1

1.2K 69 3
                                    

TAJUK : NUMB (MATI RASA)
PENULIS : NAZIRA RAFFIE
CHAP 1

BASED ON TRUE STORY

Hari isnin adalah hari yang paling membahagiakan bagi si Bianca atau lebih di kenali dengan nama Bibi. Paling dia suka dapat keluar dari tu rumah jahanam dan pergi sekolah. Balik dari sekolah dia terus pigi mandi sungai sampailah lewat petang yang mau dekat sudah malam baru dia balik.

Macam biasa dia bangun, mama dia di dapur sudah sibuk bikin sarapan. Bapa dia awal lagi sudah keluar pigi putung gatah belum pulang. Si Bibi masuk dapur terus cepat-cepat dia sarapan. Malas dia mau tunggu abang dia si Benny.

“Sudah kau kasih bangun si Ben kah?” Tanya si mama.

“Sudah.” Tu saja si Bibi balas. Menipu lagi dia sebab memang malas dia mau kasih bangun si abang dia tu.

“Ma saya jalan dulu..!” Sekejap saja dia makan terus dia berlari keluar dari rumah sebelum si Benny keluar dari bilik. Dia malas mau bersemuka sama abang dia tu.

Sudah dia di luar rumah dia dengar suara mama dia teriak marah-marah dia sebab tidak tunggu abang dia. Tapi apa dia peduli. Masa tu umur dia baru juga 11 tahun. Si Benny tingkatan 4 sudah.

Biar pun si Benny sudah besar dan boleh di harap oleh mama bapa untuk jaga si Bibi, bagi si Bibi si Bennylah orang yang paling dia nda boleh percaya langsung.

Dia berlari laju sampai dia rasa jauh sudah dari rumah barulah dia berhenti dan berjalan. Kalau rumah kampung ni biasalah jauh dari sekolah tapi tidaklah yang jauh betul sampai mau limpas sungai sekolah si Bibi ni. Lebih kuranglah 15 minit berjalan kaki.

Bila dia nampak sudah pagar sekolah terus dia senyum. Memang hari bersekolahlah hari yang paling dia tunggu-tunggu. Paling dia benci adalah hari cuti sekolah.

“Selamat pagi cikgu!” Tegur si Bibi sama guru-guru yang dia jumpa setiap pagi.

Memang dia terkenal dengan gaya yang ceria dan peramah. Dia ramai kawan dan selalulah ada cikgu yang memang suka sama perangai dia tambahan lagi dia dari kelas terbaik dan merupakan pelajar cemerlang. Jadi tidak hairanlah kan.

Dia masuk kelas dan hari persekolahan bermula sampailah tamat waktu sekolah. Dia mulai sudah susah hati.

“Bi, kita mandi sungai lagi jom!” Ajak si Ima. Bah! Apa lagi kambanglah si Bibi kena ajak mandi sungai. Nda dia peduli selalu kena marah sama mama bapa dia.

Pigilah sungai dia ni sama si Ima dan beberapa lagi kawan lainlah. Bermandi manda diorang. Tidak ingat lapar dan penat. Sampailah mau lewat petang sudah.

“Marilah kita balik. Esok lagi kita datang sini..” Bilang si Ima. Punya sedih tu perasaan si Bibi. Dia memang malas mau pulang tapi di sebabkan yang lain mau pulang paksa juga dia pulanglah.

Sampai saja rumah dia terus pigi bilik mandi di belakang rumah. Tau lah kalau rumah kampung ni kan. Tempat mandi, birak semua di luar rumah.

Masa tu sudah hampir senja. Dia ampai beg sekolah di atas tangga terus dia masuk dalam bilik mandi. Baju sekolah dia, dia rendam dulu. Dia tari tu kain sarung yang memang ada di dalam bilik mandi terus dia salin sama baju dia yang basah sebab mandi sungai tadi.

Sebelum dia mandi, dia mesti naik atas ambil tuala sama kain sarung bersih dulu. Tapi dia berfikir-fikir lagi mau naik atas. Macam ragu-ragu dia mau naik.

“Ma...Oh ma...” Dia panggil mama dia. Tapi tiada jawapan. Aduh... mula sudah dia garu kepala.

Mahu nda mahu terpaksa juga dia naik. Kalau dia sudah mandi lagi teruk tiada tuala atau kain kering untuk  dia salin.

