6

576 40 1
                                    

TAJUK : NUMB (MATI RASA)
PENULIS : NAZIRA RAFFIE
CHAP 6

BASED ON TRUE STORY

Hari lahir Baby Brandon yang pertama. Macam-macam sudah yang si Bibi plan. Dia mau sambut birthday anak dia yang belum pernah dia kasih jumpa sama mama bapa dia di kampung. Malah diorang langsung nda tau pun wujudnya baby Brandon.

Bibi cuma akan call mama bapa di kampung dua minggu sekali. Kadang sebulan sekali. Beberapa kali tu ada juga bapa dia minta kirim duit, dia kirim juga tapi dia langsung tidak balik kampung.  Dia masih belum bersedia sebab dia tidak tahu macam mana penerimaan mama dan bapa.

Malam yang sepatutnya dia sambut birthday Baby Brandon, dia di kejutkan dengan satu kejutan yang langsung dia tidak terfikir tapi rupanya semua orang sudah tahu.

Nico melutut di depan dia dengan sekotak cincin emas. Semua mata memandang dia dan Nico.

“Bi, saya tau saya tidak pernah cakap apa-apa sama kau. Saya takut kau mungkin akan tolak atau benci saya. Tapi saya ambil risiko ni, depan semua orang yang ada, sudikah kau jadi bini saya? Kau mau kah kawin sama saya?” Inilah ayat di Nico masa tu.

Langsung tidak terjawab si Bibi. Bercucuran air mata dia menjawab lamaran si Nico yang langsung tidak dia sangka-sangkakan. Dia fikirkan dia cuma bertepuk sebelah tangan selama ni. Rupanya Nico ada rasa yang sama.

Nico keluarkan tu cincin terus dia kasih sarung di jari si Bibi. Sebagai seorang perempuan yang pernah terluka, macam mana kamu rasa penerimaan dia masa tu? Yes.. dia ada hati untuk Nico. Dia ada perasaan sayang untuk Nico tapi dalam masa yang sama, dia masih rasa takut lagi. Dia trauma dengan apa yang jadi.

Di sebabkan dia tidak mahu buat Nico malu, dia terima depan orang masa tu. Lagi pun Nico sudah beranikan diri dan banyak dia terhutang budi sama Nico.

Nico berdiri. Depan semua orang juga Nico peluk dia lepas tu kiss dahi dia. Perasaan dia masa tu berbelah bahagi. Dia memang sayangkan Nico. Tapi kesan trauma yang dia rasa masih terkesan lagi.

Lebih kurang jam 11 lebih tu, semua tetamu balik. Tidakjuga ramai dia jemput. Paling-paling kawan kerja sama bos dia saja.

Dia sedang cuci piring di dapur. Nico angkat baby Brandon bawa masuk bilik. Pandai sudah bah si Nico kasih tidur si baby Brandon.

Sedang dia susun tu piring yang sudah dia cuci, dia macam terdengar si Nico bercakap di luar. Aik.. sama siapa si Nico bercakap tu?

Dia lap tangan dia di kain bersih terus dia melangkah keluar. Dia berdiri di depan pintu dapur tu. Si Nico sedang bercall sama seseorang. Bila di si Nico nampak dia terus pelan tu suara si Nico bercakap di talipun. Sampai dia pigi luar pintu.

Nda jugalah si Bibi mau fikir bukan-bukan. Dia terus masuk bilik pigi subuk baby Brandon. Dalam buaian sudah si baby Brandon. Dia tarik sikit tu pintu. Dia masuk balik pigi dapur mau kasih siap kerja mengemas.

Sedang dia mengemas, pinggang dia kena pegang. Si Nico letak dagu atas bahu kanan si Bibi. Dia peluk tubuh si Bibi dengan erat.

“Esok sajalah tu sambung..” Bilang Nico.

“Sikit saja lagi ni. Siapa call?” Tanya Bibi. Saja-saja bah tu dia tanya. Tiada juga maksud apa-apa.

Tapi reaksi si Nico bikin dia curiga. Dia sudah pernah kena dua kali lagi pun dia sangat tahu perangai si Nico. Ada sesuatu yang Nico cuba sembunyikan.

“Kawan bah tu. Dia bawa keluar minum. Malas saya mau pigi...” Bilang Nico.

