BAB 4

6.6K 437 28
                                    

"Weh, kau busy tak hari ni? Hang out dengan aku jom."

"Boleh ke?"

"Mestilah boleh, tak boleh kenapa?"

"Pengantin baru katakan. Tak naklah kacau."

"Haha. Tak ada maknanya."

"Nak lepak dekat mana ni?"

"Triple T jom."

Tanpa sedar, aku mengukir senyuman lebar. Haish, macam-macam betul budak ni. Tak sabar rasanya nak jumpa dia. Teringatkan sesuatu, senyuman tadi mulai mati.

Errr... aku nak keluar ni kena bagitahu Zaydan ke?

Garu kepala sendiri. Kena juga ke? Kalau tak bagitahu nusyuz eh? Minda cerdas aku cuba ingat balik apa yang aku belajar dekat kursus kahwin hari itu.

Betullah... jatuh nusyuz aku nanti. Bagitahu jelah. Bukannya ada apa pun.

Zaydan tengah tengok televisyen dekat ruang tamu rumah kami. Kalau nak tahu, dia heret aku bawa masuk dalam rumah ini bukan free macam isteri-isteri lain di luar sana tau! Aku pun kena join sekali bayar duit rumah ni.

Muka je macam kerabat diraja, tapi bakhil! Duit punya banyak tu aku tak tahulah dia simpan untuk siapa.Girlfriend dia kot?

"Awak, saya nak keluar sekejap." Tak payah corner-corner, aku straight je.

"Keluar je ah." Mata dia langsung tak pandang aku. Tahulah aku tak cantik!

"Okey." Aku dah rasa nak blah.

"Lelaki ke perempuan?" Zaydan tanya. Aku kerut dahi.

"Pardon? "

"Yang kau jumpa tu lelaki ke perempuan?"

"Kenapa tanya?"

"Tak nak jawab tak apa."

"Lelaki."

Terus mata dia singgah pada wajah aku. Tapi... pandang macam tak puas hati apahal?

"Suka hati kaulah. But, make sure to get home before six. Mama kau ajak dinner malam ini."

"Okey."

Aku tiba di Taman Tasik Titiwangsa tatkala jarum jam menginjak ke angka lima. Nampaknya, berbaki satu jam saja lagi untuk aku bersua muka dengan Dhiat. Kalau tak kerana jalan yang sesak, sudah pasti aku dapat tiba lebih awal.

Ketibaan aku pada petang itu disambut oleh seorang jejaka berkulit sawo matang yang turut mengenakan kaca mata hitam. Dari dalam kereta, dapat ku lihat senyuman yang terpamer di seraut wajah itu. Tanpa berlengah, pintu kereta dibuka lalu langkah disusun kemas menghampiri Dhiat.

"Kau dah kenapa? Sengih, sengih!" tempelakku. Dengan Dhiat ni, memang seorang Zayyin tak perlu bersusah-payah nak control ayu. Semua perangai aku Dhiat dah sedia tahu.

"Tak adalah, cuma tak sangka yang kawan aku ni dah kahwin dah pun," balas Dhiat.

Lelaki bertubuh kurus itu masih setia tersenyum seperti kerang busuk. Automatik terasa nak maki orang sekarang. Apa, dia ingat aku ni tak laku ke? Oh, puh-lease! Ini Zayyin Insyirahlah.

Malas hendak melayan telatah Dhiat, sebuah jelingan tajam diberikan sebagai jawapan. Kemudian, punggung dilabuhkan di atas kerusi yang terletak berhampiran dan tak jauh dari tempat kami berdiri. Kelibat Dhiat turut mengekori dari arah belakang.

"How's married life? " Shoot! Soalan pertama daripada mulut Dhiat selepas beberapa detik berlalu.

"Okey." Nak tak nak saja aku membalas. Dia tak perlu tahu. Tambahan pula, aib rumah tangga tidak elok jika dibongkarkan.

Dhiat mengangguk-anggukkan kepala. Sambil itu, bingkai cermin mata hitamnya ditanggalkan lalu disangkut pada baju T-shirt Polo yang tersarung di tubuh.

"Soalan first pun kau dah tipu aku. Apa lagi yang kau nak tipu selepas ni?" Sinis saja pernyataan Dhiat menjengah gegendang telinga. Bibirku melepaskan keluhan berat.
Dengan Dhiat, memang satu benda pun tak boleh menjadi rahsia. Lelaki ini bijak betul menebak rasa.

"He's not loving me."

"And I'm dying hard trying to hate him."

Dua ayat yang terpacul keluar daripada mulut berjaya membuatkan Dhiat terdiam. Pandanganku kekal lurus memandang kawasan tasik. Langsung tidak menoleh melihat roman wajah Dhiat yang pastinya sudah berubah. Namun, daripada ekor mata, aku tahu yang dia sedang memberikan aku sebuah pandangan saat ini.

"Stop looking me with your sympathy. I hate it."

Mendengarkan bicara berbaur arahan daripadaku, pantas Dhiat mengangkat kedua belah tangannya. Tanda minta maaf. Aku sekadar tersenyum hambar. Macam-macamlah kau ni Dhiat.

Dia berdehem seketika sebelum memulakan bicara.

"Aku nak tanya ni. Ying, kau... still ada hati ke dekat Zaydan?" Dhiat tanya. Aku terdiam lama.

Wajah Dhiat yang sedikit berparut itu menjadi tatapan mata. Berbeza betul keadaan kulit muka Dhiat dengan Zaydan yang lebih bersih tanpa sebarang cela. Namun, semua itu normal bagi seorang Dhiat. Lelaki itu merupakan atlet harapan sekolah suatu masa dulu.

Eh, eh. Sempat pula aku membandingkan rupa kawan dengan suami sendiri. Segera aku menyedarkan diri.

"Kau nak aku jujur ke?"

"Up to you."

Aku mengangguk sebagai jawapan. Dhiat termenung seketika sebelum berura-ura menyambung kata.

"Selagi ada cinta di hati kau untuk dia, try your best to love him. With all of your heart. Sementara dia masih menjadi milik kau."

Ungkapan bicara Dhiat cuba untuk ku hadam lumat. Betul juga apa yang dia cakap itu, tapi... entahlah. Hati aku rasa pedih, rasa sakit. Lagi-lagi teringatkan kata-kata Zaydan sewaktu malam nikah itu.

"And... good for you because not everyone have a chance for it," sambung Dhiat lagi.


CINTA BUKAN UNTUK CRUSH [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now