Ep 9 : Professionalism

156 23 0
                                    

"Macam mana?" tanya Jinyoung, betul-betul keliru dengan kata-kata Jackson.

Jackson tersenyum, lalu dia mengambil kaca mata itu daripada Jinyoung. Dia membaca kod yang terdapat di tepi bingkai kaca mata itu lalu dia pulangkan kepada Jinyoung. Sejurus Jinyoung mengambilnya, Jackson mula menekan papan kekunci dengan laju dan penuh yakin.

"Dah lupa ke? Semua glasses yang aku bagi dekat kau... ada hidden camera" habis sahaja Jackson bersuara, skrin laptop Jackson keluar rakaman yang kelihatan gelap, oleh kerana Jinyoung sedang menutup kamera itu dengan tangannya.

Jinyoung menjadi terkejut, dia meletakkan kaca mata itu di atas meja membuatkan skrin itu terpampang kawasan yang dirakam oleh kaca mata tersebut. Jinyoung semakin terkejut, lantas dia memandang Jackson dengan muka tidak percaya.

"Yah, kau hack privacy aku" kata Jinyoung seperti marah. Jackson memandang Jinyoung dengan muka yang ditarik.

"Budak bertuah ni. Kan aku ada beritahu kau pasal ni waktu aku bagi semua glasses tu dekat kau!" marah Jackson membuatkan Jinyoung terus terdiam.

*flashback*

"Tapi kau kata fashion ni dah outdated" kata Jinyoung, mengerutkan dahi. Jackson tersenyum, dia kembali menutup bekas itu dan dia hulurkan kepada Jinyoung.

"Bila dah jadi orang hebat and ada nama macam kau, kau pakai apa pun akan jadi trend, and nampak smart. So, kau boleh pakai balik kalau kau nak, just kekalkan style kau yang ni, got it?" kata Jackson. Jinyoung sedikit terharu lantas dia memeluk Jackson tiba-tiba. Jackson terkejut tetapi dia biarkan sahaja.

"Balik sini cepat. Kau ada urusan lagi dengan aku so aku tak suka nak panggil nama kau untuk ingatkan kau pasal tugas kau sendiri. Araseo?" kata Jinyoung. Jackson tergelak kecil dan akhirnya membalas pelukan Jinyoung.

"Nae, sajang-nim~ Saya akan balik secepat mungkin, ya?" Jackson berpura-pura menjadi pekerja Jinyoung membuatkan mereka berdua berkongsi ketawa kecil.

Mereka meleraikan pelukan, lalu Jinyoung mengambil kotak tersebut daripada Jackson. Dia membuka semua kotak itu, dan dia begitu kagum melihat kesemua kaca mata tersebut. Semuanya berbeza rekaan, tetapi kesemuanya kelihatan mahal dan elegan. Jackson tersenyum melihat Jinyoung suka dengan kaca mata itu, dan ketika itu baru dia teringat sesuatu.

"Oh ya, glasses ni semua ada camera tau? So, lepas ni kalau kau nak pergi tempat awam, pakailah glasses ni. Baru aku boleh tengok kalau kau ada buat benda yang tak sepatutnya CEO buat" kata Jackson tenang dan tanpa dia perasan, Jinyoung langsung tidak mendengar kerana sibuk membelek kaca mata tersebut.

*flashback end*

Jinyoung terkelu kemudian dia tersengih seperti kerang busuk apabila tersedar bahawa dia yang bersalah. Jackson mengguling mata, lalu kembali memandang skrin laptopnya. Jarinya kembali aktif menekan papan kekunci.

"So, kalau kita buka balik folder untuk siang tadi..." Jackson menggantungkan ayat, lalu skrin memaparkan rakaman pagi tadi. Jackson dan Jinyoung dua-dua terkejut, lalu mereka memandang satu sama lain.

"It got caught on camera. Jackson-ah, I'll be saved. That bitch will get her payback!!" kata Jinyoung dan mereka berdua teruja sehingga membuat bunyi pelik sesama sendiri.

¿? ¿? ¿?

Ramai orang telah memenuhi ruangan ibu pejabat YoungOne Inc. yang terletak di Cheongdamdong. Sudah tentu, seluruh ahli keluarga Jinyoung bertanyakan pelbagai soalan bertubi-tubi, tetapi Jinyoung menyuruh mereka tunggu sehingga masanya, iaitu hari tersebut. Hari tersebut Jinyoung telah membuat press conference besar, membuatkan pelbagai media datang untuk mengetahui apa yang berlaku.

Sejurus Jinyoung masuk ke dalam dewan itu, ramai wartawan berpusu ke arahnya untuk memberi soalan tetapi Jinyoung dilindungi oleh beberapa pengawal peribadi sehinggalah Jinyoung tiba di hadapan semua media, berdiri di sebalik rostrum.

"Annyeonghaseyo, saya CEO YoungOne Mall in Seoul, Park Jinyoung-imnida" kata Jinyoung lalu dia tunduk hormat sedikit, ketika itu banyak bunyi flash camera memenuhi ruang dewan itu. Jinyoung kembali tegak, memandang semua pihak media, pihak syarikat keluarganya sendiri dan pihak syarikat yang melabur di syarikatnya.

