Ep. 1 : Convince

296 29 13
                                    

"Jinyoung, kenapa tak makan?"

Jinyoung tersentak, dan dia memandang kakaknya yang kelihatan risau melihat dia hanya menyentuh makanan di hadapannya sambil termenung. Jinyoung terdiam seketika sebelum mula menggaul semua bahan dalam pinggan makanannya. Sejurus sahaja Boyoung kembali fokus pada makan malamnya, tangan Jinyoung kembali perlahan dan fikirannya menerawang lagi. Otaknya ligat memikirkan perbualan dia dengan kawan baiknya tiga hari lepas.

Habis sahaja graduasi, sudah tentu sekali Jackson terbang ke Hong Kong untuk celebrate kejayaannya bersama keluarga di sana. Jadi mereka hanya berbalas teks dan kadang-kala video call. Dan sudah tentu, topik membalas dendam akan berbangkit.

"Mana boleh balas dendam. Tak baiklah" kata Jinyoung dengan kerutan di dahi. Dia mengelap air matanya yang tersisa di pipi sementara Jackson mengguling mata.

"Then? Apa yang Yeonsoo buat dekat kau tu baik sangat ke?" Jackson judge jejaka sebaya di sebelahnya itu. Jinyoung diam, memandang tempat lain sambil memikirkan ayat untuk menjawab.

"Well.. memang tak baik. Tapi kalau kita buat benda yang sama, isn't that mean kita pun sama je jahat macam dia?" Jinyoung memandang Jackson semula dengan wajah naifnya. Jackson menepuk dahi.

Topik itu berlarutan pula pada inbox chat mereka dalam media sosial

jackjack852 :
Kite bkan nk jdi jahat pun. Kite nk bgi die sedar je an?

parkjinyoung :
Ada saja inisiatif lain untuk bagi dia sedar. Tak semestinya perlu jadi jahat.

jackjack852 :
Inisiatif tu ape?

parkjinyoung :
Kaedah. Cara. Langkah. Usaha. Takkan itu pun tak tahu?

jackjack852 :
Gosh. Ckap cara je kan bleh-.-

jackjack852 :
Anyway, tbh aku siyes xleh brain prangai pompuan tu. Sbab tu aku nk ajk kau revenge DUH

parkjinyoung :
tbh itu apa?

jackjack852 :
OMG SERIOUSLY, PARK JINYOUNG?

Dan bersambung lagi dalam video call mereka.

"Okay, so listen. Kita tak nak orang lain jadi mangsa dia. So kita kena bagi dia rasa apa yang kau rasa so then dia akan menyesal and tak buat lagi. Kau akan satisfy and dia akan insaf. So sebab tu kita kena revenge, arasseo?" bebel Jackson yang merakam diri sambil berjalan. Jinyoung merakam diri sambil memandang buku nota di hadapannya.

"Okay, aku dah buat observation. Sepanjang 47 minit kita videocall, kau dah cakap perkataan 'duh' sebanyak 12 kali dan'so' sebanyak 28 kali. Aku buat hipotesis tadi perkataan 'duh' yang menjadi trademark kau. Selepas pemerhatian, aku dapat simpulkan yang trademark kau ialah 'so'. Mengejutkan, tapi hipotesis aku gagal" Jinyoung mengangguk faham dengan kiraan dan report kajiannya sendiri. Jackson menepuk dahi.

"That is so so random, Park Jinyoung"

"Oh? That makes it 30"

"Ada perkara mengganggu fikiran Jinyoung ke?"

Sekali lagi Jinyoung tersentak, dan dia memandang Boyoung yang semakin risau melihat makanan Jinyoung tidak bergerak. Jinyoung diam agak lama, memikirkan sama ada patut atau tidak dia mendapatkan pandangan kakaknya itu.

"Noona, balas dendam tu perbuatan rasional ke?" tanya Jinyoung. Boyoung kelihatan keliru oleh kerana dia tidak tahu apa yang berlaku, tetapi dia cuba menjawab soalan Jinyoung.

"Bergantung pada reason kita balas dendam. Dan apa effect yang akan jadi dekat kita" jawab Boyoung tenang. Jinyoung mengerutkan dahi, cuba memahami maksud ayat gadis yang lebih tua daripadanya itu.

