Ingat, Dosa telah memisahkan manusia dari hadirat Tuhan. Akibatnya setiap orang yang berdosa telah terpisah dari hadirat Tuhan dan tidak layak masuk ke dalam hadiratNya. Persekutuan dengan Tuhan telah terputus. Jalinan kasih antara manusia dan Tuhan telah hilang. Namun Tuhan tetap setia mengasihi manusia. Sayangnya manusia tidak lagi bisa mengasihi Tuhan dengan benar. Manusia telah kehilangan kemuliaan yang pernah diberikan Tuhan sejak penciptaannya.
Akan tetapi puji Tuhan! Allah telah menyediakan jalan keluarnya iaitu melalui pengorbanan Yesus Kristus. Setiap orang yang percaya kepada Yesus dan menjadikanNya sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadinya layak untuk masuk ke dalam hadiratNya. Kitab Yohanes 3:16 mengatakan demikian; Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.
Demikianlah jalinan kasih itu kembali berputik dan inilah yang dikehendaki oleh Tuhan. Firman Tuhan berkata sesiapa yang mengasihi berasal dari Tuhan dan mengenal Tuhan (1 Yohanes 4:7).
"Saudara-saudaraku yang kekasih, marilah kita saling mengasihi, sebab kasih itu berasal dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah dan mengenal Allah".
Artinya setiap orang yang percaya kepada Yesus Kristus dilahirkan kembali secara roh dan akan dapat mengenal Tuhan. Wow! Oleh kasih karunia Tuhan, kita dapat kembali kepada jalinan kasih mula-mula ini melalui Yesus.
Saudara kita dapat lihat betapa Tuhan rindukan jalinan kasih ini. Mengapa? Kerana perintah yang terutama adalah mengasihi Allah dengan sungguh-sungguh! Lihatlah Firman Tuhan di dalam Matius 22:36-38;"Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama" Perintah Tuhan bagi setiap orang percaya adalah mengasihi Tuhan! Inilah penyembahan yang sejati iaitu oleh kerana kasih, kita menyerahkan seluruh hidup kita untuk memuji dan memuliakan Tuhan. Penyembahan tanpa kasih tidak akan berkenan kepada Tuhan. Kerana setiap orang yang mengasihi, lahir dari Tuhan dan mengenal Tuhan. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Tuhan, sebab Tuhan adalah kasih. (lihat 1 Yohanes 4:8)
"Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih."
Satu contoh yang sangat baik adalah ketika Yesus dicobai oleh Iblis di padang gurun. Bukan sahaja Yesus menyatakan prinsip terpenting ini tetapi Dia juga berani mengaplikasikan prinsip ini dalam hidupNya. Pada waktu itu Iblis menunjukkan kerajaan dunia dan berkata "semua ini akan kuberikan kepadaMu jika Engkau sujud menyembah aku". Iblis menyadari bahawa penyembahan adalah hal terpenting dan paling tinggi. Oleh kerana itu Iblis berusaha untuk menipu manusia untuk menyembah kepadanya. Ia mendambakan penyembahan. Ini kerana Iblis tahu penyembahan adalah hak tertinggi yang dapat diterima oleh siapapun. Namun demikian Yesus berkata "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!". Yesus sedar bahawa yang layak menerima hak tertinggi ini adalah Tuhan sahaja oleh itu ia tidak membiarkan diriNya ditipu oleh Iblis. Yesus sendiri ketika Ia ada di dunia ini, ia menunjukkan teladan dan menyatakan bahawa hanya ada satu yang layak disembah iaiatu Allah.
Saudara, apakah anda sudah memberikan hak tertinggi ini kepada Tuhan? Ingatlah; kita telah diciptakan untuk kesenangan Tuhan, untuk kemuliaan Tuhan, untuk menyembah Tuhan. Ingatlah... jikalau anda tidak memberikan hak ini kepada Tuhan, anda akan memberikan hak ini kepada sesuatu yang lain. Akibatnya... anda akan sangat mudah ditipu oleh Iblis.

KAMU SEDANG MEMBACA
Menjadi Penyembah Sejati
SpirituellesBanyak Orang Kristen tidak mengerti apa itu penyembahan yang sejati. Mereka berpikir bahawa kekristenan hanyalah sebuah ritual agama. Buku ini bertujuan untuk mengevaluasi kasih dan iman kita kepada Tuhan dan mendorong setiap orang Kristen menjadi...