Hari untuk saya pulang ke kolej akhirnya tiba. Stanley hantar saya sampai terminal feri. Berat hati tapi saya ada tanggungjawab lebih utama untuk masa depan saya. Rindu memang rindu tapi tahan saja. Stanley janji akan datang selepas saya habis final exam sebab masa itu kereta dia keluar sudah. Saya excited menunggu hari itu tiba tapi dalam masa yang kerisauan itu ada. Mengenangkan apa yang jadi masa saya di rumahnya, anytime perempuan-perempuan itu akan datang. Saya buang jauh-jauh bayangan tu.
Hari pertama selepas bercuti panjang, Lucy masih dingin dengan saya. Walaupun kami satu bilik tapi masing-masing nda bercakap. Sunyi dan senyap. Dia buat hal dia dan saya buat hal saya. Malam semakin larut dan Stanley call saya. Saya terus keluar bilik untuk sambut call. Saya nda mau keruhkan keadaan antara saya dan Lucy.
Selesai bertelefon dengan Stanley, saya terkejut bila masuk bilik. Lucy dan junior kami bersama baring atas tilam. Berketawa dan bergurau senda. Dia belikan junior kami tu handphone dan gelang Pandora. Macam mana saya tau sebab saya nampak masih ada kotak dan shopping bag. Saya terduduk di tepi katil. Adakah mereka ada apa-apa yang special? Saya matikan lampu di bahagian saya dan baring. Hati saya nda tenang tapi saya buang jauh perasaan tu. Saya sudah ada Stanley sekarang. Memang begitulah cara Lucy sebenarnya untuk tarik orang merapati dia. Dia gunakan apa yang dia ada. Tapi sebenarnya saya kasihan pada dia. Kami masing-masing ada sejarah hitam.
Dia pernah bercinta sebelum ini dari zaman tingkatan 3 sampailah masa kami masuk kolej. Lelaki tu curang dengan dia dan memilih lelaki lain. Kamu dapat tangkap maksud saya? Homoseksual. Ya, gay. Lucy sebenarnya memberontak dan keliru dengan diri sendiri. Dia sudah bosan dengan lelaki. Dia bukan tiada rupa. Cantik dan tinggi.
Saya tahan hati dengar mereka ketawa, ucap madah asmara. Saya dah agak itu pasangan baru Lucy. Saya biarkan saja. Saya cuma mahu fokus pada semester akhir saya. Saya tertidur.
Esoknya, saya pergi kelas macam biasa. Terasa asing bila saya berjalan sendiri macam mula-mula saya di kolej ni. Terasing sendiri dan selepas itu barulah saya selalu bersama Lucy. Saya di kolej bukanlah kategori top student atau famous. Saya kategori pertengahan dan biasa saja. Ramai yang nda kenal saya.
Petang itu, saya berjoging dan buat workout sikit di taman berhampiran kolej. Sedang saya joging, saya terlanggar seseorang. Dia nampak kelam kabut berlari dengan pakaian sukan dia. Saya pandang bawah dan nampak dia tercicir sesuatu. Handphone dia! Saya ambil dan berlari dapatkan dia semula tapi dia sudah hilang. Aik! Punya laju! Saya check handphone mana tau ada apa-apa petanda owner handphone. Alamak! Lock pula!
Saya simpan dalam poket dan berharap owner tu cari balik barangnya. Saya sambung joging dan kemudian workout sikit sebelum saya balik ke asrama.
Selesai bersihkan diri dan makan malam, saya buka buku mau teruskan revision. Saya terkejut bila handphone lelaki di taman tadi berbunyi. Nombor tiada penama. Saya jawab.
📞
"Hello."
"Hello, ni siapa?" Suara lelaki.
"Sephia. Ni siapa?"
"Handphone saya ada di mana?"
"Oh, ni owner handphone ni ka? Ada sama saya. Saya mau bagi kamu balik. Incase tiada orang tuntut sampai esok, saya mau report pegi balai."
"Tak perlu. Esok saya dapatkan dari kau. Kau ada di mana?"
"Apa kata kalau kita jumpa di taman tadi."
"Boleh. Esok saya akan call di handphone ni juga. Jam 5.30pm.
📞
Belum saya habis bercakap, dia sudah matikan call. Aik, kasar juga. Harap kelas habis awallah. Saya malas kelam kabut mau ke taman lagi. Saya sambung balik revision.
YOU ARE READING
HOPE
RomanceSephia. Dia wanita biasa yang punya kisah lalu. Kisah lalu yang mereka gunakan untuk memijaknya hingga ke peringkat paling bawah. Hanya satu keinginannya. Dia inginkan kebahagiaan abadi.