Aku termenung sendiri melihat ke luar tingkap dalam bilik yang dah lama aku tinggalkan. Arghhh...rindunya bilik ni! Keadaan dia masih sama macam waktu last aku tinggalkan dulu. Tak ada langsung yang berubah.
"Zayyin, jom turun makan sayang. Mama dah siap masak makanan favourite Zayyin."
"Mama turun dululah. Nanti Zayyin follow."
"Okey sayang. Jangan lupa turun ye!"
Aku tersenyum nipis. Pandangan aku kembali merenung jauh ke luar. Selepas peristiwa hitam tu, aku terus pulang ke rumah Mama. Semua benda aku cerita dan bagitahu hal yang sebenar. From A to Z. Takde langsung saki baki daki habuk debu patogen kuman bakteria yang tinggal.
Zaydan pula, aku tak tahu ke mana dia menghilang sejak malam tu. Marah sangat agaknya dia dengan aku. Dahlah, aku pun tak nak serabutkan kepala otak aku duk fikir pasal dia. Harapan terakhir aku, semoga takdir tak temukan lagi Zaydan dengan aku. Kalau nak jumpa pun, jumpa dekat mahkamah. Talak tiga terus!
"Wah...ada ikan patin masak tempoyaklah! Nyum, nyum! Bau pun dah sedap ni."
"Nasib baik Zayyin turun makan. Kalau tak, memang mama dah habiskan awal-awal lagi."
"Hai ma, tak takut gemuk ke? Biasa mama jaga badan."
"Alah...hari ni je. Cheating day! "
Aku dah tergelak. Aduh mama ni. Ada je gelagat dia nak buat aku rasa happy. Okeylah, hilang sikit stres aku sebab terfikir pasal Zaydan Tenuk tuh.
Isi ikan patin tu aku cubit sikit lepastu gaul sekali makan dengan nasi. Perghhh! Padu beb rasa dia. Masakan mama memang tak pernah menghampakan. Macam biasalah, aku bab-bab makan ni memang menunduk jelah kepala tu.
"Zayyin ada apa-apa ke petang ni?"
"Apa-apa? Hmm..ada apa ek?"
Aku berhenti mengunyah dan menyuap nasi sekejap. Brain storming dua tiga saat.
"Hah! Zayyin ada janji dengan Dhiat. Kenapa ma?"
"Yeke? Mama baru nak ajak Zayyin teman mama pergi pasar beli barang. Kalau dah ada janji, takpelah. Mama pergi sendiri."
Mama pergi sendiri? Hell no! Nak mati ke? Mama aku ni walaupun dah berusia, tapi bergetah lagi tau! Kalau aku buka peluang besar-besaran, mahu dua tiga kampung beratur. Lagi-lagi Che Mat Jual Keladi. Miangnya ya amat!
"Zayyin ada idea! Ajak Dhiat sekalilah dengan kita."
"Dia okey ke? Tak busy? "
"Mama jangan risaulah. Dhiat tu, once Zayyin ajak mana dia berani nak tolak. Best friend forever tu!"
"Yelah..."
Mama dah habis beli barang kat pasar. Lega aku dibuatnya, sebab tak jumpa dengan Che Mat. Orang kedai sebelah kata, bini dia kat rumah tak kasi menjual dah sebab banyak dapat aduan dia menggatal. Hahaha. Padan muka!
"Kau ada nak singgah mana-mana ke, Ying?"
Dhiat pandang aku melalui cermin pandang belakang.
"Aku nak pergi...hmm takpelah. Bukan hari ni kot."
"Kalau nak pergi sekarang pun boleh. Alang-alang aku tak busy hari ni. Bukan selalu."
"Takpe. Tak jadi. Balik teruslah. Tiba-tiba rasa malas pula."
Dhiat dah tak tahu nak kata apa. Terus kereta Honda putih itu dipandu menuju ke rumah mama. Sepanjang dalam kereta, aku terfikir tentang mama dan papa Zaydan kat sana. Kak Zara pun sama. Dah pregnant ke belum agaknya? Kalau belum, alamatnya kempunan lagilah mama nak dapat cucu.
Harapkan aku dengan Zaydan? Hmm...cerai dulu pape jangan roger.
Sampai kat rumah, mama awal-awal lagi dah masuk dalam. Katanya, dah lambat nak prepare untuk minum petang. Macamlah aku tak boleh tolong nanti. Mama...mama.
Belum sempat aku nak masuk, nama aku dah kena seru. Terpaksa aku lepak sekejap dengan Si Dhiat kat luar kereta ni.
"Untuk kau." Sampul putih dihulur kepadaku. Aku pandang Dhiat. Muka takde perasaan je dia tayang depan aku.
"Apa ni? Love letter ke?" Random je aku tanya.
"Huh, nonsense! Memang taklah!" Suara Dhiat keras menafikan.
Aku tergelak je. Takut sangat mamat ni. Memang patut pun. Awal-awal waktu aku berkawan dengan dia ,aku dah kasi warning jangan pernah cuba nak tackle aku. Kalau tak, memang putus kawan jadinya.
Sebaik isi sampul itu dibuka, aku ternganga, terlopong, terkedu, termangu, ter...semualah! Muka Dhiat terpaksa aku pandang untuk kali ke berapa entah hari ni. Dan dia tetap dengan muka toya tu.
"Seriuslah?"
"Come onlah. This is Dhiat Hakimi."
YOU ARE READING
CINTA BUKAN UNTUK CRUSH [COMPLETED] ✔︎
RomanceAku dapat kahwin dengan crush sendiri. Terkejut? Ya. Gembira? Tak. Sekejap aje title crush itu melekat dekat dia. Malam perkahwinan kami, semuanya berubah. Rasa cinta bertukar benci. Daripada rasa nak puji kepada rasa nak maki. Tak percaya? "Nak ha...