Jinyoung sedang scroll report yang dihantar oleh pekerjanya di dalam sebuah tab sambil dia menikmati kopi di cafe tempat dia dan Jackson selalu duduk bersama. Sedang dia menyibukkan diri dengan laporan tersebut, Jackson akhirnya tiba dan mengambil tempat duduk di hadapannya. Jinyoung mengangkat kepala memandang Jackson, dan kelihatan dia tidak tersenyum.
"Aku tak suka orang lambat" kata Jinyoung dengan nada serious, tetapi serta-merta Jackson memandangnya tajam.
"Jangan nak act savage depan aku, anjing" Jackson memberi jari tengahnya. Jinyoung kebelakang sedikit dan sekelip mata riak wajahnya berubah seperti Park Jinyoung yang lama.
"Ah, mian. Dah terbiasa" kata Jinyoung tenang. Jackson mengguling mata sebelum mencapai kopi milik Jinyoung oleh kerana dia tidak meminta Jinyoung mengambil pesanannya lebih awal. Jinyoung terfikir tentang sikapnya sebagai seorang CEO itu dan kemudian terdetik satu pertanyaan dalam fikirannya.
"Seun-ah, apa kaitan aku dekat tempat kerja dengan kita balas dendam dekat Yeonsoo?" tanya Jinyoung, mukanya jelas kelihatan yang dia keliru. Jackson meletakkan semula cawan di tempat asalnya sambil menelan air dalam mulutnya, kini dia bersedia untuk menerangkan.
"Okay, here is the plan" Jackson mendekatkan kerusinya dengan meja, memastikan jarak antara mereka sedekat yang mungkin supaya orang lain tidak mendengarnya. Jinyoung mula fokus untuk mendengar rancangan Jackson.
"Thanks dekat ability aku dalam hacking, aku dapat tahu yang Yeonsoo akan pergi Octagon everynight untuk join boyfriend dia DJ-ing. So, basically dia having all fun. And, aku juga dapat tahu yang dia rajin join instafamous meet-up--"
"In-what?" ulang Jinyoung dengan kerutan di dahi, seperti dia tak pernah dengar istilah tersebut. Jackson mengguling mata, sabar sahajalah melayan kawannya yang agak antisocial itu.
"Girls yang famous dekat IG biasanya akan buat perjumpaan sesama diorang untuk hang out sama-sama, just to make each other's fans notice each other's IG. Diorang act like diorang rapat so then popularity diorang akan meningkat. There are tons of them so everytime a meet-up, diorang akan limitkan like maybe 7 ke 10 orang sahaja, so every single meet-up diorang akan jumpa dengan orang-orang yang berbeza" terang Jackson panjang lebar. Jinyoung kelihatan kagum dan membuat bunyi 'oh' yang panjang, seolah-olah dia baru belajar sesuatu yang baru.
"Anyway, back to the plan. So, Yeonsoo usually akan join almost every single meet-up. Dia ada nofitication setiap kali meet-up dijalankan so tu yang dia cepat tampilkan diri dekat orang yang plan meet-up tu" kata Jackson dan dia bersandar, seperti dia sudah selesai memberi penerangan. Jinyoung terdiam dan keliru, dia menunggu Jackson menyambungnya tetapi Jackson hanya memeluk tubuh.
"So...?" tanya Jinyoung perlahan. Jackson tersenyum nakal.
¿? ¿? ¿?
"Kita akan adakan job interview dalam masa lebih kurang 2 minggu dari sekarang. Tolong arrange kan and make sure buat highlight yang kita mencari intern, jadi pengalaman bekerja tak dititikberatkan" Jinyoung memberi arahan ketika pasukan promosi syarikat tersebut berada di dalam pejabatnya.
"Nae, sajang-nim!" kata beberapa orang pekerja yang berdiri di hadapan meja kerja Jinyoung itu. Jinyoung mengangguk dan menyuruh mereka bersurai selepas dia mengingatkan lagi supaya mereka teruskan memberitahu apa-apa laporan baru.
"Mostly perempuan akan mula rasa bosan selepas 1 bulan diorang graduate. Sebab diorang hanya buat benda yang sama untuk sebulan tu. Jadi, kita ada lagi 2 minggu sebelum genap sebulan kita graduate. Kau kena buat kerja kosong dekat syarikat kau supaya Yeonsoo boleh minta kerja dekat situ" terang Jackson. Jinyoung masih tak faham oleh kerana rancangan Jackson kedengaran tidak logik.
