III

35 3 0
                                    

"Hah! Muak la makan pizza banyak - banyak. Nak muntah!" Ujar Sam. Semua orang ketawa. Nick makan kepingan pizza itu perlahan - lahan kerana masih panas.
Kenny mengambil bekas kotak pizza itu lalu membuangnya keluar rumah. Conny mengambil kain lap dan bersihkan atas meja mereka makan pizza tadi.
Aku akan cuba move on dengan hidup aku. Aubrey, tanpamu, aku tetap kuat. Monolog Conny. Dia menghela nafas.

Night, 23:21. September 4, 2004

"Mami sibuk ke?" tanya Zachary. Conny terkejut sedikit kerana sibuk mengira duit. Jadual kerjanya kebelakangan ini sangat ketat. Akhirnya, Conny dapat
menerima pemergian Aubrey.
"Hmm. Zach rasa?" tanya Conny. Zachary senyum manis.
"Mami. Tidur la. Dah malam kan, pukul 11. Kejap lagi pukul 12. Esok kan mami cuti jugak. Sambung la esok," ujar Zachary. Conny terus melihat jam di tangannya, pukul 11:22 PM.
"Huh! Mami tak perasan la, ingatkan baru pukul 8. Mami terlepas berita la ni?" tanya Conny.
"Tu la, mami sibuk sangat. Dah. Pergi tidur. Mami sambung esok. Zach nak tidur jugak," Zachary mencium dahi maminya.
"Hmm. Okey bos. Eh, adik - adik dah tidur?" Conny mengemas meja kerjanya.
"Ye la. Pukul 9 tadi lagi. Zach baru je habis tengok tv. Zach mengantuk. Okey la mami. Goodnight," Zachary menuju ke arah biliknya.
"Goodnight," Ujar Conny.

Conny keluar dari bilik bacaan menuju ke bilik tidurnya. Dia ingin mandi sebelum tidur. Conny mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu bilik air.
"Nasib baiklah Zach tegur aku. Kalau tak, sampai pagi tak siap kerja," katanya seorang diri. Dia mula membuka baju ungunya dan legging hitam yang agak lusuh.
Conny hidupkan shower. Ketika dia mandi, dia teringat akan kata - kata Kenny.

Evening, 18:42. May 4, 2004

Flashback

"Akak, akak teringin nak kahwin lagi ke?," Kenny memulakan pembicaraan.
"Ish. Tak ada masa lah nak fikir tu. Akak ni sibuk. Hah! Kau tu, kenapa tak kahwin lagi?" Sindir Conny sambil ketawa.
"Akak ni, saya tak nak kahwin lagi. Saya nak explore dunia ni dulu, baru saya kahwin,"
"Eleh. Nak explore dunia konon. Rumah akak pun kau tak tahu kat mana store,"
"Sebab saya bukan selalu tidur sini, lagipun, buat apa saya nak masuk store akak?"
"Pandai cari alasan kan," Mereka ketawa.
"Akak. Saya serious ni. Akak tak nak ke anak akak membesar dengan seorang bapa. Tengok Sam tu, dia baru nak membesar, dia dah tak ada bapa," kata Kenny.
"Bukan akak tak nak, akak tak ada masa nak fikir, lagipun kakak... kakak banyak kerja. Bagi akak masa dulu untuk fikir?" ujar Conny.
"Hmm. Okey. saya tak paksa kak, tapi ni kebaikan anak - anak akak," kata Kenny lagi.

End flashback

Back To BlackTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang