12

924 86 14
                                    

Saya tertidur di bahu Bob. Hanya itu saya ingat. Bila saya bangun, Bob bawa saya ke wad ICU tempat Stanley. Masa itu, jiwa saya nda mampu rasa apa-apa. Terasa kosong dan sebal. Kebas dan seakan mati.

Depan saya cuma seorang lelaki terbaring dengan wayar berlingkaran sana sini dan ada tiub masuk mulutnya. Kepala berbalut dan matanya lebam. Muka dia pun ada kesan jahitan. Saya menghampiri tapi langkah saya mati. Saya capai tangannya dan genggam erat. Bunyi mesin saja yang menemani. Saya tunduk, terduduk di lantai.

"Sephia, bangun."

Saya sangka Bob yang membangunkan saya tapi bila saya menoleh, Dylan senyum dan usap bahu saya.

"Dylan."

"Dah, jangan macam ni. Pasti dia pun nda suka tengok kau macam ni."

Saya akui apa Dylan cakap ada betulnya. Saya bangun dan menghampiri Stanley yang terbaring kaku. Saya sentuh lembut muka dia. Sejuk.

"Bawa dia bercerita, dia akan mendengar."

Saya berpaling pada Dylan. Dia senyum.

"Saya ada tanya kawan saya yang incharge sini. Family dia on the way. Keadaan dia sekarang koma dan dia perlukan semangat kamu semua. Jangan menyerah, Sephia."

Saya angguk. Saya nampak Bob datang bersama dua orang perempuan. Satu pertengahan umur 40an dan satu lagi 30an. Saya nda kenal siapa mereka. Perempuan yang umur 40an tenung saya tanpa senyuman. Berbeza dengan yang 30an. Dia senyum dan menghampiri saya.

"Kamu Sephia, kan?"

Saya angguk. Dia terus ambil tangan saya dan genggam.

"Saya kakak Stanley. Saya Mona dan ini Linda, kakak sulung kami. Stanley anak bongsu. Senang dapat jumpa kamu. Stanley banyak cerita pasal kamu."

Sebak dada saya bila Kak Mona tegur saya macam saya bukan orang asing. Kak Linda hanya merenung saya tanpa kata. Mereka menghampiri Stanley dan meletus tangisan Kak Linda. Saya berundur untuk bagi ruang pada mereka berdua. Bob peluk bahu saya.

"Ini saja family member Stanley. Parents dia sudah lama meninggal. Bagi mereka masa. Jangan terasa dengan Linda. Dia memang macam tu. Dulu saya ikut Stanley balik kampung pun, memang begitu style dia. Agak pendiam. Dia ada isu dengan Stanley pasal harta parents dorang. Antara Mona dan Linda, Stanley paling rapat dengan Mona. Mona ni janda tiada anak. Linda pula tak kahwin sampai sekarang."

Saya hanya mendengar penjelasan Bob. Ya, memang Kak Linda agak dingin orangnya berbanding Kak Mona yang nampak peramah dan mudah mesra.

"Sephia, kita makan sama ya malam ni."

Saya berpaling pada Kak Mona. Dia senyum bersama sisa airmatanya. Saya hanya mengangguk.

"Bob, kamu pun ikut ya. Kita bagi Stanley rehat. Nanti kita datang tengok dia lagi."

Bob mengangguk pada ajakan Kak Mona. Kak Linda menghampiri kami berdua. Wajahnya tegang.

"Takkan kau mau makan malam dengan orang yang jadi punca Stanley koma?"

Saya terkejut dengan kata-kata Kak Linda. Sentap dan menusuk jiwa. Saya nampak Bob cuma tenang tak berkata apa.

"Kak, jangan macam ni. Mereka pun sebahagian dari hidup Stanley." Kak Mona mula memujuk.

"Sebahagian? Apa makna sebahagian? Kalau bukan sebab perempuan ni, orang takkan simpan dendam pada Stanley. Dan kau, macam mana parents kau didik adik kau sampai membesar jadi sialan? Cuma binatang yang sanggup buat semua ni."

"Kak Linda! Jangan cakap macam tu!"

Saya tunduk menahan sebak. Saya nampak Bob tunduk dan meminta maaf. Dia terus jalan keluar. Saya nampak Bob lap mata dia. Saya tahu dia menangis. Stanley kawan baiknya. Siapa sangka semua ini akan terjadi?! Siapa?!

HOPEWhere stories live. Discover now