Hari ini, marilah menyelidiki hidup saudara. Apakah saudara sungguh-sungguh mengasihi Tuhan? Pertanyaan ini penting sekali! Kerana tanpa kasih yang sungguh-sungguh ini semua yang pernah saudara kerjakan selama ini mungkin tidak berarti apa-apa. Mengapa saya katakan demikian? Ini kerana di dalam Wahyu 2:4-5 menyatakan bahawa orang yang tidak punya kasih sebenarnya telah jatuh dan harus bertobat.
Namun demikian Aku mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasih yang semula. Sebab itu ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh! Bertobatlah dan lakukanlah lagi apa yang semula engkau lakukan. Jika tidak demikian, Aku akan datang kepadamu dan Aku akan mengambil kaki dianmu dari tempatnya, jikalau engkau tidak bertobat.
Tuhan mahu memulihkan saudara. Tuhan mahu memulihkan penyembahan anda yang telah rusak. Mahukah anda merendahkan hati dan kembali kepada Tuhan? Berita baiknya adalah apapun keadaanmu, betapa dalamnya engkau jatuh Tuhan tetap mengasihimu dan pada waktu engkau datang kepadaNya.. Dia akan memulihkan anda.
Ada seorang perempuan yang telah kedapatan berzinah diperhadapkan kepada Yesus. Menurut peraturan orang Yahudi, perempuan itu melakukan dosa yang sangat besar dan harus dihukum iaitu direjam sampai mati. Perempuan ini tentunya malu, takut dan pasrah. Perempuan ini pasti merasa tidak layak untuk bersemuka dengan siapapun. Lalu kemudian Yesus memberitahu kepada orang-orang yang menuduh dan mendakwa itu bahawa barangsiapa di antara mereka yang tidak berdosa biarlah dia yang pertama merejam perempuan itu. Ternyata tidak ada seorangpun yang melakukanya. Saat Yesus berpaling kepada perempuan itu terlihat tatapan wajahNya yang penuh dengan kasih. Tuhan Yesus berkata kepadaNya "Akupun tidak menghukum engkau. Pergilah, dan jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang." (Yohanes 8:11). Perempuan ini pastilah terpesona dengan kasih karunia yang dinyatakan oleh Tuhan Yesus.
Hari ini, adakah anda merasa bahawa anda telah jatuh dan kehilangan kasih yang mula-mula itu? Jika engkau datang kepada Yesus dan bertobat, Ia adalah setia dan adil. Ia akan mengampuni dosa-dosamu dan menyucikanmu dari segala kesalahanmu. (1 Yohanes 1:9)
"Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan".
Saya ajak saudara untuk berdoa seperti ini: Tuhan Yesus, saya mengakui bahawa saya sudah kehilangan kasih yang mula-mula itu. Selama ini aku berusaha untuk menyenangkan hatiMu dengan melakukan pelayanan-pelayanan tapi saya sedar bahawa saya lakukan semua itu hanya kerana tugas. Motivasi saya untuk melakukan semua itu bukan kerana kasih. Saya mengakui bahawa saya sudah jatuh dan harus bertobat. Ampunilah aku ya Tuhan. Aku mahu dipulihkan hari ini. Di dalam nama Yesus, amen.
KAMU SEDANG MEMBACA
Menjadi Penyembah Sejati
EspiritualBanyak Orang Kristen tidak mengerti apa itu penyembahan yang sejati. Mereka berpikir bahawa kekristenan hanyalah sebuah ritual agama. Buku ini bertujuan untuk mengevaluasi kasih dan iman kita kepada Tuhan dan mendorong setiap orang Kristen menjadi...