Ep 8 : She Is So Bitxh!

178 24 3
                                    

Jinyoung keluar dari keretanya selepas parking di tempat CEO. Dia jalan sambil menyimpan kunci keretanya di dalam poket, segalanya senyap dan dia hampir ke lif, tetapi dia terhenti apabila terdengar suara.

"Kau buat ni on purpose kan?"

Jinyoung tersentak dan kebelakang, dan sejurus dia menoleh, dia ternampak Yeonsoo bersandar di tembok sambil memeluk tubuh. Wajah Jinyoung terus bertukar dingin dan dia melihat Yeonsoo berjalan ke arahnya.

"Excuse me?" tanya Jinyoung. Yeonsoo berdiri betul-betul di hadapan Jinyoung dan dia terpaksa dongak sedikit kerana Jinyoung lebih tinggi. Dia memandang jejaka itu dengan tajam.

"Kau cuma nak tunjuk dekat aku yang kau hidup mewah, hidup kau bagus, kau nak balas dendam sebab aku tolak cinta kau kan? Sebab tu kau asyik muncul dalam hidup aku" kata Yeonsoo tanpa berfikir panjang. Jinyoung berkerut dahi sedikit melihat gadis yang terlebih yakin itu, dan belum sempat dia membalas kata-kata Yeonsoo, gadis itu terlebih dahulu bersuara.

"Well, listen here, nerd. I'm tired of you following me around. If you want to have me that much, fine. I'll be your girlfriend" katanya selamba.

Jinyoung agak terkejut, terdiam seketika kerana dia tidak tahu apa yang perlu dia response. Mahu sahaja dia ketawa berdekah-dekah ketika itu, tetapi dia ada watak savage yang perlu dijaga. Jinyoung memandang Yeonsoo lama, membuatkan Yeonsoo berasa sedikit berdebar tanpa sebab.

Tiba-tiba Jinyoung mengambil satu langkah ke depan, tubuhnya semakin rapat dengan Yeonsoo. Yeonsoo terkejut dan dia kebelakang sedikit, tetapi tubuhnya kaku. Jinyoung kemudian tunduk, wajahnya mendekati wajah Yeonsoo membuatkan gadis itu serta-merta menutup mata rapat. Yeonsoo dapat merasakan nafas Jinyoung di wajahnya membuatkan dia tahu bibir dia dan Jinyoung hanya terpisah dalam 2cm. Jinyoung memastikan dia cukup rapat dengan Yeonsoo, dan akhirnya dia membisik.

"What a bitch"

Yeonsoo terkejut dan membuka mata, ketika itu Jinyoung sudah pun berdiri seperti biasa. Jinyoung memandang Yeonsoo dengan mata dinginnya, manakala gadis itu terkejut melihat Jinyoung selepas dikata sedemikian.

"Kalau nak buat false accuse, baik buat dekat tempat awam. Siapa kisah awak cakap apa pun dekat sini. Tak ada sesiapa dengar" kata Jinyoung tenang, dan dia menyimpan kedua-dua tangannya di dalam poket seluar.

"Saya tak tahu awak buat semua ni sebab saya reject awak masuk syarikat saya atau sebab awak ada masalah mental yang buat awak delusional. But, either reason, better luck next time" sambung Jinyoung dan dia berlalu melepasi Yeonsoo yang tidak terkata-kata. Jinyoung tersenyum sinis sendiri, terasa bangga dirinya mampu menghadapi perkara ini sendiri.

Yeonsoo terdiam dan kaku di situ, terasa baran mula membuak dalam dirinya. Dia mendengus kasar, dan dia pusing untuk memandang Jinyoung tajam.

"You want false accuse? Fine, I'll give you false accuse"

¿? ¿? ¿?

"Yakinnya perempuan tu" kata Jackson selepas puas ketawa. Dia dan Jinyoung sedang video call pagi itu, ketika Jinyoung baru bangun pagi. Oleh kerana mereka sudah kawan bertahun lamanya, Jinyoung bahkan membawa telefonnya ketika dia berus gigi, sarapan dan mandi.

"Tahu pun. Dia ingat kita buat semua ni sebab aku obses dengan dia" kata Jinyoung ketika dia sedang memakai baju. Jackson ketawa kecil.

"Aku suka betullah bila kau bisik 'bitch' dekat dia tu. Aku ingatkan kau tak sampai hati sebab kau sayang dia" balas Jackson. Jinyoung memandang telefonnya yang diletakkan di atas sebuah rak di sebelah almari bajunya. Mukanya kelihatan tidak percaya.

"Kan? Aku pun fikir macam tu. It turns out aku berlakon dengan sangat baik. Macam savage dengan aku dah sebati" kata Jinyoung, tangannya lincah memakai tali pinggang. Jackson hanya diam dan perhatikan Jinyoung membuat style pada rambutnya pula. Jinyoung membelek dirinya di cermin, lalu dia kembali memandang telefonnya iaitu memandang Jackson di hujung talian.

[C] Sweet Revenge | Got7 JinSon Malay FanficWhere stories live. Discover now