10

499 35 4
                                    

TAJUK : NUMB (MATI RASA)
PENULIS : NAZIRA RAFFIE
CHAP 10

(BASED ON TRUE STORY)

Lepas kejadian malam tu, si Bibi mula belajar untuk tidak mudah percaya cakap orang. Dia mesti percayakan Nico sebab Nico laki dia.

Sikit lagi durang porak peranda hanya kerana mulut si Jimmy. Nasib juga Nico berani tunjukkan hal yang sebenar.

Tapi selepas berdepan sama bini si Jimmy tu, ada perasaan rendah hati dan segan sendiri si Bibi. Bila dia bandingkan diri dia sama Jenny memang langit dengan bumi lah.

Dia tiada kaki mau lawan si Jenny tu. Jadi baru dia faham kenapa Jimmy pilih untuk tinggalkan dia walaupun dia mengandungkan darah daging si Jimmy masa tu.

Langsung tiada belas kasihan si Jimmy bila tengok muka si Brandon. Ada juga manusia kejam macam Jimmy. Sanggup tidak akun darah daging sendiri!

Nasib baik Nico tidak sama macam Jimmy. Nico berjaya gantikan tempat Jimmy di hati dia dan juga gantikan tempat Jimmy untuk Brandon.

Apa yang dia kesalkan adalah sikap dan layanan Jimmy pada Brandon. Betul-betul terpukul hati dia. Kasihan Brandon.. Bapa sendiri tidak akun anak!

Suatu hari tu Jenny muncul di salon tempat dia kerja. Selama dia kerja di sana belum pernah lagi Jenny datang.

Jenny duduk dan minta di cucikan rambut. Kebetulan masa tu cuma ada dia saja di sana. Yang lain keluar makan termasuk boss. Brandon pula ikut si boss keluar makan.

Walaupun rasa janggal, dia layan juga si Jenny macam cust lain. Dia sentuh kepala si Jenny yang dia rasa mau kasih gunut saja sebab si Jenny rampas si Jimmy dari dia dulu.

Tapi dia kawal perasaan dia. Untuk apa dia buat begitu sedangkan dia sudah ada Nico yang betul-betul sayang dia.

“Mana anak kau?” Tanya Jenny. Dia macam mau mulakan perbualan.

“Keluar pigi makan sama boss saya..” Jawab Bibi.

“Oh. Besar sudah anak kau kan. Tapi kau sama si Nico bukan baru kawin kah?” Tanya si Jenny lagi.

Tersentak si Bibi. Mau saja dia jawab, itu memang bukan anak Nico. Itu anak Jimmy! Tapi untuk apa? Lepas dia cakap apa yang akan jadi? Tiada apa-apa yang akan jadi. Mungkin cuma akan ada pergaduhan saja nanti.

“Iya..”

“Nico bilang itu anak kamu dua. Jadi kamu ada anak sebelum kawinlah?” Tanya lagi si Jenny ni.

Bibi angguk. Bersyukur masih ada orang yang mahu akun Brandon tu anak walaupun bapa kandung tidak akun.

“Sorry ah banyak tanya bah saya...” Terus Jenny senyum. Mungkin dia perasan muka si Bibi macam yang tidak senang hati sudah.

“Tidak apa ba tu...” Jawab si Bibi sambil menahan hati.

“Dulu si Jimmy tinggal sama kamu juga menyewakan..” Jenny sambung lagi bercakap. Macam nda pandai diam.

“Iya.”

“Mana sudah tu perempuan yang selalu minta duit dia tu? Masih tinggal sanakah?” Tanya si Jenny.

Sekali lagi si Bibi tersentak sampai tangan dia terhenti. Dia pandang muka si Jenny.

“Maksud kau? Perempuan mana satu ah?” Tanya si Bibi dengan muka berkerut.