"Maksudnya... Kalau niat kita hanya untuk lepaskan rasa sakit yang kita simpan dan effect yang akan jadi ialah kita rasa lega and lebih rasional, balas dendam takkan jadi masalah. Tapi kalau kita berniat untuk seksa orang yang kita dendam dan effect yang akan jadi ialah salah seorang akan mudarat, balas dendam akan jadi sangat poisonous" Jinyoung menyimpulkan sendiri kata-kata kakaknya.

Seperti yang dijangka, pelajar terbaik yang hanya mendapat no 1 sahaja sepanjang bersekolah dan mendapat anugerah cemerlang dekan setiap semester di universiti tidak memerlukan penerangan panjang untuk menjawab soalan. Boyoung tersenyum mendengarnya lalu dia sambung menikmati makanannya tanpa menambah apa-apa lagi pada kata-kata adiknya itu.

"Tapi, kenapa kamu tanya pasal perkara macam tu?"

Jinyoung dan Boyoung menoleh, dan baru mereka perasan ibu bapa mereka serta satu lagi kakak Jinyoung; Sooyoung sedang fokus mendengar perbualan mereka. Jinyoung terdiam seketika apabila dia disoal sedemikian kemudian dia tunduk kecil kepada ayahnya tanda hormat.

"Tak ada apa-apa. Choesonghamnida, appa" Jinyoung menjawab perlahan dan kembali menggaul makanannya. Jinyoung tahu dia diperhatikan agak lama sebelum keadaan menjadi seperti biasa semula. Jinyoung melihat semua ahli keluarganya mula menjamu selera semula dan dia kembali berfikir panjang.

¿? ¿? ¿?

Jinyoung menjemput Jackson di lapangan terbang hari tersebut dan kelihatan dua sahabat baik itu sedang berjalan untuk keluar dari tempat sesak tersebut dengan tangan Jinyoung menarik luggage milik Jackson. Perkara gentleman sebegitu memang terbiasa bagi Jinyoung manakala bagi Jackson pula, itu satu peluang yang baik kerana dia memang malas hendak menarik beg sebesar itu. Mereka berbual perkara normal dan apabila mereka senyap seketika, topik 'itu' berbangkit di fikiran Jackson.

"Yah, kau dah fikir?" tanya Jackson. Jinyoung membalas pandangan Jackson dan mukanya kelihatan keliru.

"Pasal apa?" Jinyoung berbalas soalan. Mereka senyap sambil berbalas pandangan dan Jackson seolah-olah memberi isyarat melalui matanya. Jinyoung terus faham isyarat Jackson lantas dia terdiam seketika dan pandang hadapan semula. Jackson terus sahaja melihat Jinyoung kerana menunggu jawapan dan kelihatan Jinyoung mengangguk.

"Dah, aku dah fikir" kata Jinyoung, menjawab soalan dengan begitu tepat. Walaupun begitu, bukan itu yang Jackson mahu dengar jadi dia masih memandang Jinyoung. Jinyoung membalas pandangannya dan tersenyum.

"Okay, jom. Balas dendam"

Jackson tersedu kerana terkejut, lantas dia terus senyum luas di sebalik riak wajah terujanya.

"Heol, Park Jinyoung! Woah, kau dah pandai buat jahat selain mencarut!" kata Jackson begitu bangga. Jinyoung tergelak kecil dan dia memandang ke hadapan semula. Entah mengapa kata-kata Jackson membuatkan dia rasa gembira.

"Well~ Since tak ada sesiapa akan tercedera and perempuan tu akan menyesal, rasanya aku tak ada masalah" kata Jinyoung tenang dan dia kembali memandang Jackson.

"Aku percayakan kau, alright?" sambung Jinyoung. Jackson tersenyum luas, lantas dia memeluk leher Jinyoung sambil mereka teruskan berjalan.

"Worry not, buddy. Within 2 months, perempuan tu akan menyesal sebab mempergunakan kau" kata Jackson dan kemudian dia membuat telinga di kepala dengan sebelah tangan serentak dengan Jinyoung memandangnya. Jinyoung tergelak kecil dan dia meniru gaya Jackson.

"Wang Gae!"

"Park Gae!"

"Woof!" mereka menyalak serentak.

To Be Cont.

A/N - Selamat berpuasa korang~

[C] Sweet Revenge | Got7 JinSon Malay FanficWhere stories live. Discover now