"Fuh. Segarnya. Boleh lah aku tidur sekarang," ujar Conny. Dia menggosok rambut pendeknya sehingga kering. Hair dryer yang tersimpan rapi di
dalam laci dipandang sejenak. Dia memutuskan untuk tidak memakai hair dryer tersebut. Conny membuka tuala yang tersimpul di bawah
lengan menutup buah dadanya. Dia berjalan keluar dari bilik air tanpa seurat benang menuju almari di dalam biliknya. Bilik air
Conny berada dalam bilik tidurnya. Kiranya bilik Conny ini seperti master bedroom. Baju tidur dipakainya. Dia mula memanjat katil saiz queennya.
"Patut ke aku cari bapa untuk anak - anak aku? Ke aku yang perlukan seorang suami?" Conny berfikir sejenak.
"Hah! Esok je lah aku fikirkan. Nak bincang dengan Kenny lagi," katanya sambil menutup lampu tepi katil.Morning, 6:21. September 5, 2004
"Ken, sini jap, akak nak cakap sesuatu," ujar Conny dari dapur. Dia nampak kelibat Kenny dari arah tangga.
"Ada apa kak?" Tanya Kenny, sopan.
"Ingat tak kau suggest akak cari pengganti. Akak dah fikir masak - masak yang akak..."
"Nak carikan kitorang bapa baru?" Nick memotong ayat Conny. Conny tersentak dan terkejut.
"Aih, Nick. Nick buat apa kat sini?" Ujar Conny, terketar - ketar. Nick diam dengan wajah muram.
"Nick dengar semua la mami, mami nak carikan kitorang bapa baru. Ihh, tak nak lah mami," rungut Nick. Kenny menelan air liur sahaja.
"Eh, mana ada lah sayang," Kata Conny meyakinkan Nick. Mata anaknya yang tampan itu berkaca. Nick mengundur ke belakang lalu berlari laju ke arah bilik.
"Sayang, mami.." Conny buntu hendak mengatakan apa - apa.
"Ken. Akak nekad. Akak perlukan seorang suami. Hidup akak kosong walaupun ada anak bertiga," Conny mengesat air matanya. Kenny mengangguk setuju.
"Akak berkenan dengan siapa?" Tanya Kenny. Conny memandangnya.Afternoon, 12:11. February 12, 2001
Flashback
Conny sudah lambat pergi kerja. Dia tercungap - cungap berlari ke arah lif yang masih terbuka dan ada seorang lelaki di dalam.
"Hold the door!" Jerit Conny sekuat hati. Lelaki tersebut memegang pintu yang hampir tertutup itu.
"Thanks a lot," kepenatannya masih terasa. Lelaki tadi senyum ke arah Conny. Conny hanya senyum hambar.
"By the way, my name is Rob. You?" Ramah lelaki itu. Conny melihatnya sekilas.
"Conny," ringkas. Rob menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Conny sengaja buat - buat tidak nampak.
"Actually, Saya dah lama kenal awak. Awak yang uruskan duit kan? Saya perhatikan awak sahaja," kata Rob. Conny mula tidak senang.
"Good to know," ringkas. Sekali lagi.Ting!
Bunyi lif menandakan lantai yang dituju sudah sampai. Conny segera keluar dari lif tersebut.
"I would like to see you again," ujar Rob. Conny menjeling.Evening, 19:03. March 1, 2001
Conny sedang sibuk mengira duit kerana semalam, mereka mendapat gaji. Conny menggaru kepala tidak gatal.
Knock! Knock!
"Masuk!" Kelihatan Rob membuka pintu pejabat Conny.
"What do you want from me?" Conny mula bengang dengan sikap Rob. Rob mati senyum.
"I just want to tell you that this office will close in 10 minutes. Do you want to sleep here? I just want to help you," jujur Rob. Conny melihat sekilas jam tangannya. Ya sudah pukul 7 malam.
"Thanks. You can get out. Go home! I don't need your help!" Conny segera mengemas barangnya dan keluar meninggalkan Rob disitu.Outside The Building
"Sayang, sayang tunggu kat mana? Saya dah habis kerja ni?"
"Sayang, sorry sangat. Saya tak dapat ambil. Kerja saya tak siap lagi,"
"Hmm. Okey tak apa. Saya naik train,"
"Okey. Hati - hati sayang," Talian di tamatkan. Huh! Terpaksa lah aku naik train.

ANDA SEDANG MEMBACA
Back To Black
Детектив / ТриллерConny dan tiga orang anaknya, Zachary, Nick dan Sam kehilangan Aubrey, suami dan ayah mereka. Apabila Conny berjumpa dengan seorang lelaki bernama Robert lalu mereka berkahwin. Selepas berkahwin, mereka mempunyai cahaya mata. Robert mula menyeksa Co...