3

709 51 1
                                    

TAJUK : NUMB (MATI RASA)
PENULIS : NAZIRA RAFFIE
CHAP 3

BASED ON TRUE STORY

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Tahun 2006, dia bakal menduduki SPM.

Hubungan diorang bukan lagi satu rahsia di sekolah. Kelakuan berani Bibi semakin menjadi-jadi.

Sudah tidak ada rasa malu dan takut pada guru-guru biarpun nama dia selalu naik di bilik guru disiplin. Ianya sudah menjadi satu perkara biasa untuk dia. Dia sudah tidak kesah lagi dengan apa yang terjadi.

Bapa dan mama sudah berapa kali di panggil menghadap guru disiplin kerana masalah dia saja.

“Kau saja bah tinggal anak kami ni Bi. Kenapa juga kau berperangai begini?!” Marah mama setiap kali dia buat masalah di sekolah.

Bibi hanya tulikan telinga mendengar bebelan mama. Bapa sudah malas mau marah. Dia hanya diam dan selalunya bapa hanya akan suruh mama saja yang datang ke sekolah.

Dalam pada masa itu, Ijam selalu juga nasihatkan dia setiap kali jumpa. Cuma dia saja yang tidak mau dengar.

Spm sudah makin dekat. Dia masih belum buat apa-apa persediaan. Dia lupa janji dia sama Ijam. Dia lupa apa yang Ijam minta dari dia. Ijam sambung belajar di kolej swasta memandangkan belum ada rezeki dia dapat kerja kerajaan.

Makin lama Bibi mulai bosan. Ijam makin susah di ajak berdating sebab jauh sudah si Ijam di kk. Dia pula di kampung. Kalau jumpa pun sebulan sekali saja. Masa tu lah dia mula rapat sama Jimmy.

Jimmy adalah pelajar tingkatan 5 yang duduk di kelas sebelah kelas Bibi. Dia juga terkenal dengan kenakalannya.

Bukannya Jimmy tidak tau pasal hubungan Bibi sama Ijam. Dia tahu tapi bila dia selalu nampak Bibi sendirian, dia mulai cari peluang dekat dengan Bibi.

Di sebabkan rasa bosan dan sunyi. Dia buka ruang untuk Jimmy lebih dekat dengan dia. Jimmy berasal dari keluarga yang porak peranda. Jadi dia agak mahir bermain dengan perasaan gadis itu. Dia seolah faham dan tahu apa yang Bibi inginkan.

Perlahan-lahan dia gantikan tempat Ijam. Mereka banyak habiskan masa bersama tidak kira di sekolah mau pun luar sekolah.

Hubungan rapat diorang ni sampai juga ke telinga Ijam melalui beberapa kenalan yang tahu hubungan dia dengan Ijam. Tapi nampaknya Ijam tidak juga ambil apa-apa tindakkan sampailah satu hari, Bibi jumpa Ijam. Itu pun Ijam yang ajak berjumpa di pekan.

“Break? Kenapa mau break?” Bibi terkejut bila Ijam bawa putus.

“Aku mau fokus sama study. Lagi pun kau macam okay ja sama si Jimmy kan. Nda apa bah tu Bi. Aku faham jua tu. Kau teruskan sajalah sama si Jimmy. Kita dua boleh ja bah jadi kawan..” Bilang Ijam.

“Kawan? Kau mau kita jadi kawan? Mana sudah janji kau dulu tu? Kau cakap apa sama saya? Kau ada jumpa sumandak baru sudah di kolej?” Bibi jadi marah dan nda dapat terima apa yang Ijam cakap.

“Kau saja yang tau pasal saya ni Jam. Saya anggap kau saja yang paling faham saya. Tapi kenapa kau pun pilih mau kasih tinggal saya?” Sedih betul si Bibi.

“Bi, tiada pun terniat di hati aku mau ungkit pasal apa yang sudah jadi sama kau. Janganlah kau risau, tu rahsia aku pegang sampai aku mati. Anggap saja aku nda tau apa-apa pasal kau. Aku pun ada adik perempuan bah, nda kan aku mau kasih buka aib kau. Tapi pasal hubungan kita, kita jadi kawan sajalah Bi. Janji aku sama kau dulu, aku minta maaf sebab nda dapat kasih tunai.” Itulah kata-kata terakhir di Ijam.

