Selepas sebulan berada di rumah, akhirnya Sung Jong kembali ke Russia.
JH: Lega aku si lembik tu dah berambus, lepas ni aku boleh buli pompuan tu balik (monolog)
En. Lee: Yang tersengih sensorang ni kenapa?
JH: Errr, takde pape lah..(garu kepala tak gatal). Hoseok masuk bilik dulu ye, appa..
Pintu bilik dibuka, Pelikk..Soo Yun takde atas katil. Bunyi sesuatu datang dari bilik air, pintunya tidak ditutup. Jung Hoseok cuba menjenguk..Kelihatan Soo Yun menutup mulut dan menekan-nekan perutnya..Uwekkk..berkali-kali dia muntah. Hoseok terkaku di situ.
JH: Kalau aku tengok lama-lama, dengan aku2 sekali boleh termuntah. (monolog)
Baring atas katil. Mata merenung siling. Soo Yun keluar dari bilik air dengan mata dan hidung yang merah.
JH: Macam2lah pompuan..pening, pengsan, muntahlah…(membebel perlahan)
SY: Awak ingat saya mintak ke semua ni? Kalau tak kerana awak, saya tak jadi macam ni (marah)
JH: Aku penyebabnya? Aku? Bukan kau ke yang tergila-gilakan aku? Sampai sanggup gadai badan dekat aku..perempuan murahan!
Panggg! Satu tamparan hinggap di pipi kiri Jung Hoseok.
SY: Saya berharap segala kesakitan yang saya tanggung, disebabkan baby dalam perut ni..beralih kepada awak! Nappeun nom!
Jung Hoseok meraba-raba pipinya yang terasa pijar disebabkan tamparan tersebut. Dia seakan tidak percaya, ini adalah kali pertama dia melihat Soo Yun benar2 marah. Soo Yun meninggalkan bilik tersebut, masuk bilik Sung Jong yang kosong..Dia menangis semahu-mahunya. Dia sendiri terkejut dengan tindakannya menampar Hoseok. Jiwanya tidak kuat bila dihina sebegitu rupa.
Selepas kejadian tersebut, Soo Yun & Hoseok mendiamkan diri..tidak bercakap sepatah perkataan.
<Villa En. Jung>
En. Jung: Saya tengok bilik Hoseok terang benderang je. Bila dia pulang?
Pn. Jung: Ye ke bang? Jap saya check?
Pn. Jung naik ke atas. Pintu bilik dibuka. Kelihatan Jung Hoseok tidur nyenyak.
Pn. Jung: Sayang, bangun..
JH: Eomma..(memeluk leher eommanya)
Pn. Jung: Dah kahwin and nak jadi papa pun mengada-ngada lagi..Mana isteri kamu?
JH: (diam seketika) Eomma, boleh tak Hoseok nak stay kat sini? Please eomma.. Terseksa jiwa Hoseok duk kat sana.
Pn. Jung: (menarik pipi Hoseok) Kalau boleh eomma nak kamu stay kat sini. Kejap, eomma tanya appa kamu..
Pn. Jung keluar bilik..5 minit kemudian, muncul kembali
Pn. Jung: Appa benarkan kamu stay sini, tapi dengan syarat kena ajak Soo Yun sekali. Appa dah call Soo Yun. Kejap lagi, appa dia akan hantarkan.
JH: Eomma!!!
Pn. Jung: nak ke tak nak?
JH: Baiklah..(lemah) Kurang-kurang kat sini aku boleh bermaharajalela. (monolog)