kosong.
JH: Soo Yun..(memanggil)
Pintu bilik air dibuka. Takde. Balkoni. Takde
JH: Mana dia pergi? (sedikit cemas)
Jung Hoseok terpandang Iphonenya yang berada di atas katil.
JH: Lah, kat sini rupanya..boleh pulak tertinggal tadi
Dia memeriksa Iphonenya. Tertera ada satu pesanan masuk. Skrin ditekan.
Sender: 010-XXXXXXXX
“Soo Yun dah tau rahsia kau. Inilah padahnya kalau orang buat dek dengan aku. GTH!!”
Muka Jung Hoseok merah menahan marah..
JH: Ahhhhhhhhhh!!!!!! (menjerit kuat)
Habis bantal dicampaknya dan katil ditumbuk2
Dia meluru ke arah almari pakaian. Semua baju2 Soo Yun dah takde. Dia kemudian bergegas turun ke bawah. Kunci kereta dicapai. Semasa keluar dari rumah dia terserempak dengan eomma dan appanya yang baru pulang.
