II

39 5 0
                                    

Morning, 07:36. July 1 2002

"Sam? Sam?" Conny tercari - cari bayangan anak manjanya itu. Dia terbangun kerana sesuatu yang berbunyi di ruang tamu aras bawah.
Dengan malas, Conny menggeliat seperti orang baru bangun. Dia paksa dirinya untuk bangun dan membuka semua langsir dan tingkap di dalam biliknya.
Selesai semua barulah dia mandi membersihkan diri. Terdengar tawa Zachary dan Kenny di aras bawah. Ouh, Ken dah sampai. Katanya dalam hati.
Conny berasa sungguh segar selepas mandi. Walaupun sejuk, tetapi segar. Dia menuju ke arah cermin besar didalam bilik air dan mencapai hair dryer. Hair dryer itu dihidupkan suisnya.
Conny mengeringkan rambutnya yang basah. Rambut pendeknya itu tetap cantik walaupun basah dan berserabut. Conny melihat tepat ke arah cermin itu, dia terlihat Aubrey sedang 
memeluknya dari belakang. Conny menitiskan air mata. Dia sungguh rindu akan suaminya. Aubrey mencium leher belakang Conny.
"Sayang, jangan lah nangis. Kalau anak - anak tahu awak nangis, diorang sedih jugak tau. Jangan nangis - nangis, ye," pesan Aubrey. Conny mula teresak - esak.
"Abang, macam mana saya nak jaga mereka tanpa awak? Saya tak boleh, abang," ujar Conny.
"Abang tahu, Conny ini seorang yang tabah. Dia kuat dan tak mudah mengalah," kata - kata Aubrey membuat Conny lebih sebak. Pelukan Aubrey membuatkan isterinya itu sangat selesa.
Lamunan Conny tersentak apabila pintu bilik airnya diketuk. Dia membuka mata dan melihat semula ke arah cermin, Aubrey sudah tiada.
"Mami, Boxer Nick dekat mana?" tanya Nick dari luar bilik air.
"Tak tahu sayang, cuba cari dekat laci abang kamu," ujar Conny dari dalam.
"Ok mami," balas Nick lalu keluar dari bilik tidur maminya. Kedengaran bunyi pintu dibuka dan ditutup semula. Conny mengesat air mata. Dia menarik nafas dan hembus berulang kali.

Afternoon, 14:37. July 1, 2002

"Mami, Zach lapar la," kata anak sulungnya sambil memeluk tangan mami kesayangannya. Conny tersenyum sambil menggosok - gosok kepala Zachary.
"Mami tak masak. Kita order pizza je," hambar Conny.
"Okey. Saya nak call," ujar Kenny dari tangga. Zach senyum manis dengan maminya.
"Adik - adik kat mana?" tanya Conny. Zach menarik nafas.
"Sam tengah tengok tv. Tak tau la cerita apa. Zach dah tanya dia, lapar ke tidak tapi dia tak sedar. Mata dia tengok tv je. Yang sorang pulak tak tahu kat mana. Dia keluar kot," ujar Zachary.
"Oh. Tadi Nick ada kat atas. Tengah study rasanya," kata Kenny pula. Conny hanya mengangguk.

Afternoon, 14:58. July 1, 2002

"Ding Dong!" bunyi bel rumah. Conny segera mendapatkan pizza mereka.
"Mami, Sam lapar la," adu Sam dengan maminya. Semua orang tersenyum dengan kecomelannya.

Back To BlackWhere stories live. Discover now