{ 2nd Fanfiction }
3 tahun menunggu cahaya mata , akhirnya Chorong mengalah. Dia tidak mahu lagi lelaki itu mengharap padanya. Pn Kim , eomma pada Junmyeon tidak habis-habis meminta Junmyeon kahwin lagi. Hatinya sakit tetapi demi kebahagiaan Junmyeo...
CHORONGberpeluk tubuh memandang keadaan luar rumahnya. Keluhan terlepas. Hujan. Hujan yang lebat. "Noona..." Chorong berpaling memandang Chakyun. Tidak banyak tetapi sedikit , Chakyun menyedarkannya. Dia melemparkan senyuman kelat. "Makan. Dari malam tadi noona tak makan." Dulang berisi makanan itu , Chakyun letak dihadapan Chorong. "Noona tak ada selera , Kyun." "Makan noona. Jangan degil." Chorong pasrah. Dulang itu ditarik mendekatnya. "Kongsi dengan noona ?" Chakyun mengangguk. 2 bulan sudah berlalu. Keadaan Chorong masih sama. Tiada apa yang berubah cuma fizikal wanita itu sahaja yang berubah. Semakin kurus. "Noona , makanlah banyak sikit. Badan noona dah susut tau. Nanti kalau Yeon dengan Ho tak kenal eomma dia macam mana ?" Chorong tersenyum kelat.
"Mana diorang ?" Chakyun terdiam. "Masa noona tidur tadi , Suho hyung datang. Ambil diorang. Bawak diorang keluar." Chorong melepaskan keluhan. "Noona kejamkan ? Noona selfish sampai anak-anak noona yang kena tempias. Kesian anak-anak noona..." Tangisannya pecah. "Tak noona. Bukan salah sesiapa. Kyun kenal noona. Janganlah nangis noona..." Chorong memandang Chakyun dengan linangan air mata. "Noona tak guna , Kyun. Noona pentingkan diri. Noona memang tak guna !" Tangannya memukul diri sendiri. Terasa dipeluk , semakin kuat tangisannya. "Awak tak salah apa-apa , Chorong... Jangan salahkan diri awak..." Chorong mendongak. Junmyeon yang sedang tersenyum itu dipandang. "Suho... Saya rindu awak..." Pipi Junmyeon disentuh. Junmyeon mengangguk. "Saya pun rindukan awak. Jangan seksa diri awak , Chorong. Saya tak boleh tengok awak terluka."
Chorong mengalirkan air mata sekali lagi. Dia rindu... Rindu dengan lelaki yang bergelar suami ini. Rindu dengan senyuman lelaki itu. Rindu dengan belaian lelaki itu. Semua tentang lelaki itu dia rindu.
•••••||•••••
"EOMMA !" Chorong yang sedang menyiapkan makanan tengah hari itu memandang anak kembarnya. "Kenapa , sayang ?" "Kita akan duduk dengan appa balik ke eomma ? Eomma akan baik dengan appa balik ke eomma ?" Chorong mengigit bibir bawahnya mendengar soalan dari Choyeon itu. "Yah , Kim Choyeon !" "Wae ? Yeon cuma tanya je. Kan eomma ?" Chorong tersenyum dan mengangguk. "Kita tengok keadaan ya , sayang ? Eomma tak nak berharap lagi. Biar masa yang menentukan." Junmyeon di sebalik dinding terdiam mendengar kata-kata Chorong. Wanita itu seperti sudah berputus asa untuk menegakkan segalanya.
"Hyung ?" Junmyeon tersentak. Dia berpaling memandang Chakyun yang baru turun itu. "Hyung buat apa tu ?" Junmyeon menggeleng perlahan. "Tak ada apa. Tengok diorang." Chakyun memandang Chorong , Junho dan Choyeon yang sedang berbual itu. "Oh okay. Kyun nak keluar sekejap. Cari barang. Nanti hyung tolong inform noona ya ? Kyun pergi dulu." Junmyeon mengangguk dan menghantar pemergian Chakyun ekori mata.
"Suho ah , mari. Makan sekali." Junmyeon tersenyum dan melangkah kearah mereka.
•••••||•••••
KAYOONmenahan perit ditubuhnya. "Sakit , eomma !" "Sakit lagi hati aku sebab kau khianat aku !" Pn Lee memukul tubuh Kayoon bertalu-talu. "Anak tak guna ! Tak kenang budi !" "Kayoon bukan anak eomma pun kan ?" Pn Lee merengus bila Kayoon melawannya. Semakin kuat tali yang dipegangnya itu dilibas pada tubuh Kayoon.
"Sakit eomma ! Berhenti , eomma..." Betisnya sudah luka dan mula mengalirkan darah. Pn Lee memang tak berhati perut !
"Lee Yongja !"
Tangan Pn Lee serta merta terhenti. Senyuman sinis terukir di bibir. "Apa kau buat ni ? Kalau ya pun kau berdendam dengan kami , tak perlu kau nak salahkan Kayoon !" Pn Kim bergerak ke arah Kayoon dan membantu bekas menantunya itu bangun. "Suka hati akulah ! Anak aku !" Pn Kim menggeleng. Tidak sangka Pn Lee berpura-pura dan sanggup memperlakukan anak seperti patung semata-mata kerana dendam.
"Memanglah anak kau ! Sebab dia anak kaulah , kau tak patut buat dia macam tu. Kau ibu , aku pun ibu , Yongja ! Kau patut hargai dia lepas dia dah berkorban banyak untuk kau !" Pn Lee tersenyum sinis. Dia ketawa. "Kau tak payah ajar akulah kalau kau pun sama ! Cuma bezanya , kau buat dekat menantu kau ! Aku rasa , lebih baik buat dekat anak sendiri daripada buat dekat menantu. Tu anak orang !" Kayoon teresak-esak di dalam dakapan Pn Kim. "Kau masih berdendam , Yongja ? Kau tahukan semua tu salah faham ?" Pn Lee memandang Pn Kim tajam. "Suami aku mati sebab salah faham ?! Kau merepek apa ?!"
Pn Kim menggeleng melihat sikap tidak matang Pn Lee itu. "Semuanya dah lepas , Yongja. Kenapa kau belum masih lagi teruskan hidup ?" Tanpa sedar , Pn Lee memegang pisau buah yang digunakan oleh Kayoon tadi. Perlahan dia mendekati Pn Kim dengan esakan palsu. Kayoon mula rasa tidak senang hati. "Aku...aku rindu dia , Miyeon... Rindu sangat..." Senyuman sinis ditarik lebar membuatkan Pn Kim dan Kayoon berpandangan. Kayoon memandang pisau yang berada di tangan Pn Lee.
"Eomma !"
Kayoon melindungi Pn Kim dengan tubuhnya sendiri. Sedikit demi sedikit tubuhnya melorot jatuh. Pn Lee terketae-ketar. Pn Kim menyambut tubuh Kayoon dengan air mata. "Kayoon... Bangun Kayoon... Bangun..." Tubuh itu kaku tidak bergerak. Pn Lee tikam tepat di jantung gadis itu. Pn Lee sudah gelabah. Belum sempat dia mahu melarikan diri , dia sudah dikepung oleh beberapa orang polis.
"Arggh !! Aku tak bunuh dia ! Aku tak bunuh dia !!"
Pn Kim mengalirkan air mata. "Maafkan eomma , Kayoon...."
Dan pergilah seorang Lee Kayoon dari dunia ini. Hanya kerana ego dan dendam seorang ibu....
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.