Menjadi Penyembah Yang Sejati

16 0 0
                                    

Penyembah Sejati adalah mereka yang mengasihi Tuhan sepenuh hati, mengikuti Dia dengan setia, memiliki kehidupan yang kudus dan pujian yang melimpah-limpah untuk kemuliaan Tuhan. Mahukah anda menjadi PENYEMBAH SEJATI? Saudara, Tuhan bukan sahaja ingin memulihkan anda dari penyembahan yang tidak benar tetapi Dia mahu supaya saudara mengambil keputusan untuk memuliakan Tuhan dalam semua aspek kehidupanmu sehingga saudara bukan lagi penyembah yang biasa-biasa tetapi sesungguhnya saudara akan menjadi Excellent Worshipper!

Ada 4 tanda seorang penyembah sejati yang berkenan kepada Tuhan:

MENGASIHI TUHAN

Penyembah sejati Mengasihi Allah dengan sungguh-sungguh. Mengasihi Tuhan adalah perintah yang terutama. Seorang penyembah sejati hendaklah mengasihi Tuhan dengan sungguh-sungguh. Kasih adalah tanda kita berasal dari Tuhan. Ada sebuah cerita tentang seorang wanita yang menggambarkan kasih yang sangat besar kepada Tuhan. Mari baca Lukas 7:37-38. "Di kota itu ada seorang perempuan yang terkenal sebagai seorang berdosa. Ketika perempuan itu mendengar, bahwa Yesus sedang makan di rumah orang Farisi itu, datanglah ia membawa sebuah buli-buli pualam berisi minyak wangi. Sambil menangis ia pergi berdiri di belakang Yesus dekat kaki-Nya, lalu membasahi kaki-Nya itu dengan air matanya dan menyekanya dengan rambutnya, kemudian ia mencium kaki-Nya dan meminyakinya dengan minyak wangi itu."

Wanita ini meminyaki Yesus dengan minyak wangi yang mahal dan berharga, ia mencium kaki Yesus dan menyekanya dengan rambutnya. Yang menarik untuk diperhatikan adalah Yesus menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh wanita ini adalah perbuatan kasih. Dan, perbuatan kasih ini sangat besar sekali.

Lukas 7:47 mengatakan: "Sebab itu Aku berkata kepadamu: Dosanya yang banyak itu telah diampuni, sebab ia telah banyak berbuat kasih. Tetapi orang yang sedikit diampuni, sedikit juga ia berbuat kasih."

Wanita ini mengasihi Yesus dengan sungguh-sungguh. Apa yang dilakukan oleh wanita ini begitu peribadi, begitu nyata dan begitu 'original'. Apakah saudara rindu mengasihi Tuhan Yesus dengan melimpah-limpah seperti ini? Ada dua bukti kasih yang dapat kita berikan kepada Yesus iaitu Ketaatan dan Penyerahan diri secara total.

A. TAAT

Yohanes 14:15 mengatakan: Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku." Yesus berkata, bukti seseorang itu mengasihi Dia adalah dengan melakukan perintahNya. Taat adalah bukti kasih kita kepada Tuhan. Kita bukan melakukan sesuatu kerana tugas semata-mata akan tetapi Tuhan mahu kita melakukan hal tersebut kerana kita mengasihi Dia. Masih ingat jemaat di Efesus? Tuhan mencela mereka bukan kerana mereka tidak melakukan apa-apa akan tetapi mereka melakukannya tanpa jalinan kasih kepada Tuhan. Jikalau kita mentaati Tuhan maka Tuhan akan menganggap kita sebagai sahabatNya. (Yohanes 15:14). Ertinya Tuhan akan menyatakan isi hatiNya kepada kita. Kita akan mengenalNya dan mengetahui rancanganNya. Oleh kerana itu maka kita dapat menyembahNya dalam level penyembahan yang lebih tinggi.

B. PENYERAHAN DIRI: TOTAL

Ada satu lagi bukti seseorang itu mengasihi Tuhan. Iaitu ia akan rela untuk menyerahkan dirinya kepada Tuhan secara total. Inilah yang Tuhan mahu. Menyerah diri tidak bermaksud bahawa kita hanya serahkan diri dan tidak melakukan apa-apa. Maksud menyerah diri di sini ialah percaya kepada kedaulatan Tuhan dan kehendak Tuhan dalam hidupnya sehingga tindakan kita dikuasai oleh kehendak Tuhan. Jikalau seseorang itu menyerahkan dirinya kepada Tuhan, maka segala sesuatu yang ia lakukan akan dilakukannya sesuai kehendak Tuhan. Ini berarti bahawa apapun yang dilakukannya, tujuannya hanya untuk menyenangkan Tuhan dan memuliakan Tuhan. Gaya hidup seperti inilah yang Paulus nyatakan di dalam Kolose 3:17 dan Roma 12:1 "Dan segala sesuatu yang kamu lakukan dengan perkataan atau perbuatan, lakukanlah semuanya itu dalam nama Tuhan Yesus, sambil mengucap syukur oleh Dia kepada Allah, Bapa kita.(Kolose 3:17) Karena itu, saudara-saudara, demi kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati.(Roma 12:1) Saudara yang dikasihi Tuhan, Excellent Worshipper adalah seorang yang mengasihi Tuhan dengan sungguh-sungguh. Ia bukan sekadar pernyataan-pernyataan biasa tetapi dengan tindakan iaitu ketaatan dan penyerahan diri.

Menjadi Penyembah SejatiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang