"Biru! Biru lagi lawalah!"
"Tak, tak boleh...instinct abang kata kita akan dapat baby girl. So, pink is the best choice. Percayalah cakap abang."
Zaydan dah masukkan baju pink itu ke dalam troli. Muncung bibir aku dibuatnya. Apahal la dia ni yakin sangat? Scan baby pun aku tak buat lagi kot.
"Mana ada! Mengikut instinct seorang ibu, Zayyin rasa kita akan dapat baby boy. Ambil warna birulah bang, biru."
"Nope." Laju je dia geleng. Reject terus kau!
"It's pink."
"Blue."
"Pink!"
"Blue!"
"Pink!"
"Hey you... I said blue!"
Zaydan senyap. Pandang aku. Kemudian, dia ambil satu lagi baju warna pink lalu dimasukkan ke dalam troli.
"Sampai hati abang!" Rasa dah nak menangis dekat situ juga. Sedih kot! Aku yang mengandungkan baby ni. Aku tahulah! Kaki aku melangkah pergi jauh dari dia. Sedih sangat ni.
"Sayang! Sayang!" Zaydan panggil. Aku buat tak tahu je.
Terasa tangan aku ditarik dari belakang. Siapa lagi, kalau bukan Zaydan. Nak tak nak je aku berpusing menghadap muka dia.
"Yang...janganlah macam ni. Kita kan dah janji nak pilih sama-sama.."
"Tapi abang yang tak bagi Zayyin pilih warna biru tu... " Pecah juga air mata aku. Nasib baik tak ramai orang. Kalau tak, memang free je tengok Samarinda depan mata.
"Okey, okey. Let's make it fair and square. Kita ambil dua-dua. Blue and pink, okay?"
Jari Zaydan bertindak mengelap air mataku. Aku mengangguk suka. Bibir pun dah mula mengukir senyum siap tayang gigi lagi depan dia.
"Eleh, suka sangatlah tu." Hidung aku dipicit kuat. Jadi merah macam badut dah aku rasa sekarang.
"Of course! You're the best, abang!" Ibu jari aku naikkan, tunjuk dekat Zaydan. Tergelak dia jadinya.
Sekarang ni kandungan aku dah masuk empat bulan. Memang sengaja kita orang beli barang baby awal-awal. Excited katakan.
Sempat jugalah aku merasa mengandung serentak dengan Kak Zara. Walaupun tak lama. Alhamdulillah, dua bulan lepas mama dan papa dah dapat cucu sulung. Kak Zara dah selamat bersalin!
Mama dan papa sekarang ni tunggu cucu second pula. Ada hikmahnya juga Kak Zara dengan aku bagi dia orang cucu lambat sikit. Bukannya apa, sekali kita orang bagi, beratur terus cucunya! Haha.
Mama aku pun happy nak dapat cucu. Yelah, dah aku seorang je anak mama. Kata mama, aku kena beranak banyak-banyak baru meriah rumah dia nanti. Erk? Boleh pula? Zaydan suka je dengar mama cakap macam tu.
Hah, cakap pasal suami aku tu, bukan aku seorang je tau yang kena hadap morning sickness time pregnant. Dia pun terpaksa join sekaki. Kita orang muntah bersama, mengidam bersama, melantak bersama, bermanja bersama...semuanyalah bersama!
Tapi, aku lagi cengenglah. Asyik-asyik menangis. Asyik-asyik meleleh hingus, air mata semua ada. Zaydan relaks je.
Aku teringat pula satu scene sewaktu awal mengandung dulu.
"Sayang, abang teringin nak makan something la."
"Apanya?"
"Tempoyak."
"Seriously? Bukan abang tak makan ke?"
"Entah. Tiba-tiba rasa nak makan. Sayang buatkanlah untuk abang."
Waktu malam tu juga aku masakkan ikan patin masak tempoyak untuk Zaydan. Dia makan...punyalah berselera! Siap bertambah kau! Bukan dua, tapi tiga pinggan okey!
"Err abang. Bau dia..."
"Yang sayang buat ni tak busuk. Wangi!" Lagi dia dekatkan lubang hidung dia dengan pinggan tempoyak tu. Pelik aku.
"Ya ke?" Aku cuba bau sekejap. Bukannya apa, tadi sewaktu aku masak, tempoyak tu macam dah keluar bau tak elok. Tekak dah mula mengembang menahan loya.
"Bluek..! Bluek..!" Muntah juga aku di sinki. Zaydan dah pandang aku dengan pelik.
"Kenapa?"
"Zayyin rasa Zayyin dah tak boleh bau tempoyak kot sementara waktu ni. Baby tak sukalah." Perut aku yang masih kempis lagi tu diusap perlahan.
Zaydan hanya tersengih. Sukalah tu! Dia dapat makan, aku tak dapat!
Semua itu kenangan waktu awal-awal bulan dululah. Zaydan dengan aku sekarang dah takde muntah-muntah tu dah. Lega sikit rasa. Selepas ini, tinggal nak tunggu baby lahir je.
Baby, duduk dalam ni behave-behave okey! Mama dengan papa tunggu tau!
YOU ARE READING
CINTA BUKAN UNTUK CRUSH [COMPLETED] ✔︎
RomanceAku dapat kahwin dengan crush sendiri. Terkejut? Ya. Gembira? Tak. Sekejap aje title crush itu melekat dekat dia. Malam perkahwinan kami, semuanya berubah. Rasa cinta bertukar benci. Daripada rasa nak puji kepada rasa nak maki. Tak percaya? "Nak ha...