11

514 39 3
                                    

TAJUK : NUMB (MATI RASA)
PENULIS : NAZIRA RAFFIE
CHAP 11

Esoknya dia tidak turun kerja. Berfikir si Nico mau kasih tinggal di Brandon di rumah sama si Bibi sebab dia risau kalau-kalau si Bibi naik gila pastu pukul si Brandon lagi.

“Sayang, saya bawa Don don pigi kerja ah..” Bilang si Nico sama si Bibi.

Terus si Bibi tinguk muka si Nico.

“Kenapa juga kau mau bawa dia pigi kerja? Kau mau dia buat apa sana? Inda cukup saya kena cakap pelacur, kau mau anak saya kena cakap anak pelacur lagi?!” Si Bibi naik gila.

“Apa kau cakap ni Bibi?! Kenapa kau cakap anak kau begini?” Marah si Nico.

“Siapa yang cakap kau pelacur?!” Nico teriak kuat. Terus macam bergegar tu meja makan.  Terkejut si Bibi.

“Kemarin si Jenny datang pigi salon! Dia cakap sama saya yang si Jimmy cakap saya ni macam pelacur ikut-ikut jantan sana sini sampai mengandunG! Dia cakap saya ni selalu minta duit dia! Kau cakap sama si Jimmy selama dia sama saya, saya yang banyak tanggung dia! Bukan dia yang tanggung saya!!!” Terus macam-macam lagi makian si Bibi yang nda saya mampu mau type.

Muka si Nico macam orang bodoh terus ni. Memang dia langsung nda tau apa-apa pasal tu. Berubah merah padam muka dia macam mau telan orang ni.

“Dia cakap begitu?” Tanya Nico kuat.

“Iya! Iya!” Si Bibi teriak lagi.

Terus si Bibi berdiri jalan masuk bilik. Pang! Dia hampas tu pintu bilik.

Nda tau apa si Nico buat di luar. Tapi dalam bilik si Bibi berabis menangis. Terlalu sakit tu hati dan perasaan dia. Terlalu benci dengan keadaan sekeliling.

Dia tidak pernah terfikir hidup dia jadi begini. Ada yang cakap ini pilihan dia. Pilihan dia kah mau di rogol oleh abang sendiri? Pilihan dia kah untuk ada masa depan yang gelap? Pilihan dia kah untuk jadi hamba sex? Kamu tidak lalui apa yang dia lalui jadi jangan cakap seolah kamu tau. Jangan hakimi kehidupan dia kalau kamu nda pernah berdiri di atas kaki dia dengan bebanan yang dia tanggung. Kalau berhutang duit, masih boleh cari duit untuk bayar. Tapi hutang maruah? Bolehkah seorang abang membayar maruah adiknya yang sudah dia rogol? Lelaki demand perempuan yang suci, perempuan sesama perempuan jatuhkan maruah perempuan, siapa kita untuk mengadili kehidupan orang lain? Maaf coretan kali ini tersasar..kerana beberapa komen yang saya lihat.

Yakinnya kamu dengan kehidupan kamu sehingga begitu sekali kamu menilai kehidupan orang lain.

Berbalik pada kisah Bibi. Hari itu dia tidak bekerja dan Nico tidak tinggalkan Brandon di rumah. Dia tahu fikiran Bibi kusut jadi dia pilih untuk bawa saja Nico ke tempat kerja.

Di rumah Bibi berkurung saja dalam bilik. Sampailah tiba waktu petang. Dia keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu tunggu Nico sama Brandon pulang.

Jam 6 Nico masih belum balik lagi. Jam 7, ada sebuah kereta datang. Sekali lagi Bibi di kejutkan dengan kehadiran Jenny.

Kebetulan waktu itu juga Nico dan Brandon baru sampai rumah. Muka Nico bengis macam lepas telan orang. Lengan baju Nico koyak dan bibir Nico bengkak berdarah.

“Kenapa ni?!” Bibi terus tarik Brandon. Dia pigang muka si Nico. Tapi Nico tepis tangan dia perlahan.

“Kau duduk dulu. Si Jenny sama bapa dia datang mau jumpa kau. Ada diorang mau runding.” Bilang Nico.

Tambah berdebar-debar jantung si Bibi. Apa lagi yang mau di bincangkan ni?

Jenny punya mata bengkak macma lepas menangis. Tu bapa dia (boss durang si Nico) punya muka steady saja tapi ada serius kali ni.

“Saya tau sudah itu anak si Jimmy.” Jenny terus timbak Bibi.

Bibi punya muka tambah masam. Mata dia tajam tinguk muka si Nico.

“Saya nda boleh kawal diri saya.” Bilang Nico sangat serius.

