Epilog : Would You Like A Sweet Revenge?

264 25 2
                                    

"Checkmate"

Jackson terkelu, memandang Jinyoung yang sekali lagi memenangi pertandingan catur yang mereka sudah lakukan untuk beberapa kali. Jackson memandang Jinyoung dengan muka tidak percaya, dan Jinyoung ketawa kecil melihat reaksi Jackson. Ketika itu tiba-tiba pintu pejabat kecil itu diketuk membuatkan dua sahabat baik itu menoleh, dan kelihatan seorang lelaki membuka pintu untuk menjengah ke dalam.

"Ini syarikat Sweet Revenge ke? Saya dapat mesej dari nombor tak dikenali. Dalam mesej tu ada tulis alamat tempat ni dan dia kata saya boleh datang kalau saya nak balas dendam dekat pasangan saya... Dan kebetulan saya baru ditinggalkan..." kata lelaki itu dengan suara serak seperti baru lepas nangis dan nadanya kedengaran sedih. Jinyoung pada masa yang sama berasa kagum lantas dia memandang Jackson.

"Woah. Macam mana kau buat?" tanya Jinyoung. Jackson menjongket bahu.

"Komputer aku akan detect mana-mana telefon bimbit dalam Korea ni yang ada chat atau mesej berkaitan dengan putus cinta or something related, and bila dah dapat detect nombor telefon bimbit tu, mesej tu akan dihantar secara automatic"

"Ohhhh~ daebak"

¿? ¿? ¿?

Jinyoung dan Jackson duduk bersebelahan, memandang lelaki tadi yang kini duduk di hadapan mereka.

"Uhm... Maaf, Youngjae-ssi tapi saya nak tanya. Awak demam ke? Atau awak ada alahan, atau tak tahan sejuk?" tanya Jackson selepas melihat pemakaian Youngjae sedemikian. Youngjae terus menggeleng.

 Youngjae terus menggeleng

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh taklah. Saya suka pakai baju tebal-tebal. Saya rasa macam saya dipeluk" kata Youngjae dan dia tersengih comel. Jackson dan Jinyoung terkelu melihat lelaki tersebut kelihatan sangat kebudak-budakan sebegitu. Mereka terdiam seketika sebelum Jinyoung berdehem, cuba mengembalikan diri ke topik utama.

"Okay, so... Awak kata girlfriend awak tadi namanya Yoon Saera. Kenapa dia tinggalkan awak?" tanya Jinyoung, tangannya memegang buku nota dan pen seperti sedia untuk mencatat. Youngjae terdiam mendengar kata-kata itu lantas matanya mula berair dan dia tercebik-cebik seperti hendak nangis.

"Noona kata Jaejae macam budak-budak. D-dia kata Jaejae tak matang" suara Youngjae bergetar seperti hendak nangis dan dia tersedu kecil. Sekali lagi Jinyoung dan Jackson terkedu melihat Youngjae, lalu mereka memandang satu sama lain.

"Tapi kan..." suara Youngjae lebih tenang kali ini, selepas dia berjaya menahan diri daripada nangis. Jinyoung dan Jackson kembali memandang Youngjae untuk mendengar kata-katanya. Youngjae membalas pandangan mereka.

"Macam mana saya nak tahu korang ni bukan scammer?" tanya Youngjae. Jinyoung dan Jackson langsung tidak terkejut dengan soalan tersebut.

"Oh, kami tak ambil bayaran" kata Jinyoung selamba dan Youngjae terus menjadi terkejut. Jackson pula mengangguk dan tersenyum.

"Yup. Kami dah terlalu kaya untuk dapatkan lagi duit. Satu-satunya perkara yang kami nak minta daripada awak ialah sedikit perubahan" kata Jackson dengan tenang. Ketika itu Youngjae menjadi terpinga-pinga.

