9

893 99 8
                                    

Saya terbangun dalam jam 12 tengah malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya terbangun dalam jam 12 tengah malam. Keadaan kembali sunyi dan senyap. Saya bangun ke bilik mandi. Mata saya bengkak betul. Saya cuci muka, berus gigi. Entah berapa banyak keluhan saya lepaskan. Jiwa saya kacau.

Perlahan saya buka pintu bilik. Gelap. Saya turun tangga dan nampak bahagian dapur lampu masih terang. Saya dapat dengar suara dua orang bercerita. Saya tahan airmata saya. Suara perempuan and of course suara Stanley. Mereka bergelak ketawa. Saya turun ke anak tangga paling last. Saya beranikan diri mendekat ke pintu masuk dapur.

"Tell me more about her."

Saya telan air liur tengok perempuan yang berdiri di bahagian dapur dan Stanley berdiri berdepan dia dengan memegang botol Budweiser.

"Dia cute."

"Cute? Sejak bila Mr Stanley suka perempuan cute? I thought sexy taste you." She laughed.

"But sexy on bed." Stanley senyum sinis.

"I know. Macam I tak tahu you macam mana. I wish I can see her."

"Dia di atas. Tidur. I think you should go. Nanti dia bangun, lain pula dia fikir. Thanks for the food."

"Yeah, betul tu. Nanti tambah dia salah faham. Kalau I jumpa Linda tu, I tumbuk ja muka dia."

They laugh together. Siapa perempuan ni? Ella, Linda, now what?! Saya berundur bila nampak mereka mahu keluar dari dapur. Kaki saya buat hal bila terlanggar kerusi meja makan. Ah shit! Dorang terus berpaling ke arah saya. Stanley terus hidupkan lampu bahagian meja makan.

"Sephia." Dia terus letak botol beer dia dan dapatkan saya. Saya berundur. Dia terkejut.

Perempuan tu datang dari belakang Stanley. Dia senyum. Dia memang cantik. Mini dress hitam paras paha, tanpa tali, tube dress. Rambut potongan short BOB. Potongan badan pun not bad. Beg tangan Gucci. Dari rupa boleh tahu dia bukan calang-calang orang. Kenapa semua perempuan yang datang membuatkan saya berada di tahap paling bawah? Sedangkan saya yang berjaya memenangi hati Stanley. Macam mana kalau Stanley jadikan saya macam dorang juga? Shit!

"Hai, Sephia. Amanda here." Dia melambai sama saya. Saya diam. Senyum pun tidak.

Saya dapat rasakan seluruh badan saya bergegar menahan rasa. Apalagi bila saya nampak keadaan ruang tamu yang ada bantal, selimut. Paranoid menyerang saya. Saya tahan airmata saya. Stanley mendekat dan mahu sentuh bahu saya tapi saya mengelak.

"Stanley, I think I should go."

"No. Stay here." Saya bersuara. Nafas saya sesak. Stanley terkejut. Rupanya saya sedang menangis. Saya nda sedar.

"Ok, I stay. We need to talk, Sephia. Come."

Amanda mendekat dan pegang tangan saya. Saya nda tahu apa kuasa ni perempuan ada, saya menurut. Dia bawa saya ke bahagian luar rumah dekat sliding door. Stanley saya nampak mundar mandir dan resah. Jiwa saya bergelora.

HOPEWhere stories live. Discover now