Bibi pandang Jenny balik.

“Jadi apa kau mau?” Tanya Bibi.

Jenny tinguk bapa dia.

“Kalau boleh saya mau ambil tu anak.” Bilang Jenny.

“Ambil? Ambil? Ambil?” Tiga kali si Jenny ulang tu pertanyaan dia.

“Saya ada hak sebab tu anak si Jimmy... Lagi pun..” Terus si Jenny tinguk sekeliling rumah sewa tu.

ya. si Bibi akui keadaan rumah sewa tu tidaklah semewah tempat tinggal dorang tapi nda pernah juga makan minum pakai di Brandon terabai selama ni.

“Begini..ah...siapa nama kamu tu?” Baru bersuara bapa si Jenny.

“Nda perlu kau tau siapa nama saya. Kalau tujuan kamu datang sini cuma mau tambah bikin masalah bagus nda payah. Ini anak, anak saya. Saya nda akan kasih sama mana-mana orang termasuk si Jimmy. Apa kau bilang tadi? Hak? Keluar dari p**i kau ka ni anak? p**i kau yang kuyakkah kasih lahir dia? Tidak kan. Jadi undang-undang mana kau pakai mengatakan kau ada hak?” Si Bibi sudah start memaki.

“Tapi itu anak si Jimmy.” Berkeras juga si Jenny.

“Apa saya peduli? Biar pun ni anak si Jimmy, sedangkan dari saya mengandung dia tidak akun ni anak dia! Dia bilang ni hasil saya melacur! Jadi kenapa sekarang kamu sebagai orang luar pula mau ambil ni anak saya? Kamu anak beranak sudah gila?! Buduh! si*l!” Si Bibi betul-betul hilang akal sudah.

Dia marah sampai dia berdiri. Habis muka dua beranak tu dia tunjuk-tunjuk. Suara dia kedengaran sampai luar rumah.

Terus bapa di Jenny berdiri. Dia tarik si Jenny sambil cakap cina. Entah apa yang durang mau cakap sana. Suka-suka datang mau ambil anak orang. Gila!

Pulang juga durang si Jenny. Sebab memang salah betullah durang datang mau ambil anak si Bibi. Mana undang-undang durang pakai ni?

Nico kasih sabar si Bibi. Si Bibi tidak juga marah si Nico cuma dia sakit hati sama perangai Jimmy dan dua beranak tu. Macam-macam sudah dia lalui ni sampai dia rasa tiada erti ni hidup.

Si brandon masa kejadian ni memang nangis kuat sebab takut dia tinguk mommy dia mengamuk. Tu malam si Bibi terlampau risau betul sampai dia bawa Brandon tidur sama dorang satu bilik.

Dia terfikir kalau-kalau si Brandon kena culik oleh di Jenny. Macam-macam sudah dalam otak dia.

Satu malam bah dia nda tidur gara-gara berjaga takut Brandon kena ambil. Kamu fahamkah perasaan dia? Kamu dapat rasakah? Emosi dia bercampur aduk sudah. Fikiran dia nda tenang. Kusut...

bukan dia saja, Nico pun nda tidur sebab terlampau risau sama keadaan si Bibi. Selagi di Bibi berjaga dia pun berjaga.

Dia takut nanti perut si Bibi kejang sebab si Bibi macam histeria sudah tadi. Macam mana juga dia mau tidur dengan tenang bila tengok keadaan si Bibi begitu.

Esoknya, si Nico pun tidak pigi kerja sebab nda sampai hati dia mau kasih tinggal si Bibi.

“Sayang, saya mau cari kerja lain ni..” Bilang Nico. Diam saja si Bibi. Nda tau apalah dalam fikiran dia masa tu. Dia nda boleh berfikir dengan tenang.

Tiga hari begitu juga keadaan si Bibi sampailah boss sama kawan kerja dia di salon datang melawat. (saya salute betul sama boss dan kawan-kawan dia. Diorang datang dan bagi dia kata-kata semangat bila tengok keadaan dia macam nda terurus sudah.)

sampaikan boss dia offer mau jaga Brandon buat sementara sebab keadaan si Bibi memang sangat-sangat merisaukan. Takut diorang kalau si Bibi terlampau tekanan hilang akal terus buat bukan-bukan sama Brandon.

Sekali lagi atas jasa baik boss salon tu, Nico dapat kerja baru. Dia kerja sama laki si Boss Salon.

Jadi kamu rasa berakhir sudah? Belum lagi... Ada kejadian terakhir yang betul-betul buat si Bibi nda boleh patah balik dari kehidupan dia sekarang ni...

Bersambung...

Numb (mati rasa)Where stories live. Discover now