"Seperti yang semua dah sedia maklum, saya baru sahaja ditahan polis dua hari lalu kerana dituduh atas perbuatan cubaan merogol seorang wanita" kata Jinyoung, lalu di skrin putih sebelah tempat dia berdiri mula menyala, dan kelihatan rakaman cctv yang berada di hadapan garaj itu terpampang. Semua mula berbisik-bisik.

"Kalau anda lihat dalam cctv ini, anda akan percaya laporan yang diterima daripada mangsa. Mangsa iaitu wanita tersebut bernama Lee Yeonsoo, telah melaporkan bahawa saya memanggilnya masuk ke dalam garaj, dan saya yang cuba menyentuhnya sehingga bajunya terkoyak, seperti yang anda lihat dalam rakaman ini" sambung Jinyoung lagi.

"Tuan, puan, cuba perhatikan saya dalam rakaman ini" Jinyoung tunjuk ke arah skrin. Rakaman tersebut menunjukkan Yeonsoo berlari keluar dengan bajunya yang terkoyak, tidak lama selepas itu Jinyoung pula keluar dan melihat ke arah yang Yeonsoo larikan diri tadi. Rakaman berhenti di situ, lalu rakaman di-zoom sehingga ke wajah Jinyoung.

"Anda nampak? Saya sedang memakai sepasang kaca mata walaupun saya tidak ada masalah rabun. Persoalannya, kenapa?" tanya Jinyoung lagi. Ketika itu, Yugyeom masuk dan terus menuju ke arah Jinyoung, sambil dia menatang sebuah dulang segi empat yang di atasnya terdapat kaca mata tersebut.

"Saya tak suka diekori jika saya sedang ambil cuti, walaupun dengan pengawal peribadi. Tetapi saya tahu saya akan sentiasa berada dalam risiko untuk dituduh oleh kerana saya ada nama besar yang saya perlu jaga" kata Jinyoung sambil dia mencapai kaca mata yang dibawa Yugyeom. Yugyeom mengundur diri, manakala Jinyoung pakai kaca mata tersebut di wajahnya sebelum kembali memandang semua orang.

"Jadi, daripada saya diekori oleh pengawal peribadi, lebih baik saya jaga diri saya sendiri. Dan untuk memastikan perkara tu, saya buat keputusan untuk..."

Skrin putih bertukar rakaman.

"...rakam segala apa yang saya lihat"

Semua orang di dewan terkejut apabila wajah mereka terpampang di skrin, bermakna mereka pasti kaca mata yang Jinyoung sedang pakai itu mempunyai kamera. Mereka mula berbisik sesama sendiri, keadaan di dewan menjadi sedikit heboh. Jinyoung menjadi semakin yakin sekarang.

"Tuan, puan, mungkin laporan yang diberikan oleh Lee Yeonsoo boleh dipercayai dengan rakaman cctv. Tetapi dia tidak boleh nak berbuat apa-apa dengan rakaman pada kaca mata saya" sambung Jinyoung lagi, kali ini skrin bertukar menjadi rakaman sewaktu kejadian.

Dalam rakaman tersebut kelihatan Jinyoung memandang tangannya yang membuka pintu, kemudian menoleh memandang luar garaj dan kelihatan Yeonsoo berhenti di hadapan garajnya.

"Sajang-nim" kedengaran suara Yeonsoo yang tidak berapa jelas dan Yeonsoo tersenyum sinis. Tiada jawapan daripada Jinyoung sebaliknya Jinyoung kembali memandang pintu keretanya. Pintu ditutup lalu rakaman kelihatan bergoyang kerana Jinyoung bergerak ke but kereta. But kereta dibuka dan kelihatan tangan Jinyoung meletakkan begnya di dalam but. Ketika itu kedengaran suara Yeonsoo lebih jelas.

"Park Jinyoung, kau nak aku bagi false accuse?" kamera bergerak bermakna Jinyoung menoleh, dan kelihatan Yeonsoo di sebelahnya sedang memeluk tubuh.

"Cakap apa ni?" kedengaran suara dingin Jinyoung. Yeonsoo tersenyum sinis sebelum tiba-tiba dia mengoyakkan baju dan skirtnya sendiri, lalu menjerit dan berlari keluar daripada garaj tersebut.

Semua dalam dewan menjadi semakin bising selepas melihat rakaman tersebut, dan Jinyoung berasa lega ketika itu kerana kaca matanya dapat rakam semua perkara yang berlaku. Dia kembali memandang semua pihak di hadapannya.

"Lee Yeonsoo yang mengoyakkan baju dia sendiri, dan berpura-pura kononnya saya yang cuba menyentuh dia, oleh kerana dia tahu dalam garaj tersebut tiada saksi dan tiada cctv. Rakaman dari kaca mata saya ni dah membuktikan, yang saya tidak bersalah" kata Jinyoung, lalu cahaya flash dari kamera mula memenuhi ruangan dewan itu sekali lagi.

Dalam segala kekecohan itu, Jinyoung pandang ke belakang sekali dewan, dan kelihatan Jackson duduk di situ dengan komputer ribanya. Jackson turut membalas pandangan Jinyoung, lalu dia tersenyum dan memberi isyarat thumb up di udara. Jinyoung tersenyum kecil.

To Be Cont.

[C] Sweet Revenge | Got7 JinSon Malay FanficWhere stories live. Discover now