Dia angkat beg sekolah dia yang dia ampai di tangga tadi terus dia naik atas perlahan-lahan. Dia tolak pintu dapur, sunyi saja. Memang tiada orang. Kali mama sama bapa dia jalan.

Jadi dia masuk dari dapur mau ke bilik dia yang terletak ngam-ngam sebelah pintu dapur kayu tu. Berdebar-cebar jantung dia takut kalau ada si Benny.

Masuk saja dalam bilik cepat-cepat dia tarik tuala. Sekali dia mau buka pintu keluar balik kena tolak tu pintu bilik dia.

“Dari mana kau?” Si Benny tiba-tiba muncul. Pucat sudah muka si Bibi tengok muka si Benny.

“Saya dari sungai.” Bilang Bibi tapi gugup dia.

Si Benny masuk saja dalam bilik terus dia hampas tu pintu bilik Bibi. Dia kunci lagi. Bergegar sudah badan si Bibi.

Perlahan si Benny usap lengan si Bibi yang terdedah dengan senyuman jijik dia tu. Betul-betul muka saitan.

“Saya mau mandi!” Bibi cuba tolak badan si Benny.

“Napa kau ni Bie? Selalu sudah kau mengelah dari saya. Urang mau manja-manja saja bah..” Bilang si Benny. Ayat yang selalu dia cakap tu buat si Bibi rasa muak dan benci.

“Ben. Saya mau mandi. Nanti mama sama bapa balik. Kau ni..” Terus Bibi tolak lagi. Selalunya bila si Bibi sudah start cakap macam tu, mesti si Benny akan berundur dan nda akan paksa.

Tapi kali ni macam lain macam si Benny. Makin si Bibi marah dan elak, makin lagi si Benny memaksa keras. Dia tolak badan si Bibi yang agak gempal tu ke tilam. Bergegar tu bilik (kan rumah kayu).

“Benny bah!” Mula sudah si Bibi rasa takut. Berguguran sudah air mata dia.

Si Benny buka baju dan seluar di depan si Bibi buat si Bibi lagi tambah takut.

“Benny!!” Jerit si Bibi. Pak! Pak! Bugh! Bugh!  Si Benny tampar tumbuk adik dia. Tiadalah rasa kesian dia sama darah daging dia bah.

Si Bibi terdiam kesakitan. Kena tarik tu kain sarung dia. Bibi tutup muka dia sama tangan. Berbogel sudah dia kerja si Benny setan.

Tidak lagi si Benny pandang muka dia macam adik kandung. Dia lakukan hubungan terkutuk tu sepuas hati dia walaupun air mata Bibi tidak henti mengalir.

10 april 2000. Tarikh yang dia nda akan lupakan sampai bila-bila. Tarikh itulah bermulanya kemusnahan hidup Bianca @ Bibi.

Selepas kejadian tu, dia makin benci sama Benny. Apa saja hal yang berkaitan Benny dia benci dan dendam. Sebelum itu Benny sudah sering ganggu dia dari segi emosi dan mental. Selalu Benny cuba sentuh dan berjaya di tepis oleh Bibi. Malangnya pada tarikh tersebut Bibi akhirnya jadi mangsa rogol abang kandung sendiri.

Kebencian dia pada Benny sampai ke akar hatinya. Benny bukan lagi abang bagi dia. Tapi Benny hanyalah manusia yang bertopengkan saitan jahanam.

Sentuhan itu bukanlah sentuhan yang terakhir. Tapi itulah sentuhan permulaan dari Benny yang tiada hentinya sehingga umur Bibi berganjak 16 tahun.

Dari mula dia elak dan benci sehinggalah menjadi satu kebiasaan bagi dirinya. Malah setiap kali Benny tidak ada, dia mula rindu dan rasa tercari.

Di sebabkan sentuhan itu dia jadi jauh dari agamanya. Dia hanyut dan sesat dalam lautan yang sangat asing. Jiwanya memberontak tetapi langsung tidak menjejaskan pelajarannya. Dia masih tetap pelajar cemerlang.

Bersambung.....

ini adalah satu lagi kisah benar yang baru saja saya siap susun. Saya harap pembaca dapat ambil pengajaran dalam cerita ini sama seperti cerita HURT.

Numb (mati rasa)Where stories live. Discover now