"Perubahan?" ulang Youngjae. Jinyoung dan Jackson memandang satu sama lain, tersenyum penuh makna dan kembali memandang Youngjae.

"Trust me. Just a little change" kata Jackson lagi.

¿? ¿? ¿?

Saera sedang berjalan sendiri di laluan pejalan kaki di tengah-tengah bandar Seoul itu tetapi tiba-tiba dia berhenti terkejut, melihat lelaki tidak jauh di hadapannya.

"C-Choi Youngjae...?" katanya sendiri, dan dia perhatikan sahaja Youngjae yang tidak perasan kehadirannya kerana sedang menghadapi isu sendiri.

"Oppa, bolehlah~ Yeonie nak jadi girlfriend oppa~!" Yeonsoo yang kini bekerja dengan Jinyoung dan Jackson, berlakon menjadi pelajar sekolah dan memujuk Youngjae. Yeonsoo bernasib baik yang wajahnya tidak didedahkan oleh pihak media selepas Jinyoung membayar semua pihak untuk menutup aib Yeonsoo, jadi tidak ada sesiapa mengingati wajahnya setelah beberapa bulan.

"Andwae, Yeonie. Yeonie muda lagi. Yeonie fokus dekat belajar dulu, okay? Dah, pergi sekolah cepat. Nanti oppa jumpa Yeonie lagi, hm?" kata Youngjae lembut, dan Saera terkejut melihat betapa matangnya Youngjae ketika itu. Yeonsoo akur dan berlalu pergi, seperti yang dirancang. Saera melihat Youngjae hendak sambung jalan membuatkan Saera terkejut dan mempercepatkan langkah.

"Youngjae-ah!" panggil Saera membuatkan Youngjae berhenti. Youngjae toleh kebelakang, melihat Saera yang turut berhenti tidak jauh dibelakangnya.

Saera tersenyum luas selepas mengetahui bahawa itu memang Choi Youngjae yang dia kenal, manakala Youngjae pula kekal serious sehinggalah dia bersuara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saera tersenyum luas selepas mengetahui bahawa itu memang Choi Youngjae yang dia kenal, manakala Youngjae pula kekal serious sehinggalah dia bersuara.

"Saya tak rasa kita kenal"

Saera menjadi sangat terkejut, dan Youngjae kerutkan dahi sedikit seperti dia betul-betul tidak kenal gadis tersebut. Semua adegan itu disaksikan oleh Jinyoung dan Jackson yang berada di dalam kereta tidak jauh dari situ, dan kedua-dua mereka tersenyum puas hati melihat apa yang berlaku.

"Career revenge planner jauh lebih seronok daripada pemain catur kebangsaan" kata Jinyoung dan Jackson mengangguk setuju tanpa seorang pun daripada mereka mengalihkan pandangan dari Youngjae.

"Let's work hard on our career then" kata Jackson dan dia memandang Jinyoung. Jinyoung membalas pandangannya. "Shall we?"

Jackson kemudian membuat bentuk telinga di kepalanya dengan tangan kanan, manakala Jinyoung meniru gaya yang sama tetapi dengan tangan kiri.

"Wang Gae!"

"Park Gae!"

"Woof!" mereka menyalak serentak.

Fin.

A/N - YEAYYYYYYY thanks to PKP lala sempat buat this whole book tanpa ada idea tersekat TT Thank you so much sebab baca cerita ni and hope korang enjoy reading fanfic Lala sambil terperuk dalam rumah tu. Untuk mereka yang menunggu ATOSP, DING-DING dengan THE GHASTLY TWINS, lala minta maaf sebab tiga-tiga cerita itu berlaku idea tersekat. So lala ambil masa yang update. Until now, see you in the next fanfic. Sweet Revenge, end! Annyeong!!

Ps : lala xleh nak upload gambar youngjae TT sakitnya hatiiiii TT sorry gais!

[C] Sweet Revenge | Got7 JinSon Malay FanficWhere stories live. Discover now