Dia kasih tinggal saja si Bibi di bustop. Nda lagi dia hantar si Bibi pulang. Terduduk sendiri si Bibi di sana. Berfikir dia mana salah dia? Apa yang sudah dia buat sampai si Ijam kasih break dia. Adakah sebab dia rapat sama si Jimmy? Tapi dia anggap si Jimmy tu kawan saja pun.

Sejak putus sama si Ijam, dia  jadi paranoid. Dia rasa sejak diorang putus, semua orang pandang dia lain macam. Dia rasa Ijam sudah kasih bungkar pasal dia kena rogol oleh abang sendiri. Dia jadi malas mau pigi sekolah padahal SPM hanya tinggal seminggu lagi.

Puas mama sama bapa dia marah tetap juga dia nda mau pigi. Sampailah guru kelas dia sendiri datang rumah jumpa dia dan bagi nasihat.

Fikiran dia masa tu kosong betul. Dia tidak tahu apa yang patut dia buat. Dia jadi keliru mau fikir arah masa depan dia sendiri. Dan akhirnya dia tidak ambil SPM. Biar mama dia kompang-kompang depan pintu bilik dia, tetap dia tidak pigi.

Masa minggu SPM dia sudah start keluar malam. Curi-curi dia keluar dari rumah tanpa pengetahuan mama dan bapa. Dia jumpa Jimmy.

Puas si Jimmy tanya kenapa dia nda pigi sekolah ambil SPM. Alasan dia malas. Bukan mati pun kalau nda ambil SPM!

Jimmy bawa dia balik rumah. Di rumah si Jimmylah dia mula belajar minum tapai. Pada awalnya dia muak tapi Jimmy cakap itu hanya permulaan saja.

Kelakuan dia begitu sampailah tamat minggu SPM. Mama dan bapa pun macam putus asa sudah sama dia. Makin di marah makin jadi-jadi.

Awal tahun 2007

Dia bagi  tau mama sama bapa yang dia mau kerja di kk ikut kawan. Dia satu-satunya anak perempuan diorang. Mana mungkin diorang benarkan dia pigi. Berabis diorang nasihat dan tahan dia tapi tetap juga dia mau pigi.

Dengan rasa berat hati, diorang benarkan dia pigi. Dia bagi alasan yang dia ikut kawan perempuan tapi sebenarnya dia pigi sama Jimmy. Dia tidak tahu keputusan yang dia ambil ni akan buat hidup dia lagi teruk jahanam.

Jimmy tidak perlulah minta kebenaran dari sesiapa. Bapa dia taik judi dan jarang balik rumah. Mama dia sibuk jual tapai sama tuak. Langsung tiada yang mau peduli sama dia.

Sama-sama diorang pigi kk mau cari kerja. Di kk, diorang jumpa Nico iaitu kawan Jimmy dan Nico lah yang tolong diorang cari bilik sewa. Soal duit bukan masalah untuk Jimmy masa tu sebab dia ada duit hasil jual tapai di kampung.

Biar pun dalam pelajaran dia bodoh, tapi soal mengatur duit masa tu dia masih ada akal juga. Diorang sewa bilik rm200 di Donggongon dan Nico bawa Jimmy kerja di restoran tempat dia kerja.

Jimmy bermula sebagai tukang cuci piring saja. Nico pula tukang masak di restoran cina tu. Gaji dia masa tu rm700. Cukuplah untuk cover sewa bilik dan belanja makan semua.

Bila Bibi nampak Jimmy kerja, dia pun tidak juga senang hati mau duduk saja dalam bilik. Terfikir juga dia mau cari kerja sebab itu alasan utama dia mau pigi bandar.

Dia dapat kerja di sebuah salon area Donggongon sebagai shampoo girl. Kerja pertama dia dan pendapatan dia agak lumayan berbanding Jimmy.

Hubungan dia sama Jimmy? Diorang bukan bercinta tetapi diorang sangat rapat. Macam teman tapi mesra. Tinggal sebilik macam pasangan tapi bukan pasangan. Berkongsi bantal tetapi bukan suami isteri.

Di sanalah dia mula belajar cara hidup. Bila duit sudah banyak di tangan, dia lupa mama dan bapa di kampung. Mungkin masa tu jalan balik kampung pun dia lupa sudah padahal dia sudah janji mau balik kalau cuti. Kasian mama dan bapa menunggu saja di kampung...

Bersambung...

Numb (mati rasa)Where stories live. Discover now