"Kookie....?"
Jungkook pov
Aku melihat ke arah suara itu.Tangan Jimin hyung aku genggam dengan perlahan2.Sangat terkejut apabila melihat Jimin hyung yang telah sedarkan diri.
"Hyung..."Aku menangis lalu aku membuka pam pernafasan Jimin yang telah diletakkan di mulut dan hidungnya.
Aku memeluk Jimin hyung dengan erat.Terlalu rindu dengan orang yang aku sayang."Hyung..!Hyung...!"Aku menagis sambil menyebut 'hyung' di bahunya.
"Kookie....hyung rindukan Kookie.."Jimin hyung juga menangis di dakapan aku.Aku gembira selepas mendengar suara Jimin hyung.
------
"Tahniah En.Jeon!En.Jimin dah sedar dan dia boleh discharge esok pagi."Doktor yang telah merawat Jimin itu menyalam tangan aku.
"Kamsahamnida doktor sebab dah merawat kawan saya!"Aku gembira.Sangat berbangga dengan doktor dan nurse yang telah merawat Jimin hyung.Aku juga ingin berterima kasih kepada tuhan kerana masih memberi kekuatan kepada Jimin hyung.
-------
"Kookie,bila hyung boleh balik ni?Hyung dah kemaskan barang hyung!"Jimin hyung terlalu happy nak balik ke rumahnya plus dengan bibir muncungnya itu.Comel sangat!
"Alololo!!Sabarlah!!Comel betul hyung Kookie ni bila dah pounting!."Aku memicit pipi Jimin yang gebu itu.Kelihatan juga pipinya menjadi merah selepas aku berkata perkataan 'Comel' kepadanya.
Jimin hyung memukul dada aku."Auch!!Waeyo?!"Kali ni aku pula yang memuncungkan bibir tanda sedih sedikit."Janganlah cakap ayat2 macam tu!Malulah!"Jimin hyung memuncungkan bibirnya.
"Tak boleh ke?Kookie rindu sangat kat hyung!Dah lama Kookie tak bergurau dengan hyung!"Mestilah aku rindu sangat kat hyung comel aku ni!!!
End pov
----------
"Rumah aku...aku rindu rumah ni..."Jimin berkata sambil tangannya diletakkan di dadanya.
"Hyung,mulai hari ini,Kookie akan jaga hyung!Tapi untuk 1 bulan nilah.Itupun sebab mak cik dan pak cik hyung pergi oustation."Dengan bangga Jungkook berkata macam tu.
"Reti ke nak jaga manusia?Kalau haiwan hyung pasti Kookie boleh jaga...sampai haiwan tu meninggal!🤣🤣"Jimin ketawa terbahak2 selepas mengingati semula kisah Jungkook menjaga haiwan..
Sebab sebelum ni dia pernah jaga kucing Jin hyung.Baru jer 1 hari Jungkook jaga kucing tu,dah mati hari seterusnya.Entahlah apa yang dibuat oleh Jungkook sampai jadi camtu.
"Hyung jahat!!Tak nak kawan hyung!!"Jungkook marah dan dia terus keluar dari rumah itu dan meninggalkan Jimin berseorangan di dalam.
Belum sempat Jungkook nak masuk ke dalam kereta,Jimin dah tarik tangannya dengan kuat."Kookie,hyung main2 jerlah tu!!"Jimin cuba tenangkan emosi Jungkook.Jimin masih di berdiri dibelakang Jungkook.Jungkook langsung tidak menghadapkan mukanya ke arah Jimin.
"Kookie,hyung minta maaf.Pandanglah muka hyung!"Jimin cuba meminta maaf banyak kali.Tetapi Jungkook masih mendiamkan dirinya.
"Kookie!!Pandanglah sini!"Jimin tak puas hati lalu dia pergi ke hadapan Jungkook lalu dia terkejut melihat Jungkook yang sedang menundukkan kepalanya.
"Kookie.."Jimin menaikkan muka Jungkook sedikit dan terpamparlah muka Jungkook yang sedang mengalirkan air mata.
"Kookie,hyung minta maaf.Hyung bergurau jer.Kookie,kenapa Kookie menangis ni?Kookie marahkan hyung ke?"Jimin menjadi semakin risau.Baru gurauan,dah terasa sangat.
Jimin menyentuh pipi Jungkook lalu mengelap air mata Jungkook."Kookie
beritahulah hyung...kenapa ni?"Jimin masih bertanya."Kookie..."Terkeluar juga suara Jungkook."Kookie..cuma ridukan...hyung.Kookie rindu gelakan hyung.Kookie rindu gurauan hyung.Kookie rindu senyuman hyung.Kookie rindu semua tentang hyung.."Jungkook hanya menangis.
Hanya menunggu jawapan Jimin."Hyung juga rindukan Kookie."Jimin terus menarik Kookie ke dakapannya.Jungkook hanya menangis dengan kuat di bahunya.
"Macam budak kecil lah Kookie ni!"Jimin ketawa kecil.Dia juga merindui BFF nya yang comel itu.
______________
Kali ni panjang pula part ni.Vote and follow💜✔