“Oh. Jadi kenapa tu muka begitu?” Tanya Bibi.

“Kenapa? Tedalah. Bah..sudahlah tu.. masuk lah tidur..” Bilang Nico dan nada dia betul-betul buat Bibi rasa something.

Malas dia mau banyak tanya, dia terus jalan masuk bilik. Nico pun masuk bilik dia sendiri. Dalam rumah sewa durang tu masa memang hanya tinggal diorang saja. Bilik lain sudah kosong dan belum ada penyewa baru.

“Kenapa saya rasa macam lain macam saja si Nico ah? Siapa call dia tadi tu? Hrmm...” Lain-lain tu perasaan dia.

Di sebabkan esok dia kerja, dia paksa saja mata dia tidur dan berhenti fikir yang bukan-bukan. Esok sajalah dia tanya Nico kalau ada apa-apa.

Esoknya macam biasa, Nico hantar dulu dia sama Baby Brandon pigi salon baru Nico pigi kerja.

Seharian berlalu macam tu saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku sampailah tiba waktu petang. Selalunya jam 5 lebih ada sudah si Nico datang ambil dia sama baby Brandon.

Sudah hampir jam 6 masih tiada bayang si Nico. Balik-balik di call nda menjawab. Sms pun nda balas.

Last-last si bos yang hantar dia balik. Sampai saja rumah sewa tu, pintu grill masih berkunci. Nico memang tiada di rumah.  Jadi dia masuk sajalah. Mungkin si Nico ada hal kali.

Dia masuk saja terus dia buat apa yang patut. Dia kasih mandi baby Brandon, dia cuci kain dan masak.

Malam tu dekat jam 10 baru si Nico balik. Balik saja si Nico muka dia macam yang kerisauan betul ni.

“Bie, siau saya nda terambil kamu tadi. Saya pigi jumpa kawan tadi ada hal..” Bilang Nico resah. Dia pigang tangan si Bibi.

“Jadi napa nda call? Saya call nda jawab. Kasihlah bah kalau ada dapat ambil..” Bilan g si Bibi dengan nada kecewa. Sakit hati dia.

“Iya bah. Saya salah...sorry...” Nico tarik bahu dia terus peluk. Dia usap-usap kepala si Bibi.

Apa lagi jadi susu cair lah si Bibi lepas kena pujuk begitu. Terus hilang rasa geram. Hilang tu merajuk dia. Lebar senyuman dia.

“Saya belum makan ni..” Bilang Bibi.

“Ololo..Kesian sayang saya ni. Bah marilah kita makan..sudah masak kan?” Tanya Nico.

“Sudah..”

“Baby sudah makan?” Tanya Nico.

“Sudah tu. Tidur sudah..” Bilang Bibi.

Sikap Nico betul-betul buat dia rasa kena sayang dan di hargai. Biar pun belum ada apa-apa ikatan, terasa sudah macam laki bini.  Memang Nico nda sama macam lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup dia sebelum ni.

Nico satu-satunya yang ada saat dia bertul-betul memerlukan seseorang. Dia masih belum ada kekuatan mau bagi tau mama dan bapa pasal anak dia. Dia takut berhadapan dengan kekecewaan diorang dan rasa malu sama orang-orang kampung.

Beberapa bulan berlalu, masih belum ada tanda-tanda Nico mau bawa hubungan diorang ni ke peringkat seterusnya sampailah Bibi buka mulut. Sebab diorang sudah hidup macam suami isteri tapi tiada hitam putih pun.

“Bila kita mau daftar kawin ni?” Tanya Bibi suatu hari masa diorang sedang makan malam. Baby Brandon masa tu di pangkuan si Nico.

Berubah muka si Nico. Dari senyum terus masam. Serius dia terus. Aik...pelik...

“Nantilah. Tunggu saya gumpul duit dulu. Mau kawin bukan senang. Mau juga pigi jumpa mama bapa kau. Bulum tau berapa gia durang minta..” Bilang Nico.

Terus Bibi terdiam. Dia tidak mau cakap lagi. Sebab apa? Sebab dia sendiri belum sedia mau balik jumpa mama dan bapa. Kalau itu yang Nico mau tunggu, dia nda boleh cakap apa-apa...

Bersambung....

Numb (mati rasa)Where stories live. Discover now