"Macam mana nak buat dia apply kat tempat aku?" kata Jinyoung pula. Jackson menjadi semakin yakin dengan soalan tersebut.
"Dengan kehebatan aku dalam hacking, aku akan hantar chat dekat Yeonsoo yang meet-up akan diadakan. Chat tu akan datang daripada dalam groupchat instafamous tapi hanya Yeonsoo yang dapat" rancang Jackson dengan lancar.
Yeonsoo sedang menari-nari kecil di sebelah teman lelakinya di kelab malam itu tetapi telefonnya yang bergetar membuatkan dia berhenti dan mengeluarkan telefonnya. Mukanya seakan bersinar kerana teruja apabila melihat chat masuk daripada grouchat Instafamous.
Meet-up Time!
Instafamous's Cafe Date
7 lucky girls only!
Dm to book your spot, girls!"Yeonsoo will definitely click on my fake number and book tempat dia dalam meet-up tu. Aku akan send all the venue, which is a week from now but! This meet-up are fake" kata Jackson sambil tersenyum sinis. Jinyoung menjadi terkejut.
"Fake?" ulang Jinyoung seperti tidak percaya. Jackson mengangguk.
"Dengan sedikit kekayaan aku, aku akan upah 6 perempuan untuk jadi instafamous and during the meet-up, they'll talk about you and your company" sambung Jackson.
"Korang buat apa je sekarang?" tanya fake instafamous bernama Jihyo untuk memulakan topik mereka di cafe tersebut. Seorang lagi bernama Jeongyeon menjongket bahu.
"I'm thinking about getting a job. Maybe not now, maybe dalam lagi seminggu sebab company yang I nak join tu buat open interview next week" kata Jeongyeon dan ketika itu, fake instafamous bernama Dahyun menjadi teruja.
"Oh my geez, are you thinking..."
"YoungOne in Seoul~!" kata Jeongyeon dan Dahyun serentak, kemudian tiba-tiba suasana menjadi sangat bising kerana kesemua enam gadis upahan itu menjadi teruja. Hanya Yeonsoo yang terpinga-pinga dan itu membuatkan enam gadis tadi berhenti menjerit dan memandangnya.
"You tak tahu pasal YoungOne ke?" tanya seorang lagi bernama Nayeon.
"No...? I mean, I tahu that is a real big shopping mall but why korang semua excited nak apply kerja dekat sana?" Yeonsoo mengerutkan dahi. Enam gadis itu membuat gasp yang dramatik, masing-masing seperti terkejut mendengar soalan Yeonsoo.
"Oh my god. Are you kidding me? I rasa eversince YoungOne in Seoul tukar pemilik, that mall got so much worship dari girls" kata Mina dengan teruja dan Chaeyeong mengangguk laju.
"CEO baru YOIS (YoungOne In Seoul) ialah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga pemilik YoungOne Inc., and dia still muda like still in 20s!" kata Chaeyeong dan Yeonsoo membesarkan mata, terkejut. Belum sempat Yeonsoo memberi response, Nayeon pula menyambung.
"Pekerja dekat situ spill the tea yang sajang-nim baru ni really, really handsome. Some of them even call him 'real prince'!"
"Not just that, sajang-nim yang baru ni also bagi reward dekat semua pekerja YOIS, which is kita boleh dapat up to 50% off in every single store in the mall including cinema! Oh my god, we can shopping branded stuff with so little money!" kata Jihyo pula dan mereka berenam menjerit teruja lagi. Yeonsoo hanya mendengar dari tadi, kemudian terbit senyuman kecil dan dia kelihatan berminat.
"Macam mana kalau Yeonsoo bising dalam groupchat instafamous tu?" Jinyoung memberi kemungkinan dan Jackson terus menggelengkan kepala.
"She can't. Group tu hanya untuk post meet-up and no one can response to those meet-up dalam group. Plus, group tu ada like more than 2 thousands ahli, so dia takkan mampu cari 6 orang yang aku upah tu" terang Jackson. Jinyoung berasa kagum dan dia mengangguk perlahan. Sejurus itu, Jackson tersenyum sinis.
"It will be the end of that bitch. Game. On. Lee Yeonsoo"
To Be Cont.
YOU ARE READING
[C] Sweet Revenge | Got7 JinSon Malay Fanfic
Fanfiction"Wang gae!" "Park gae!" Length : 12 Chapters (Completed) Genre : Humor, Friendship Cast : Got7 Jinyoung, Got7 Jackson, OC Yeonsoo, Got7 members as cameo Start : 2 May 2020 End : 19 May 2020