“Ada dulu tu sebelum si Jimmy kawin sama saya. Selalu dia pinjam saya duit, dia bilang ada kawan perempuan satu kampung kamu yang datang sama-sama pigi sini tapi tiada kerja. Selalu minta duit si Jimmy. Saya faham jugalah kamu semua datang dari kampung yang sama jadi memang saling menjaga. Tapi macam terlampau betul bah tu perempuan minta duit sama Jimmy. Sama kau pun dia pernah mintakah?” Tanya Jenny lagi.

“Perempuan mana satu ah?” masih si Bibi nda faham. Perempuan mana lagi yang dia maksudkan ni?

“Saya nda tau apa nama tu perempuan. Tapi bilang Jimmy selalu ikut-ikut lelaki macam pelacur.. satu kampung juga.. nda kan kau nda kenal?” Si Jenny pula berkerut dahi.

Si Bibi diam. Dia baru tersedar perempuan yang Jimmy maksudkan tu adalah dia. Makin lemah tu tangan dia mengurut kepala si Jenny. Sakit hati dia dengan apa yang dia dengar tu.

Belum sempat diorang sambung, balik sudah si boss sama pekerja lain. Cepat-cepat si Bibi kasih siap rambut si Jenny.

Ada lagi di Jenny bawa dia bercerita. Kunun pasal perkahwinan dia sama si Jimmylah.

“Nasib baiklah si Jimmy terkawin saya. Kalau nda sampai mati dia kena kasih buduh oleh tu perempuan..” Bilang Jenny. Inilah kata-kata Jenny yang langsung dia nda dapat lupakan.

Petang tu balik kerja, dia terus baring di katil. Sakit hati dan kusut fikiran lepas dia dengan apa yang si Jenny kasih tau dia. Ikutkan hati mahu saja dia pigi cari si Jimmy. Mau saja dia kasih mati si Jimmy. Begitu hina sekali diri dia di mata si Jimmy?

Satu per satu muncul dalam fikiran dia. Dari muka si Ben sampailah muka si Jimmy yang bikin jahanam lagi hidup dia. Di mana bah maruah dia? Berapa harga diri dia yang diorang nilai?

Perasaan dia bercampur aduk sampailah dia rasa sesak nafas. Dia tercari-cari nafas ketika otak dia nda dapat berfikir dengan waras. Jantung rasa di tikam-tikam.

“Kenapa ini yang saya dapat?! Kenapa Tuhan bagi saya kehidupan ini kalau saya cuma hidup dalam kehinaan saja?” teriakkan dari dalam hati dia.

Masa tu juga si Brandon merengek minta makan. Fikiran dia sudah nda ketentuan. Rengekkan Brandon membuatkan dia semakin hilang akal.

Ringan tangan dia tarik rambut Brandon terus tulak si Brandon pigi sofa. Tiba-tiba badan dia kena tarik dan dia terumban pigi dekat pintu bilik.

“Kenapa kau ni?!” Marah Nico.

Syukur Nico muncul saat yang tepat sebelum dia sempat buat apa-apa sama Brandon.

“Kau diam! Saya bunuh ni anak kau!” Teriak si Bibi yang macam orang nda betul sudah.

Dia terus masuk bilik dna hempas pintu!

Brandon sudah okay. Apa yang tidak okay ialah bayi dalam kandungan Bibi.

“Sayang?! Sayang!” Nico teriak kuat suruh dia buka pintu.

“Jangan gila-gila sana Bibi! Jangan buat bukan-bukan!” Marah Nico sambil tu tangan dia ketuk kerabis tu pintu bilik.

Dalam bilik Bibi duduk atas katil sambil usap perut dia. Air mata deras mengalir hujan lebat.

Pelacur? Dia umpama pelacur di mata si Jimmy? Jadi di mata si Ben dia apa? Di mata mama bapa? Di mana Nico? Di mata lelaki yang pernah kenal dengan dia?

“Sesak dada.. pedih...Ya Tuhan... kenapa ini kehidupan yang kau pilih untuk saya? Saya umpama simbol pelepas nafsu semua lelaki yang saya kenal! Tidak layakkah saya mau dapat kehidupan yang bagus? Sakitnya dada....” Bibi menggenggam jemarinya.

Bersambung....

Numb (mati rasa)Where stories live. Discover now