CHORONG turut memberikan penghormatan terakhir pada mendiang Kayoon. Dia sudah maafkan gadis itu. Lagipun bukan salah gadis itu. Pn Lee juga sudah ditangkap. Mujur Chakyun cekap. Tetapi yang dia pelik , apa hubungan Chakyun dan Kayoon. Lihat sahaja sekarang , lelaki itu masih termenung. Kaca mata hitam pula tidak terlepas lagi. Setia di mata.
"Kyun..."
Lembut dia memanggil Chakyun. Melihat tiada respon , dia pelik. Dia benar-benar penasaran terhadap dua orang itu.
"Park Chakyun." Kali ini , dalam nada tegas membuatkan Chakyun terus tegak.
"Noona ? Waeyo ?"
Chorong menggeleng. Dia berdiri berhadapan Chakyun.
"Kyun fikir apa ? I was curious about you and late Kayoon. Anything I don't know ?" Chorong berterus terang. Oh , dia memang jenis straight to the point sahaja. Chakyun tersentak mendengar soalan luar biasa noonanya itu.
"Kami kawan je , noona." Chorong tersenyum sinis. Kaca mata Chakyun terus direntap. Semakin lebar senyuman itu melihat mata merah Chakyun
"Really ? Kawan biasa ? Wow ! Kawan biasa sampai bila Kayoon pergi...Chakyum menangis ? You're not like this after 19 years , Chakyun. The last time you crying was on my shoulder. Appa death day."Chakyun mengetap bibirnya. Chorong tersenyum kelat. Tubuh Chakyun ditarik ke dalam dakapannya. Serentak itu juga esakan Chakyun terlepas.
"Se...sebab eomma dia , dia putuskan hubungan kami , noona... Dia dah berkorban banyak untuk Kyun. Untuk eomma dia. Tapi tergamak eomma dia buat dia macam tu , noona..." Chorong mengusap belakang badan adiknya itu perlahan.
"Kyun...Kyun pun terkejut jugak bila eomma dia mintak dia kahwin dengan Suho hyung. Dia dah berkali-kali tolak untuk bekerjasama dengan eomma dia tapi eomma dia ugut."
"Ugut apa ?"
"Nak bunuh Kyun dengan noona..."Chorong diam. Dia merenggangkan pelukan itu.
"Sudah. Takkan Kyun nak merapati pemergian dia ? Tak tenang dia. Move on. Dia nak tengok Kyun bahagia walaupun tanpa dia. Kyun tahukan ?" Chakyun mengangguk perlahan.Di sebalik dinding , tiga beranak mencuri-curi menonton drama tidak berbayar itu.
"Uncle menangis ?"
"Diamlah , Yeon..."
"Eh , kenapa oppa marah Yeon ? Bagitau eomma !" Junmyeon terus menekup dua mulut anaknya itu.
"Bising. Nanti eomma perasan.""Dah lama saya perasan. Sini."
Junmyeon , Junho dan Choyeon berpandangan lalu bergerak ke arah wanita kesayangan mereka. Junmyeon merangkul pinggang Chorong erat.
"Eomma , uncle menangis eh tadi ?" Chakyun memandang Choyeon tajam.
"Eh budak ! Diam. Kau apa tahu ? Hal orang dewasa , tak payah sibuk !" Junho menayangkan wajah tak beriak melihat Chakyun dan Choyeon bergaduh.
"Sudah. Park Junho , Park Choyeon , masuk tidur. Esok nak sekolah. You too , Park Chakyun."
"Kyun mana ada sekolah !"
"Esok kerja , Park Chakyun !!" Chakyun tersengih.
"Yelah-yelah.... Merajuk dengan noona. Tahulah nak dating."
"YA ! PARK CHAKYUN !"Junmyeon tersenyum melihat perangai adik iparnya. Hilang sahaja 3 orang itu dari pandangan mata , Chorong berdehem.
"Saya nak masuk tidur. Selamat malam."
"Kejap Chorong." Chorong terkebil-kebil bila Junmyeon menariknya menghadap lelaki itu.
"Suho , saya nak tidur. Mengantuk."
"Awak masih tak maafkan saya ?"
Chorong seakan terkaku mendengar soalan dari Junmyeon itu. Dia sudah maafkan Junmyeon cuma...kecewanya masih berbekas di hati.
"Can we talk later ? Saya mengantuk." Chorong cuba melarikan diri tetapi tangan kasar Junmyeon lebih pantas merangkul pinggang Chorong.
"Aw...awak nak buat apa ni ?"
"Jawab saya , Kim Chorong."
"Saya dah maafkan awak lama dah , Suho. Tapi saya perlukan ruang untuk pulihkan hati saya yang masih terluka. Kalau awak nak tunggu , tunggu. Kalau awak rasa tak mampu untuk tunggu saya lagi , pergilah..."Dia melepaskan diri dari rangkulan Junmyeon. Dia lemas. Lemas dengan renungan mata Junmyeon itu. Junmyeon hanya mampu mengeluh melihat Chorong yang berlalu.
'Saya tetap akan tunggu awak macam mana awak tunggu saya dulu , Park Chorong...'
SELEPAS menghantar Junho dan Choyeon ke sekolah , Chorong terus pulang ke rumah. Dia masih ingat tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
YOU ARE READING
[C] Hurts Because Of You // SuRong
Fanfic{ 2nd Fanfiction } 3 tahun menunggu cahaya mata , akhirnya Chorong mengalah. Dia tidak mahu lagi lelaki itu mengharap padanya. Pn Kim , eomma pada Junmyeon tidak habis-habis meminta Junmyeon kahwin lagi. Hatinya sakit tetapi demi kebahagiaan Junmyeo...