TIGA ILAH ZAMAN INI

30 2 0
                                    

Saya melihat bahawa ada 3 ilah zaman ini yang seringkali menjadi tuan atas hidup beberapa orang Kristen. Saya mengajak anda untuk menyelidiki hati anda. Apakah ada ilah-ilah ini?

A. ILAH KESENANGAN

Orang yang mendua hati kepada ilah kesenangan adalah mereka yang mengutamakan kepuasan diri sendiri dan hanya ingin merasa senang dalam ibadah. Mereka akan ke gereja dengan rajin, akan tetapi hidup mereka setiap hari adalah demi untuk diri sendiri. Orang ini seringkali menjadi orang yang suka mengkritik orang lain dalam ibadah.

B. ILAH HARTA BENDA

Orang yang mendua hati kepada ilah harta benda adalah orang-orang yang rajin beribadah tetapi fokus mereka adalah mendapat berkat dari Tuhan. Akibatnya mereka dikuasai oleh pikiran-pikiran yang jahat. Mari lihat Yakobus 2:2-4. "Sebab, jika ada seorang masuk ke dalam kumpulanmu dengan memakai cincin emas dan pakaian indah dan datang juga seorang miskin ke situ dengan memakai pakaian buruk, dan kamu menghormati orang yang berpakaian indah itu dan berkata kepadanya: "Silakan tuan duduk di tempat yang baik ini!", sedang kepada orang yang miskin itu kamu berkata: "Berdirilah di sana!" atau: "Duduklah di lantai ini dekat tumpuan kakiku!", bukankah kamu telah membuat pembedaan di dalam hatimu dan bertindak sebagai hakim dengan pikiran yang jahat?" Mereka yang memiliki ilah harta benda akan suka menilai orang lain berdasarkan pangkat, harta dan kedudukan. Ini dipanggil memandang muka. Alkitab mengatakan bahawa hal(memandang muka) ini adalah dosa di mata Tuhan. Orang yang menilai seseorang dari segi harta sebenarnya sedang membuat perbedaan di dalam hatinya. Menjadi hakim atas orang itu. "Tetapi, jikalau kamu memandang muka, kamu berbuat dosa, dan oleh hukum itu menjadi nyata, bahwa kamu melakukan pelanggaran." (Yakobus 2:9)

C. ILAH KEDUDUKAN/KESOMBONGAN

Orang yang mendua hati kepada ilah ini adalah mereka yang membiarkan si "aku" masih "duduk" di atas tahta hati mereka. Mereka seringkali melayani untuk mendapatkan pujian atau penghargaan dari orang lain. Mereka beribadah supaya kelihatan lebih baik dari orang lain. Mereka juga seringkali suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Ingatlah bahawa "Keangkuhan merendahkan orang, tetapi orang yang rendah hati, menerima pujian." Amsal 29:23. Bagaimana dengan saudara hari ini? Apakah ada ilah kesenangan, harta atau kedudukan dalam hidupmu? Selama ini tanpa anda sedar anda telah membina mezbah bagi ilah-ilah lain.

Coba saudara selidiki bagaimana anda menghabiskan waktumu, bagaimana anda menggunakan kewanganmu, bagaimana anda menyalurkan tenagamu dan apa yang membuat anda puas? Kalau itu bukan Tuhan maka itulah sebenarnya ilah itu dan anda sedang membangun mezbah bagi dia! Sebagai contoh seorang yang menghabiskan waktunya bekerja terus-menerus untuk mendapatkan wang yang lebih banyak sehingga keputusan-keputusannya berdasarkan kepada kewangan berkemungkinan besar ilah dalam hidupnya adalah harta.

Kerana itu hari ini, RUNTUHKAN MEZBAH-MEZBAH ITU!!

Mari kita lihat seorang pemuda yang telah menjadi pemenang yang luar biasa dalam hidupnya. Namanya Gideon. Dikatakan pada zamannya Gideon, orang Israel menjadi melarat kerana mereka berbalik kepada penyembahan berhala dan Tuhan menyerahkan mereka ke tangan orang Midian. Satu hari Tuhan menampakan diri kepada Gideon dan oleh kerana ketaatan Gideon maka akhirnya dia membawa hanya 300 orang dan Berjaya mengalahkan beratus ribu musuh. Apakah kunci kejayaan Gideon? Dia taat kepada 2 hal yang diperintahkan Tuhan. Mari baca Hakim2 6:25-27. "Pada malam itu juga TUHAN berfirman kepadanya: "Ambillah seekor lembu jantan kepunyaan ayahmu, yakni lembu jantan yang kedua, berumur tujuh tahun, runtuhkanlah mezbah Baal kepunyaan ayahmu dan tebanglah tiang berhala yang di dekatnya. Kemudian dirikanlah mezbah bagi TUHAN, Allahmu, di atas kubu pertahanan ini dengan disusun baik, lalu ambillah lembu jantan yang kedua dan persembahkanlah korban bakaran dengan kayu tiang berhala yang akan kautebang itu." Kemudian Gideon membawa sepuluh orang hambanya dan diperbuatnyalah seperti yang difirmankan TUHAN kepadanya."

Kunci kepada kejayaan Gideon yang sungguh luar biasa yang diceritakan di dalam di KItab Hakim-hakim pasal 7 adalah yang pertama KEMBALI MENDIRIKAN MEZBAH BAGI TUHAN. Mengapa harus membangun mezbah bagi Tuhan? Kerana adalah tidak mungkin manusia itu mengabdi kepada Allah dan berhala pada waktu yang sama. Maka dengan itu harus dibangun kembali mezbah bagi Tuhan. Saudara ibadah yang murni di hadapan Tuhan adalah ketika kita mengutamakan Dia sahaja dalam seluruh aspek hidup kita. Tidak mungkin ibadah kita murni jikalau kita masih menyembah kepada ilah-ilah yang lain. Gideon membuat keputusan untuk mendirikan Mezbah bagi Tuhan yang berarti bahawa, ia hanya mengutamakan Tuhan dan bersandar kepadaNya sahaja dalam hidupnya walau apapun keadaannya pada masa itu.

Kunci yang kedua RUNTUHKAN MEZBAH-MEZBAH BERHALA

Iaitu ambil keputusan untuk memutuskan segala persekutuan atau hubungan dengan ilah-ilah atau berhala itu. Seringkali kita coba untuk beribadah kepada Tuhan tetapi tidak sanggup untuk memutuskan hubungan dengan berhala akhirnya kita sendiri masih diikat oleh berhala tersebut. Hari ini runtuhkan mezbah berhala-berhala tersebut! Taatilah perintah Tuhan untuk kita mengasihi Dia dengan sungguh-sungguh. Orang yang diurapi Tuhan adalah orang yang mempunyai mezbah Tuhan saja dalam hatinya. Jika kita ingin menyaksikan kemuliaan Tuhan, kita harus meruntuhkan mezbah-mezbah lainnya.

Ibadah yang murni harus menjadi gaya hidup setiap kita. Hanya Yesus yang terindah dan tidak mungkin ada yang lain. Tuhan tidak suka dengan orang yang masih mengabdi kepada ilah yang lain. Oleh kerana itu mari kita merubuhkan mezbah penyembahan kepada ilah-ilah yang lain dan menyembah Tuhan dengan sungguh-sungguh. Pada waktu anda melakukan hal-hal ini maka anda akan mengalami kemenangan-kemenangan. 

Menjadi Penyembah SejatiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang